Kredit foto: IG Neelofa
Dah agak lama juga spekulasi tentang kegoyahan rumah tangga Sharnaaz Ahmad,35 dan Noor Nabila,33 menjadi bualan.
Status-status sedih aktor tersebut di Instagram sampai sekarang menimbulkan tanda tanya.
Baca: Rumah Tangga Sharnaaz Ahmad Dan Noor Nabila Goyah?
Macam-macam andaian tentang punca keretakan rumah tangga mereka dan antaranya adalah campur tangan keluarga Nabila.
Apa lagi, nama Neelofa pun secara tidak langsung turut terbabit.Ada yang menuduh Neelofa adalah punca segala-galanya.
Bagaimanapun aktres dan pengacara terkenal itu mendakwa tuduhan tersebut sebagai tidak masuk akal.
"Saya sayang kakak saya, sayang anak saudara saya. Semua tuduhan itu tidak masuk akal,"katanya kepada Berita Harian.
Hubungan Sharnaaz yang dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden, 8 bulan dikatakan berantakan apabila tidak lagi memuat naik gambar isterinya di laman sosial.
Neelofa pula sering membalas komen di status Instagram Nabila, seolah-olah seperti menghentam kenyataan Sharnaaz.
"Harap orang ramai, rakan dan keluarga boleh menjadi penyokong terbaik buat mereka. Orang luar tak tahu apa yang mereka lalui," tambah Neelofa.-CARI
|