CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fly_in_d_sky

[Buku] Saya sedang baca buku (Bah. 3)

[Copy link]
Post time 3-12-2023 02:36 PM | Show all posts
lama gila x update baca buku apa sbb jarang beli buku baru dh sbb x ada yg menarik di kedai buku
sini dh la susah nk ada book fair
last buku menarik yg dibaca :

kisah anak kedua harry yg bernama Albus Severus yg berkawan baik dengan anak musuhnya masa sekolah, Draco Malfoy yg bernama Scopius. menceritakan bagaimana yak sebulunya Harry dan Albus yg sentiasa rasa tersisish sebab dia rasakan ayah dia membencik dia kerana masukkr rumah sukan Slytherin. Kerana bertentangan idea dengan Harry, pelbagai cara memberontak dilakukan dan ditemani oleh Scorpius yang baik dan si penurut. sehingga satu hari dia terdengar perbualan Harry bersama Amos Diggory yg masih menyalahkan Harry teng Cedric yang mati semasa kejohanan sihir Trio (Buku 4 - Goblet of Fire). Albus juga terdengar tentang alat pemutar masa dan bertekad mecarinya di pejabat Menteri Sihir yg dipegang oleh Hermione Granger. Bersama seorang wanita yg dikenali sebagai anak saudara Amos, dia dan Scorpius akhirnya menjumpai Pemutar masa dan bertindak mengubah sejarah sehinggalah berlaku pelbagai kecelaruan dan perubahan sejarah yg sangat terus.

buku ni dalam bentuk skrip tapi sgt enjoy bila dh baca
buku ini juga menceritakan hakikat sebenar perasaan Draco kepada 3 sahabat itu (Harry, Ton dan Hermione) dan akhirnya mereka menjadi sahabat akrab

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2023 12:44 PM | Show all posts
kucingkarate replied at 3-12-2023 02:36 PM
lama gila x update baca buku apa sbb jarang beli buku baru dh sbb x ada yg menarik di kedai buku
sin ...

welcome back
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2023 08:47 AM | Show all posts
Robert Walton dalam ekspedisi mencari laluan baru untuk ke Lautan Pasifik melalui Lautan Artik, menemui lelaki yang hampir mati, terapung di atas lautan ais. Lelaki itu adalah Victor Frankenstein, yang menceritakan kisah hidupnya yang tragis. Seorang genius yang cuba menjadi Tuhan dengan menghidupkan makhluk yang dihasilkan daripada cantuman mayat-mayat. Tragedi bermula apabila makhluk itu mula menuntut kasih sayang penciptanya.

---- Mary Wollstonecraft Shelley, menghasilkan novel gothik Frankenstein; or, The Modern Prometheus (Frankenstein) ketika usianya 18 tahun dan diterbitkan pada tahun 1818, dua tahun selepas berkahwin dengan penyair, Percy Bysshe Shelley.




hmm dah start baca buku ni 2 dec 2023
tapi sebab masuk hospital ... so slow sikit baca nya
kat rumah pun kurang baca
bila rasa ok baru baca sikit


so far ok jer ceritanya
cerita zaman dulu pace story slow burn ..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2023 07:53 PM | Show all posts
“Kita sangat terhutang budi kepada orang Yahudi untuk pengetahuan terawal kita tentang falsafah, botani, perubatan, astronomi, kosmografi, (sifat alam semesta), bahasa suci, dan hampir semua cabang kajian al-Kitab.” —Antonio Rubiero Santos, Hakim Portugis abad ke-19

Orang Yahudi hari ini adalah antara bangsa yang menguasai dunia. Tetapi sudah tentu, apa yang dicapai oleh bangsa Yahudi ini merupakan hasil perjalanan lebih 3,000 tahun tamadun mereka.

Buku ini meneroka sejarah, kebudayaan, malahan agama Yahudi itu sendiri daripada menjadi bangsa pilihan TUHAN untuk diturunkan kepada para nabi, kepada bangsa yang sering ditohmah pada zaman moden dengan 1001 kisah konspirasinya.


beli kat shopee
terima hari ini 10/12/23
terus buka parcel dan baca
maka buku lain diketepikan buat sementara waktu
dah masuk page 100+


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2023 07:43 PM | Show all posts
Kehilangan adiknya Chayi di Filipina membuatkan Arina separuh gila mencari adiknya. Demi keselamatan Chayi, dia terpaksa mengaku Alwiz sebagai tunangannya. Tapi semakin lama dia mengenali Alwiz, dia semakin dekat dengan rahsia yang menyelubungi dirinya sendiri. Sesuatu tentang Magdalena Anna aka Madina, ibunya sendiri harus dibongkar sebelum dia menemukan jawapan. Apatah lagi setelah dia tahu dirinya rupa2nya hilang ingatan dan terlupa siapa dirinya. Mampukah dia membongkar seluruh galur dirinya dari sebuah pengembaraan yang di luar jangkauan manusia biasa?

Arina membirai kelopak matanya. Hatinya masih curiga dengan niat Alwiz, tetapi pada masa yang sama dia tidak tahu kenapa wajah lelaki itu kadangkala membuatkan hatinya berdebar-debar. Seolah-olah ada satu tarikan pada wajah Alwiz yg membuatkan dia seperti tenggelam dalam dunia lain.

Alwiz merenung gadis di sisinya. Wajah mencuka Arina ditatap tidak puas. Sebahagian hatinya meronta-ronta mahu mengatakan sesuatu, tetapi sebahagian dari hatinya melarang. Apalagi dia terikat dengan sumpah Magdalena Anna untuk tidak mencari gadis itu lagi dan menyimpan wajah itu di hatinya.


"Suatu hari nanti kau akan ingat semua perkara Arina. Kau akan mengingati Alwiz, kau akan mengingati aku. Jerry, Kim dan dan yang lain2. Aku tidak ingin memaksa tetapi kadangkala kau harus membuka pintu hati kau utk menerima kami." - Nakhael

.........................................

Menulis naskhah ini adalah cabaran besar buat saya. Hampir saya lelah mengumpul semangat, namun ia tidak pernah luntur walau seaat dalam diri. Saya amat senang menulis karya pelbagai genre, kerana saya suka mencuba sesuatu yang baru. KASIHKU ARINA adalah novel yg sgt berbeza dari novel2 yg pernah saya tulis sebelum ini. Sentuhan fantasi diberikan agar ianya mampu memberikan kelainan dalam karya-karya saya yang pernah anda baca.
-Mazni Aznita-








we start with really slow yer

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2024 12:01 PM | Show all posts
Tiga wanita muda – Juanita, wartawan investigatif; Katrina, agen insurans; dan Mona, ahli perniagaan berkawan baik dan berkongsi minat, iaitu tarian salsa. Juanita dan Katrina mengajar tarian salsa secara sambilan di studio yang dimiliki dan diurus oleh Mona.

Suatu senja, Katrina melayang jatuh dari tingkap studio tarian di tingkat 20 Menara Kuntum dan mati di atas tarmac. Kisah seram yang selalu menyelubungi menara itu mula tersebar. Juanita gigih mencari kebenaran di sebalik kematian sahabatnya itu. Namun kemudiannya, nyawanya pula yang terancam.

Apakah punca sebenar yang memutuskan nyawa Katrina? Adakah kerana kemalangan? Dibunuh? Membunuh diri? Atau melibatkan dendam dari alam ghaib?


start baca 10 Jan 2024
persoalan senang jer  buku ni
"Apakah punca sebenar yang memutuskan nyawa Katrina? Adakah kerana kemalangan? Dibunuh? Membunuh diri? Atau melibatkan dendam dari alam ghaib?"




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-1-2024 08:13 AM | Show all posts
NICK RANDALL is an Archeologist haunted by a recurring nightmare. Having just returned from an expedition in the jungles of Peru, he believes the dream may be tied to his discovery of a previously unknown native tribe, unlike any known to man. When he is nearly killed by assassins, Nick is forced into hiding.
JOHN RANDALL, Nick’s son, is a talented Bioengineer who has developed a drug that erases past traumatic experiences, but has an unintended side effect as well. It allows . When his research partner mysteriously disappears, John searches for answers and soon finds himself pursued by a rogue band of military henchmen.
Their paths cross when they are both drawn to a mysterious woman on the Island of Bermuda. But they must find her and solve the riddle before a crazed industrialist, and the Chinese military unleash a horrific weapon on humanity.




start baca 15 jan 2024
mmm ambil masa sikit nak habiskan walapun 300+ pages
yang penting kita enjoy kan
buku series 1 nya The Ruins
kita baca october 2018
ni baru baca series 2 ..
masa tu tak nak terikat dengan buku bersiri ... nanti buku lain tak boleh baca gitu
ni kita cuba baca bersiri dulu ...


buku Jin-Tina tu plot twist nya boleh tahan
memang takkan sangka siapa pembunuhnya dan motifnya
cuma kesian lah ...
tak pasal-pasal jadi mangsa




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2024 02:51 PM | Show all posts


Apa yang akan berlaku jika tiba-tiba muncul seorang lelaki yang hanya anda seorang saja boleh melihat dan mendengar?
Aya, gadis yang suka menyendiri. Jadual hidupnya ke kelas dan balik rumah. Namun ketenangan itu menjadi huru-hara apabila seorang lelaki menjelma dan ingin berdamping dengannya.
Siapa dia ni? Kenapa dia pilih aku? Nenek moyang aku membela ke?
K, lelaki sarkastik yang suka mencampuri urusan hidup Aya menyebabkan gadis itu kerap hilang sabar. Puas Aya halau, tetapi K tetap setia di sisi.
Akhirnya, mereka bersahabat. Namun ada sesuatu yang pelik tentang K yang membuatkan Aya nekad mahu mencari jawapannya.
Siapa K, pendamping dia selama ni? Kenapa dalam gembira K, terselit duka?
“Aya, kebaikan juga boleh membunuh.”


Baru first time baca penulis ni, not bad juga penulisan dan jalan cerita dia. Sekarang baru nak mula baca satu lagi buku tulisan Farrah Izzlorna ni, tajuk Infiniti.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2024 07:12 AM | Show all posts
masterudeng82 replied at 23-1-2024 02:51 PM
Apa yang akan berlaku jika tiba-tiba muncul seorang lelaki yang hanya anda seorang saja boleh meli ...

hmmm tapi jangan mmmm mmm lepas dah habis tu
ceritanya best tapi ada satu part tu kurang best sikit
majoriti macma hampa
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2024 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 24-1-2024 07:12 AM
hmmm tapi jangan mmmm mmm lepas dah habis tu
ceritanya best tapi ada satu part tu kurang best siki ...

Untuk cerita infiniti ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2024 07:09 AM | Show all posts

novel rooftop
tak salah saya ending nya macam ... awwwwwwwww laaaahhh hmmm
macam tu ..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2024 08:11 AM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 26-1-2024 07:09 AM
novel rooftop
tak salah saya ending nya macam ... awwwwwwwww laaaahhh hmmm
macam tu ..

Ha betul, tau2 roh 19 tahun lepas dah masuk balik dalam badan. Hihi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2024 05:55 PM | Show all posts
masterudeng82 replied at 26-1-2024 08:11 AM
Ha betul, tau2 roh 19 tahun lepas dah masuk balik dalam badan. Hihi..

ye betul ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2024 07:41 AM | Show all posts
Kau sememangnya cantik, Lin.. Kau mampu menggetarkan naluri dan nafsu para lelaki yang dahaga... Kau punya segalanya - kerjaya, cita-cita, impian. Kau pernah memberitahuku bahawa kau ingin menjadi Cleopatra moden yang berkuasa dan digilai oleh ramai lelaki. Semua lelaki tunduk di bawah telapak kakimu. Namun kau tidak tahu yang aku juga tahu bahawa kau sudah muak dengan semua daki dunia ini. Walaupun zahirmu kaya namun jiwamu kontang. Kau kekeringan kasih sayang yang tak mampu kau miliki dengan kekayaan yang kau punyai. Kau mampu membeli sekeping hati suci milik lelaki yang hanya perlukanmu tika kehausan sahaja... Kau perempuan yang paling malang, Lin... Jalan pulang untukmu tidak pernah menemui titik...


tetiba sanggup stop baca The Bermuda Connection
tetiba jer boleh layan novel Pulang
kesian pula kat Azlin  ...
hmmmm


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2024 09:40 AM | Show all posts
Mereka dilahirkan dan dibesarkan dalam latar belakang yang berbeza, tetapi menghadapi masalah yang serupa - ketandusan Kasih Sayang: Ketandusan yang membentuk hidup mereka. Bagi Farid, hidup perlu patuh pada peraturan dan undang-undang, tanpa dipengaruhi oleh kuasa dan nama. Bagi Hisyam, kepuasan dan kebahagiaan boleh diperolehi dengan kekayaan. Baik atau buruk sesuatu perbuatan bergantung kepada sesiapa yang melakukan. Pertembungan antara mereka mencetuskan percaturan; antara kuasa dah undang-undang, antara pengaruh dan kebenaran, antara kesepian dan kasih sayang. Liza, Faridah, Chua Poon Soon, Datin Salmah, Datuk Adnan… terseret untuk membuat perhitungan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-2-2024 09:41 AM | Show all posts
Sekarang dia sudah tahu wang itu boleh dijadikan titian untuk menyeberangi batang air kekurangan, dengan wang segala maksud boleh berhasil.




kita baca 2 buku tapi concentrate kat jejak-jejak songsang


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2024 09:12 PM | Show all posts
' Gurauan itu suatu penghinaan yang telah aku gubah menjadi dendam yang menyakitkan '

Ego
Salina menyayangi peria-peria itu. Bersama mereka, Salina mengorak langkah mewarnai kehidupan yang baru bermula, jatuh bangun, bersusah payah meredah segala onak dan cabaran. Dan sebagai manusia biasa, Salina ada waktu-waktunya terlepas kata, terbabas gurauan... menyalah angggap antara kebenaran dan ketidakjujuran. Menyelami tiap hati antara mereka, Salina tidak temui luka silam yang telah menular menjadi dendam. Dendam yang kini telah menjadi racun antara mereka. Lalu ikatan persahabatan yang tersimpul erat, tiba-tiba bertukar menjadi ranjau yang mengerikan. Terjerat. Sedikit kesilapan akan menjadikan Salina Mangsa terakhirnya...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2024 11:22 AM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 10-12-2023 07:53 PM
“Kita sangat terhutang budi kepada orang Yahudi untuk pengetahuan terawal kita tentang falsafah, bo ...

best ke? so in your own opinion apa conclusionyer yahudi ni as it in the book?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2024 10:14 PM | Show all posts
Edited by fly_in_d_sky at 8-2-2024 10:16 PM
adila39 replied at 8-2-2024 11:22 AM
best ke? so in your own opinion apa conclusionyer yahudi ni as it in the book?

boleh dibaca
tapi takde fakta kenapa orang yahudi dok angguk-angguk depan dinding tu
kenapa lelaki bela side burn panjang macam megi
then orang perempuan yahudi lepas kahwin kenapa kena pakai rambut palsucara solat orang yahudi yang ada persamaan dengan orang islam
then bila baca kitab kenapa kena gerak badan  

tapi yang pasti orang yahudi ni jenis pengecut dan tak reti bersyukur
suka mengeluh ...
dan bangsa yahudi yang dibenci dianaktirikan ... dari zaman firaun hingga zaman rom
kira tak wujud bangsa yahudi pun takpe lah


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2024 09:11 PM | Show all posts
"Kau okey?"

Ringkas.

Tetapi paling susah nak jawab.

Walau yang tanya itu sahabat yang paling rapat.

Walau yang tanya itu ahli keluarga sekalipun.

Susah tatkala sebenarnya kita mahu menjawab,"Tak", tetapi hati sendiri tak pasti apa yang akan jadi lepas tu.

Takut hilang kawan.

Takut kena marah.

"Kau okey tak ni?"

Dia hanya senyum segaris. Macam biasa.

--

Sebuah novel drama psikologikal yang mengetengahkan kesihatan mental dan juga stigma masyarakat.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.675457 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list