CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1509|Reply: 12

[Tempatan] Negara 'dijajah' pendatang tanpa izin secara senyap

[Copy link]
Post time 19-3-2019 11:20 AM | Show all posts |Read mode

HANYA selang beberapa minit, penulis dapat merasai pengalaman berada di Dhaka, Bangladesh dan Kathmandu, Nepal dengan hanya memandu di tengah ibu kota hujung minggu lalu.

Lazimnya, setiap hujung minggu laluan di hadapan Dataran Merdeka akan ditutup dan kenderaan terpaksa mengikut jalan sisi antara bangunan Straits Trading dan pejabat Majlis Peguam Malaysia, menerusi Lebuh Ampang jika mahu ke Jalan Raja Laut atau Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Bermula dari persekitaran Medan Pasar dan belakang Pasar Seni, sudah mula kelihatan lautan warga Bangladesh yang menjadikan kawasan itu pusat pertemuan dengan rakan senegara dan bila menghala ke Lebuh Ampang pula, kelibat warga Nepal dan tidak kurang juga warga Myanmar, semakin ramai.

Selain mereka yang memandu melalui kawasan terbabit, boleh dikatakan tiada langsung rakyat tempatan lalu lalang di situ, malah kebanyakan kedai sudah diambil alih warga asing, yang menjual barangan dari negara masing-masing atau mengusahakan restoran menyajikan masakan mereka.

Secara tidak langsung pemikiran diterpa kegusaran sama ada rakyat Malaysia sendiri, yang kini makin taasub lagi lantang bersuara dalam konflik antara Melayu dan bukan Melayu, menyedari bahawa negara sendiri ‘dijajah’ secara senyap oleh bangsa asing.

Berdasarkan statistik Jabatan Imigresen Malaysia sehingga September tahun lalu, jumlah pekerja asing yang bekerja di negara ini secara sah adalah 1.73 juta orang, majoriti dari Indonesia, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Pakistan dan China.

Sementara itu, Jabatan Perangkaan menganggarkan jumlah warga asing yang tinggal secara sah di negara ini tahun lalu ialah sekitar 3.3 juta orang daripada keseluruhan 32 juta penduduk di Malaysia.

Nisbah hampir 10 peratus ini agak tinggi memandangkan nisbah penduduk Malaysia berketurunan India hanya sekitar lapan peratus berbanding jumlah keseluruhan penduduk.

Bagaimanapun, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Sekretariat Khidmat Imigran (SKI), berpendapat warga asing yang berstatus pendatang asing tanpa izin di negara ini melebihi jumlah pekerja asing yang memiliki dokumen dan permit sah.

Berdasarkan statistik NGO itu, pada 2014 lebih 6.7 juta pekerja asing, bekerja dalam pelbagai sektor terutama pembinaan dan peladangan dan daripada jumlah itu, hanya 2.1 juta mempunyai permit, bermakna ketika itu ada lebih 4.6 juta warga asing bekerja secara tidak sah di Malaysia.

Pada 2017 pula, kira-kira 1.73 juta pekerja asing yang sah berbanding 2.1 juta orang empat tahun sebelumnya, namun jumlah pendatang asing tanpa izin yang masih ada di sini terus menjadi tanda tanya. SKI juga berpendapat jutaan pendatang asing tanpa izin masih lagi bebas bergerak dan bekerja di negara ini kerana amat mustahil warga asing terbabit pulang beramai-ramai ke negara masing-masing.


Banteras pendatang tanpa izin agenda utama


Justeru, tidak hairanlah apabila Pakatan Harapan (PH) menerajui pentadbiran negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dilantik Menteri Dalam Negeri, menjadikan usaha membanteras pendatang asing tanpa izin sebagai agenda utama.

Susulan itu, bekas Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Seri Mustafar Ali, berkata pihaknya mengambil serius isu lambakan pendatang asing tanpa izin di negara ini melalui tindakan operasi dan penguatkuasaan berterusan dengan moto Hari-Hari Operasi iaitu sasaran sebanyak 850 operasi setiap bulan.

Bermula November tahun lalu, sasaran ditambah daripada 850 kepada 1,300 operasi sebulan bagi memastikan kedaulatan negara tidak digugat oleh warga asing terutama pendatang asing tanpa izin.

Namun, pada hakikatnya, negara masih dibanjiri pendatang asing tanpa izin, sekali gus membuatkan kita musykil di mana silapnya sehingga negara terus dihantui masalah ini dan jangan pula ada yang marah bila umum mempersoalkan keberkesanan pihak berkuasa menangani isu ini atau membangkitkan unsur rasuah.

Pihak berkuasa, dalam konteks ini, bukan hanya Jabatan Imigresen, sebaliknya turut membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT), polis dan Kementerian Sumber Manusia.

Tidak perlulah kita menidakkan fakta, lihat saja pasar borong Selayang atau sekitar kawasan Chow Kit, malah Jalan Petaling yang digelar ‘Chinatown’ sudah semakin pudar ‘kecinaannya’ kerana hampir semua gerai diuruskan warga Bangladesh.


Sektor yg di monopoli bangsa asing:
Makanan = Indonesia
Ikan, ayam, sayur =Bangladesh
pakaian, kapet = Pakistan
Minta sedekah= Rohingya


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Government please do something. Malaysians benci-membenci antara malays Chinese dan Indians.stoplah....patutnya kita sama2 menagangani isu2 PATI.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Di mana silappp?? Ko pi tanya mamak kerala tu..aku bleh kabo di mana silap ..yg mana akhirnya tangan penuh taik yg buat silap tu tentu nya yg ada kuasa i.e ahli politik!!

Back in early 80s or late 70s..kat situ dah mula silap..sektor pembinaan patut di kuasai anak tempatan..tapi sapa yg benci labour UNION klo bukan mamak pariah kerala tu..dia punca besar cite ko tulis tu..klo ko bani pi blame mamak tu

Ko pi ozi..amerija..eropah sme tu buruh binaan sapa? Industri binaan cam jalanraya tu sapa pegang? Semua rambut blonde mata biru ko tau

Lagi satu tengok Singapore..depa in 70s pakai buruh mesia..sekarang bangla amah depa indon tp camna depa boleh kawal pantau kemasukan sme tu? Tgk abu dhabi sme tu..sapa buat bangunan tu sme..hari ni apa nasib mat bangla pakistan sana!! Orang islam mesia yg keje propesional pun susahhh nk pr sana..ko tau ke?

Ngok ngek ngok ngek tiap tahun operasiiii konon...tapi still nk basuh kete sendiri  pun upah bangla buat..rasuah dah jadi nadi..darah oang politik!! Mesia ni cash cow je..perahhhhh selagi buleh..dpt duit bawak kuo bli tanah kat ozi..anak sme sekolah sana..blik mesia sambung kompeni bapakkk..nk projek kawtim oang politik dpt AP..sambung stail bapak do business..rasuah n keep the masses stupid ..if needed buat law to prevent the masses rasa tempias..pity lah u ppl but u asked for it though..blame it on pendatang..easiet route to escape responsibility

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tempoh hari aku ke jalan masjid india. Org Palestin datang minta sedekah kat sini?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang mana paling bagus ? Ayam bangla, ayam pakistan, ayam indon atau ayam china ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sehirkedi at 19-3-2019 02:31 PM

Negara 'dijajah' pendatang tanpa izin secara senyap

Oleh Magendran Rajagopal
[email protected]
Share

Tweet

Share
HANYA selang beberapa minit, penulis dapat merasai pengalaman berada di Dhaka, Bangladesh dan Kathmandu, Nepal dengan hanya memandu di tengah ibu kota hujung minggu lalu.

Lazimnya, setiap hujung minggu laluan di hadapan Dataran Merdeka akan ditutup dan kenderaan terpaksa mengikut jalan sisi antara bangunan Straits Trading dan pejabat Majlis Peguam Malaysia, menerusi Lebuh Ampang jika mahu ke Jalan Raja Laut atau Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Bermula dari persekitaran Medan Pasar dan belakang Pasar Seni, sudah mula kelihatan lautan warga Bangladesh yang menjadikan kawasan itu pusat pertemuan dengan rakan senegara dan bila menghala ke Lebuh Ampang pula, kelibat warga Nepal dan tidak kurang juga warga Myanmar, semakin ramai.


Selain mereka yang memandu melalui kawasan terbabit, boleh dikatakan tiada langsung rakyat tempatan lalu lalang di situ, malah kebanyakan kedai sudah diambil alih warga asing, yang menjual barangan dari negara masing-masing atau mengusahakan restoran menyajikan masakan mereka.

Secara tidak langsung pemikiran diterpa kegusaran sama ada rakyat Malaysia sendiri, yang kini makin taasub lagi lantang bersuara dalam konflik antara Melayu dan bukan Melayu, menyedari bahawa negara sendiri dijajah secara senyap oleh bangsa asing.

Berdasarkan statistik Jabatan Imigresen Malaysia sehingga September tahun lalu, jumlah pekerja asing yang bekerja di negara ini secara sah adalah 1.73 juta orang, majoriti dari Indonesia, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Pakistan dan China.

Sementara itu, Jabatan Perangkaan menganggarkan jumlah warga asing yang tinggal secara sah di negara ini tahun lalu ialah sekitar 3.3 juta orang daripada keseluruhan 32 juta penduduk di Malaysia.

Nisbah hampir 10 peratus ini agak tinggi memandangkan nisbah penduduk Malaysia berketurunan India hanya sekitar lapan peratus berbanding jumlah keseluruhan penduduk.

Bagaimanapun, sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Sekretariat Khidmat Imigran (SKI), berpendapat warga asing yang berstatus pendatang asing tanpa izin di negara ini melebihi jumlah pekerja asing yang memiliki dokumen dan permit sah.

Berdasarkan statistik NGO itu, pada 2014 lebih 6.7 juta pekerja asing, bekerja dalam pelbagai sektor terutama pembinaan dan peladangan dan daripada jumlah itu, hanya 2.1 juta mempunyai permit, bermakna ketika itu ada lebih 4.6 juta warga asing bekerja secara tidak sah di Malaysia.

Pada 2017 pula, kira-kira 1.73 juta pekerja asing yang sah berbanding 2.1 juta orang empat tahun sebelumnya, namun jumlah pendatang asing tanpa izin yang masih ada di sini terus menjadi tanda tanya. SKI juga berpendapat jutaan pendatang asing tanpa izin masih lagi bebas bergerak dan bekerja di negara ini kerana amat mustahil warga asing terbabit pulang beramai-ramai ke negara masing-masing.

Banteras pendatang tanpa izin agenda utama

Justeru, tidak hairanlah apabila Pakatan Harapan (PH) menerajui pentadbiran negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dilantik Menteri Dalam Negeri, menjadikan usaha membanteras pendatang asing tanpa izin sebagai agenda utama.

Susulan itu, bekas Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Seri Mustafar Ali, berkata pihaknya mengambil serius isu lambakan pendatang asing tanpa izin di negara ini melalui tindakan operasi dan penguatkuasaan berterusan dengan moto Hari-Hari Operasi iaitu sasaran sebanyak 850 operasi setiap bulan.

Bermula November tahun lalu, sasaran ditambah daripada 850 kepada 1,300 operasi sebulan bagi memastikan kedaulatan negara tidak digugat oleh warga asing terutama pendatang asing tanpa izin.

Namun, pada hakikatnya, negara masih dibanjiri pendatang asing tanpa izin, sekali gus membuatkan kita musykil di mana silapnya sehingga negara terus dihantui masalah ini dan jangan pula ada yang marah bila umum mempersoalkan keberkesanan pihak berkuasa menangani isu ini atau membangkitkan unsur rasuah.

Pihak berkuasa, dalam konteks ini, bukan hanya Jabatan Imigresen, sebaliknya turut membabitkan pihak berkuasa tempatan (PBT), polis dan Kementerian Sumber Manusia.

Tidak perlulah kita menidakkan fakta, lihat saja pasar borong Selayang atau sekitar kawasan Chow Kit, malah Jalan Petaling yang digelar Chinatown sudah semakin pudar kecinaannya kerana hampir semua gerai diuruskan warga Bangladesh.
---------------------------------------------------------------------------
Artikel ni ditulis oleh wartawan india agak berat sebelah. Tak dinyatakan pula di Lebuh Ampang terdapat juga pati dari India yg bekerja dan menjalankan perniagaan runcit, kedai gunting rambut, restoran dll.

Malah ada isu yg lebih berat dan menarik untuk diketengahkan iaitu pelacuran. Tidak pula dia berani petik isu ni. Di sepanjang jalan yang beliau sebutkan terdapat banyak sarang pelacuran.

Orang asing yg berniaga memiliki lesen perniagaan yang sah dan juga bayar macam macam cukai pada kerajaan. Meraka juga antara pelabur yang merancakkan lagi ekonomi negara. Tapi sarang pelacuran dah tentu tiada lesen dan apatah lagi nak bayar cukai pada kerajaan. Malah mendatangkan banyak masalah seperti keruntuhan akhlak, penyakit aids,hiv dll. Dan wang hasil dari aktivi pelacuran boleh digunakan untuk membuat bermacam kegiatan haram seperti kongsi gelap, pembelian senjata api, dadah dll.

Wartawan oh wartawan  (Magendran Rajagopal ). Masih wujud orang Malaysia di sekitar kawasan tersebut.. Antaranya aku. Dan masih wujud peniaga-peniaga Malaysia di sana. Harap maklum.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2019 02:21 PM | Show all posts
Sekarang melayu, india & cina.

Tunggu 20-30 tahun lagi...

silap-silap ada parti Malaysian Bangla Party masuk pru.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2019 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar la. Tu jugak pujaan andartu tak laku...sekurang nya ada jugak nak kat depa buat bini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2019 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
jemu dah isu yg same tak haram takde ape2 perubahan pun..takat raid gitu2 tp masih je ramai kt sni..
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 12:49 AM | Show all posts
Condo saya, hampir 1/4 penduduk dari negara middle east, south asia, dan africa...
Walaubagaimanapun, saya tak nak pedulikan mereka pun asalkan mereka tak menimbul masalah di sini.
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 03:22 AM From the mobile phone | Show all posts
PATI - legacy Umno Najib Jahid komidi
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 04:50 AM From the mobile phone | Show all posts
ajinomotonosuga replied at 19-3-2019 12:51 PM
Di mana silappp?? Ko pi tanya mamak kerala tu..aku bleh kabo di mana silap ..yg mana akhirnya tangan ...

Bukan atok tu hero penyelamat baangsa ka?

#rinduzamantun
#Tuhankasicashrasazamantun
#nowyouknowwhoistun

Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2019 04:53 AM | Show all posts
For the past 10 months dah tak nampak lagi kat KLIA tu pekerja pekerja dari bangla, Nepal or Vietnam yang berkumpul menunggu agent datang kutip. Kalau tak kadang kadang sampai berhari hari dia oarng menunggu sampai kena sediakan tempat untuk mereka melepak. Satu pemandangan yang buruk.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.063125 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list