CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fly_in_d_sky

[Buku] Saya sedang baca buku (Bah. 3)

[Copy link]
 Author| Post time 4-3-2023 07:07 AM | Show all posts
SPECIAL FINALE

2022. SPECIAL OPERATION L
Objektif: Menyelamatkan Lucy
Misi: Menjejaki kehilangan Lucy dan memastikan pihak yang bertanggungjawab menerima akibatnya
Sasaran: Phantom

“Phantom?”
“Yes, Phantom. One of the enforcers for Vassalo family.”

The Shadow gempar! Lucy, ejen paling muda dalam pasukan Puan Ana Maria tiba-tiba hilang. Lebih menggemparkan apabila mereka mendapat tahu bahawa kehilangan itu mempunyai kaitan dengan Phantom, salah seorang pembunuh upahan bagi Vassalo family, sebuah keluarga mafia yang berpengaruh di Itali.

Lucy benar-benar tidak menduga! Kedatangannya ke Itali disambut ‘luar biasa’ oleh seorang lelaki asing. Dia diculik. Lebih mengejutkan apabila dia mendapat tahu bahawa lelaki itu mempunyai kaitan dengan kumpulan mafia.

“Aku takkan apa-apakan kau… selagi kau beri apa yang aku nak.”
“Apa yang kau nak?”
“Dia.”

Siapa ‘dia’ bagi lelaki itu? Kenapa mensasarkan Lucy, sedangkan mereka saling tidak mengenali? Namun semakin lama, semakin Lucy mengerti. Sesungguhnya, hanya dia yang menjadi ‘kunci’ buat satu lagi nyawa lain.

The Shadow pula semakin penasaran. Ejen Cobra, Shark dan Wolf bersumpah! Mereka akan membawa balik adik perempuan kesayangan mereka dan memastikan Phantom menjilat akibatnya. Sesiapa yang berani menyentuh Lucy… tidak akan lagi melihat dunia.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-3-2023 01:56 PM | Show all posts
Lawan, lari atau mati.

Daratan sudah ditenggelami laut. Apa yang tinggal hanyalah sekangkang kera kawasan industri dan hamparan subur tanah tinggi. Buruh di Sarang bertungkus-lumus berkerja untuk membina utopia di Titiwangsa untuk mereka huni suatu hari nanti.

Jim, seorang penjaga stesen kereta api percaya yang kehidupannya di Sarang akan berakhir dan dia akan bahagia di utopia Titiwangsa. Keyakinan itulah yang menjadi paksi hidupnya.

Namun, pertemuan berdarah Jim dengan seorang pekerja industri bernama Savi di Stesen 50 telah mejerumuskan Jim ke dalam kemelut antara realiti dan ilusi, persimpangan hidup dan mati yang bakal menjadi permulaan bagi gabungan kuasa di Nusa Bah.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-3-2023 08:45 PM | Show all posts
Si Sabariah mengisahkan tentang seorang wanita yang menghadapi dilema ketika harus memilih antara dua pilihan, iaitu bercerai dengan suaminya (Pulai) atau memutuskan hubungan kekeluargaan dengan ibunya (Sariaman).

Ia sebuah kisah cinta tragis. Kisah cinta yang tersepit akibat ketamakan. HAMKA seperti biasa, dengan bahasanya yang puitis tidak hanya menyorot kisah bertemakan cinta tetapi turut membawakan citra adat budaya Minangkabau dalam naskhah langka ini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2023 09:38 AM | Show all posts
Kitab Tamadun Rom ditulis untuk pembaca umum yang ingin melihat daripada gambaran yang lebih besar berkenaan sebuah tamadun yang paling lama bertahan dalam sejarah. Ia mengandungi sejarah naratif Rom yang merangkumi lebih 1000 tahun yang ditulis secara ringkas tetapi padat. Memahami sejarah Rom sama seperti kita memahami sejarah tamadun barat dan buku ini menyediakan asas terbaik untuk memulakannya.

Dalam tiga bahagian utama yang kemudian dipecahkan kepada sub-sub judul, Kitab Tamadun Rom membawa para pembaca melalui kisah sebuah empayar yang paling berkuasa dalam sejarah manusia. Dari penubuhan Rom pada 753 SM dan tempoh awal monarki, kemudian kebangkitan republik hingga kemuncak keagungan empayar dan kemerosotan hingga keruntuhan empayar pada 476 M.

Individu-individu penting muncul bagi mencorakkan perjalanan tamadun Rom. Dari sebuah kota yang diasaskan oleh Romulus dan Remus di tepi Sungai Tiber, kemudian membawa kepada peperangan antara Scipio dengan Hannibal. Persaingan sengit diteruskan antara Pompey dengan Julius Caesar hingga membawa kenaikan Maharaja Augustus. Kemudian, empayar diserahkan kepada maharaja-maharaja hingga perpecahannya semasa era Konstantinopel.

Sejak dari awal lagi Rom merupakan sintesis pelbagai kebudayaan daripada puak-puak yang berbeza di Itali. Tempoh awal monarki (753–510 SM) menyaksikan gabungan puak Etruscan, Oscan, Sabine dan lain-lain puak yang tinggal di Itali. Sedikit demi sedikit, Rom pada zaman republik (510–27 SM) meluaskan imperium atau autoriti mereka.

Pada 270 SM, Rom berjaya menguasai seluruh Semenanjung Itali dan pada 146 SM, Rom muncul sebagai sebuah kuasa terkuat di Mediterranean. Peluasan diteruskan seterusnya mendirikan asas kepada sebuah empayar, iaitu pada 116 M telah merangkumi lebih 16.8 juta km persegi.




**baru habis semalam
menarik ... sebab from first page sampai habis cerita perang
baca pada 14 april 2023 ...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2023 09:46 AM | Show all posts
Demi membangkitkan kuasa purba Firael, ahli-ahli sihir melakukan upacara laknat dibantu pesuruh mereka Sang Asura. Di Nusa Mintaka yang diperintah kerajaan junta, sumpahan bermula.

Raja Nusa Alnitak dibunuh kejam, meninggalkan puteri tunggalnya sebagai pemerintah baharu. Desakan pembesar-pembesar istana yang gila kuasa agar Ratu Ariana berkahwin memaksanya lari dari kerajaan sendiri. Takkan dia terikat dengan perkahwinan semata-mata takhta.

Kerana fitnah, Aryan, seorang hamba abdi dari Nusa Alnizam melarikan diri sehingga tersesat ke alam bunian yang turut ditimpa malapetaka tak tersangka.

Perang antara tiga nusa sudah bermula, didalangi pembelot dan pengkhianat. Empat puak bunian berbeza fahaman, menongkah takdir dengan naga-naga mereka. Masa untuk memilih, sekutu atau seteru. Orakel Dewata menyaksikan kemusnahan jagatraya di bawah kekuasaan sihir, hanya penyatuan mereka dapat mengembalikan keagungan sakti!


*baru mula baca hari ini ... 26/04/23
slow slow ...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2023 10:57 AM | Show all posts
Apakah agama utama orang Cina?

Kenapa ejaan nama orang Cina Malaysia dan orang China berbeza?

Kenapa wujud perbezaan tulisan Cina tradisional dan ringkas?

Apakah sebenarnya makhluk yang dikenali sebagai naga?

Apakah hubungan antara tamadun Cina, Korea dan Jepun?

Jawapan kepada persoalan-persoalan di atas adalah antara aspek tamadun dan budaya Cina yang akan diterangkan dalam buku ini. Ia ditulis dalam bahasa Melayu yang mudah dibaca dan senang difaham. Buku ini diharapkan dapat memupuk persefahaman antara budaya yang menjadi warisan bersama negara.

Tamadun Cina merupakan antara tamadun tertua dan satu-satunya tamadun daripada kalangan empat tamadun purba yang tidak terputus. Dalam sejarah perkembangan tamadun Cina dan pengalaman pewarisnya dalam memelihara khazanah leluhur mereka, terdapat pengajaran dan ilham yang berguna kepada anak bangsa yang ingin membina keyakinan diri terhadap tamadun sendiri.




petang semalam dah habis baca Orakel Dewata
Hmmm ada sambungan and ... bukunya keluar tahun ini 2023
cuma tak tahu bulan berapa ..
sabar jer lah

untuk Tamandun Siri .. saya dah baca - Kitab Tamadun Islam, Kitab Tamadun Melayu & Kitab Tamadun Rom
yang belum baca Kitab Tamadun Jepun & Kitab Tamadun Mongol
yang baru keluar Kitab Tamadun Yahudi & Kitab Tamadun Korea
nanti lah kita beli ...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-5-2023 02:33 PM | Show all posts
Lahirnya dia ke dunia telah menghapuskan mimpi-mimpi duka. Pemergian ayahndanya membuatkan dia tersisih dari kasih sejati ibu sendiri. Namun demi sebuah memori, dikuatkan dirinya meneruskan perjuangan yang diwariskan. Apa yang diharap tidak pernah menjadi kenyataan. Serakah lelaki menghumban dirinya ke lembah derita. Sebuah cinta agung buatnya, berubah warna. Sinar mentari yang diidamkan, gerhana juga yang datang...


" ... Dia bukan Puteri Lindungan Bulan, berdarah putih yang disorok di dalam lubang semata-mata untuk menyelamatkannya daripada menjadi isteri kepada Raja Siam. Dia bukan Puteri Zaleha Si Lindungan Bulan yang menjadi permata hati ayahandanya sehingga tidak sanggup hendak mengahwinkan anaknya itu. Teramat kasih sehingga tidak sanggup berpisah dari puteri tercinta. Tidak!
Dia bukan puteri yang sering disebut-sebut di dalam hikayat itu. Dia hanya puteri zaman moden yang tidak pernah gentar menempuh rintangan. ... "
ms 328


tengah baca buku ini
tapi rasa nya pegang buku ni lebih
hahaha

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 01:46 PM | Show all posts
masterudeng82 replied at 1-12-2022 02:04 PM
Sekarang beralih ke novel Suluk ~ Abdul Rahim Awang

Buku ni dah lama habis baca, tapi tak begitu fokus sebab banyak sangat watak. Hmm, jadi mcm bosan pulak. Lepas tu tulisan dalam buku tu mcm ada gap, so macam potong mood juga lah nak baca. struggle juga nak habiskan, tu yang skip2 je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2023 01:49 PM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 1-2-2023 05:12 PM
Padi ialah nadi hidup keluarga Lahuma, Jeha dan seluruh penduduk Kampung Banggul Derdap. Kemarau, ba ...

Buku ni antara yang saya paling suka. Jalan cerita simple, tapi memang bagi semangat juga. Mengubah cara kita melihat kehidupan. Dulu baca yang cover lain, cover yang ni ada beli masa PBAKL last year, masih dalam plastik, sayang nak buka.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 02:00 PM | Show all posts
Edited by masterudeng82 at 9-6-2023 10:35 AM



Sebagai jejaka metroseksual dan moden, jatuh cinta dengan gadis bukan seagama bagi Hadi bukan masalah.

Tetapi apabila gadis itu menyuruhnya berubah, itu masalah. Perlu solat secara berjemaah di masjid setiap kali masuk waktu solat, itu lebih masalah!

Dan lebih masalah lagi apabila Hadi terpaksa menjadi pemujuk orang nak bunuh diri, penyelamat bayi dibuang, bertemu mat dadah dan macam-macam lagi halangan di laluan lorong yang cukup asing baginya.

Semua gara-gara Hadi ingin menjadi hero kerana mengejar pencuri gelandangan intelek berusia 12 tahun yang bersekolah hingga darjah empat sahaja!

Masalahnya, masa semakin suntuk! Dan Hadi tak tahu masjid di mana!


Buku ni nampak tajuk mcm simple, isi padat juga. Nak komen pun tak tau mcm mana, cuma banyak pengajaran dalam buku ni.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2023 02:04 PM | Show all posts
Edited by masterudeng82 at 9-6-2023 10:34 AM

Jauh manapun kau berjalan, tinggi manapun tingkat universiti kau, tanpa restu keluarga kau, kau rasa kau boleh berjaya? Mana ada orang mampu belayar tanpa kompas, satu kerja gila dengan hanya melihat tenggelam timbulnya matahari, kerlipnya bintang menjadi jurupandu kapal kecil. Lari dari rumah, meletakkan keluarga paling belakang dalam setiap keputusan, kau rasa kau sudah mampu jadi wira? Mimpi sahajalah!
Bayu Aleeya, seorang gadis lepasan universiti yang tidak pernah terkeluar dari zon selesanya. Hidup dalam sangkar emas, dikawal ketat geraknya hingga membuatkan dia rasa terpenjara. Walau sudah bergelar mahasiswa kelas satu, masih ada bodoh dalam bijaknya. Bayu antara perempuan paling bodoh, meninggalkan manusia-manusia penting dalam hidupnya demi membuktikan dia mampu hidup atas kakinya sendiri. Kerana kebodohannya, kerana akal pendeknya, Bayu akhirnya terperangkap bersama-sama di dalam watak-watak yang dia cari. Bayu perlu cari jalan pulang, atau satu-satunya jalan pulang yang dia ada adalah mati!



Tengah baca buku ni pulak.
*** dah habis baca.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 10:25 AM | Show all posts
Edited by masterudeng82 at 9-6-2023 10:32 AM

Baru lepas habis baca Log Cabin ~ Zahida Zarkasi

Blurb : Log Cabin
Penulis : Zahida Zarkasi

Zara, seorang penulis novel yang baru saja kehilangan suami dan anak tersayang membawa diri ke log cabin untuk mencari ketenangan dan menyiapkan manuskrip yang tertangguh.

Namun tanpa disangka dia telah terperangkap dalam plot cerita yang sedang dikarang. Lain yang dirancang, lain yang telah berlaku. Watak-watak utama dalam novel yang sedang dikarangnya tiba-tiba hidup lalu mengancam emosi dan perasaannya.

“Saya ke sini untuk menyiapkan manuskrip saya. Tapi lain pula yang terjadi. Laptop saya kehabisan bateri. Nak cas tak boleh sebab tak ada elektrik di sini. Nak keluar tak boleh sebab jip rosak. Akhirnya saya tercampak ke dunia novel yang saya ciptakan sendiri.” ~ Zara

Ketenangan yang dicari di log cabin menambahkan sengsara yang sedia ada. Namun sebaik sahaja dia berjaya meninggalkan log cabin, satu demi satu rahsia terbongkar.
Log Cabin … ada sesuatu tentangnya.




**Ni buku kedua saya baca dari penulis ni. Menarik. Memang tak leh nak stop sebab nak tau macam mana watak2 dalam buku tu boleh jadi real.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2023 10:40 AM | Show all posts
Edited by masterudeng82 at 14-6-2023 03:01 PM

** Tengah baca novel ni pulak.
**Update : Dah habis baca. Jalan cerita cliche, macam sehangat asmara, tapi ada kelainan juga. Berhubung melalui mimpi.

Aku takkan faham cara Tuhan bekerja ~ Ryu/Khairul/Kai.  


Blurb : Mimpi Tak Pernah Lupa
Penulis : Fakhrull Halim

Apabila Hana bermimpi, dia menjelma menjadi watak nyata dalam hidup Khairul. Khairul juga serupa. Kenapa begitu? Kenapa sekarang?
Setelah kenangan sebagai suami isteri di bumi Jepun sembilan tahun dahulu, telah mereka lepaskan. Hana sangka, dia telah melupakan segala-galanya tentang Khairul.

Khairul yakin, dia pasrah melepaskan Hana. Sehinggalah mereka bertemu kembali. Ego, kesal, rajuk ... lemas dalam rahsia-rahsia yang menjeluak. Mereka berlagak dewasa, berpura-pura melupakan masa silam.

Tetapi mimpi tidak pernah lupa … saat semua yang lain sudah melepaskan. Setiap hari, manusia bermimpi empat kali; bercakap tidak kurang 7,000 patah kata; meminta maaf sebanyak lapan kali.

Bagaimana jika maaf tak terungkap, dek ruang bercakap dirampas? Bagaimana jika Tuhan mengaturkan tiga pertemuan, dalam tiga peristiwa mimpi berbeza untuk memperbetulkan keadaan?

Apakah mimpi dapat membuatkan dua insan kembali ingat akan hal-hal yang cuba mereka lepaskan? Cukup semua dah kan?




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2023 03:04 PM | Show all posts
Kronika Nashan #3Kesatria


Nashan.


Kota legenda yang diperintah oleh Melyn ien Sarra iea Nashrain, puteri kesuma dan Aristokra, yang kini terancam dalam pertempuran menentang gerombolan reneger Sursis, pahlawan adi yang tidak mempunyai tandingan di medan perang. Keperwiraan tentera kota yang dipimpin oleh Mori, kesatria dari Armorikus, serta Shirgen, pembesar kanan Nashan, bakal bersinar dalam sejarah, menjadi babad kepahlawanan terulung.

Namun Sursis terlalu gagah, seperti tidak terkalahkan dalam pertempuran. Maka harapan terakhir Melyn dan seluruh Nashan terletak pada Spiara Bulwar, senjata sakti yang telah menumbangkan naga serta monstra.

Maka percaturan Merkia, magia adi dan wizra tertinggi seluruh Imagina, menjadi kunci kepada segala-galanya.

Bermula seratus tahun sebelum itu, dengan keikhlasan Shilrung, Aristokra pertama Nashan, yang telah mengubah landskap kekuasaan Kushan. Juga dengan kebangkitan Izîl, putera Nomad dari kabilah Tamarazigh, yang satu hari nanti akan bergelar kizar segala kizar. Sejarah mereka bakal menerbitkan legenda baharu, seorang pemuda dari kelana Armorikus yang selamanya terkenal dengan hanya satu gelaran...

Kesatria.




Kronika Nashan #4Imperia
Melyn, Aristokra Nashan dan puteri kesuma, telah memenangi peperangan menentang tentera reneger yang diketuai oleh Sursis, panglima derhaka yang sebelumnya tidak terkalahkan. Namun ancaman terhadap kotanya belum tamat. Kemunculan Auren dari Valkani mendedahkan kewujudan sebuah konspirasi yang lebih luas serta mendalam, yang didalangi oleh Orde Morduwizra dari Toar Magzul. Dan Melyn turut berhadapan dengan dilema kerana Denzir, Aristokra Dashan, mahu melamarnya. Menjadi keliru, terpaksa memilih antara dua hati dalam keadaan yang semakin bergolak akibat kemunculan Otonar, kizar Nomad yang melanggar Kushan dari utara. Peperangan dan percintaan. Dan sebuah empayar bergelar IMPERIA.






ku ingatkan sudah berakhir ... tergantung lagi
ada penyambung ... kelima ...
huarghhhhhhhhhhh!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2023 03:08 PM | Show all posts
Kita sentiasa menyangka bahawa musuh paling abadi manusia ialah perang, bencana alam, dan juga haiwan ganas yang memburu kita di setiap sudut belantara. Sebenarnya tidak… musuh abadi manusia, sejak Adam diturunkan ke dunia, sejak manusia belajar membina kota dan Bertani, sehinggalah ke zaman di mana robot besi mengambil alih sebahagian hidup, tidak terkelihatan dek mata.  

Musuh yang pernah meragut lebih 200 juta nyawa. Musuh yang membuatkan lelaki paling kental mengangkat lembing terketar melutut sengsara. Musuh yang menumbangkan empayar paling luas di dunia. Musuh yang melenyapkan peninggalan peradaban manusia. Wabak sentiasa menjadi musuh yang paling setanding di dunia.  

Buku ini meneroka sisi sejarah, sisi perubatan, sisi sains dan sedikit ulasan agama, mengenai wabak-wabak yang pernah dihadapi manusia, sedang dan bakal dihadapi. Kita akan belajar tentang virus, bakteria, parasit dan segala musuh-musuh kenit yang walau halimunan pada pancaindera, dan bagaimana begitu berusaha dan bergelutnya manusia menundukkan mereka.  

“How many valiant men, how many fair ladies, breakfast with their kinfolk and the same night supped with their ancestors in the next world!” – Giovanni Boccaccio ketika mengulas mengenai wabak Black Death yang melanda Eropah, meragut ratusan juta nyawa. 


tengah baca ni ...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2023 03:09 PM | Show all posts
Edited by masterudeng82 at 14-6-2023 03:11 PM

Sedang baca buku ;

Judul : Ini Sekolah Kita
Penulis : Hidayu Hatta/Musa Nuwayri/Faris Isa

Ketika mahasiswa lain sibuk keluar masuk kuliah dan menekuni peperiksaan, sebilangan kecil mahasiswa Malaysia di Jordan berhasil membina 3 sekolah untuk anak-anak pelarian di Irbid dan Mafraq.

Dan sekolah itu hari ini hampir berusia 4 tahun dan masih beroperasi selagi perang di Syria belum tamat.

Ini adalah cebisan dan fragmen kisah mereka yang berhasil menumbuhkan pendidikan untuk anak-anak perang ketika orang lain merasakan usaha itu adalah mustahil.

Ini adalah kisah Sekolah Kita!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-6-2023 04:54 PM | Show all posts
Kisah-kisah dalam Hikayat Seribu Satu Malam ini dikumpul selama berabad-abad lamanya, sama ada melalui penulisan manuskrip ataupun secara lisan oleh pelbagai penulis, penterjemah dan ahli akademik dari Barat, Timur Tengah, Asia Selatan dan Afrika Utara. Ada pengkisahan di dalamnya yang memang berasal daripada manuskrip purba dan langka daripada kesusasteraan dan cerita-cerita rakyat Arab, Mesir, India, Parsi dan Mesopotamia. Namun kebanyakannya merupakan cerita dari era Abbasiyah dan Mamluk. Ada juga cerita berbingkai daripada Hezar Afsän dalam bahasa Parsi atau 'cerita seribu kisah' yang juga dipengaruhi oleh kisah-kisah dari India.
Satu persamaan ketara dalam semua edisi adalah cerita berbingkai yang asalnya bermula dengan Sultan Shahrir (pemerintah kerajaan Sasaniah) dan isterinya Shahrazad, yang diceritakan secara berlarutan sepanjang hikayat itu sendiri. Ada cerita yang berkaitan dan berbingkai antara satu sama lain, dan ada juga cerita yang berdiri sendiri.
Semoga para pembaca menikmati kisah-kisah menarik yang diperturunkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain seperti kisah pengembaraan Khalifah Harun al-Rashid, tujuh pelayaran Sinbad serta Aladdin dan lampu ajaibnya.


tengah baca buku ni pada 13 June 2023
malangnya takde kat goodreads.com lagi
author atau publisher tak add in ..
sabor jer lah ...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-6-2023 06:26 PM | Show all posts
Edited by fly_in_d_sky at 26-6-2023 06:27 PM

30 tahun telah berlalu sejak runtuhnya Tembok Berlin pada tahun 1989 yang menamatkan Perang Dingin. Optimisme tentang masa depan dunia yang lebih terbuka, tanpa sempadan, saling terhubung kini diganti oleh pesimisme yang melihat dunia semakin dekat dengan kehancuran akibat persaingan kuasa-kuasa besar, kenaikan pemimpin populis dan kemunculan ultranasionalisme.

Tidak kira betapa majunya teknologi, atau betapa berevolusinya tamadun, hubungan antarabangsa tidak akan lari daripada hukum-hukum berikut:

“Musuh kepada musuh adalah kawan”

“Tiada musuh atau kawan yang kekal”

“Geografi adalah takdir”

Berpandukan tiga kunci ilmu geopolitik – KUASA, GEOGRAFI dan IDENTITI – buku ini akan membimbing pembaca memahami asbab musabab di sebalik konflik dan kerjasama antara negara.

ISI KANDUNGAN

Prakata oleh Kuik Cheng-Chwee
1. 30 Tahun Selepas Berlin
2. Kuasa
3. Geografi
4. Identiti
5. Amerika Syarikat
6. Mexico
7. Eropah
8. United Kingdom
9. Scotland & Ireland Utara
10. Sepanyol
11. Itali
12. Rusia
13. Ukraine
14. Timur Tengah
15. Israel
16. Mesir
17. Arab Saudi
18. Iran
19. Turki
20. Libya
21. Sudan
22. Tanduk Afrika
23. Yaman
24. Syria
25. Kurdistan
26. Lubnan
27. Iraq
28. Oman
29. Afghanistan
30. India & Pakistan
31. China
32. Xinjiang
33. Hong Kong
34. Taiwan
35. Jepun
36. Indo-Pasifik
37. Korea Selatan
38. Korea Utara
39. Amerika Selatan
40. Afrika
41. Asia Tenggara
42. Myanmar
43. Filipina
44. Thailand
45. Indonesia
46. Malaysia
47. Astropolitics
48. Cyberpolitics
49. Hate Politics
50. Ecopolitics
Tentang Penulis
Wawancara bersama Ayman Rashdan Wong
Glosari
Bibliografi




tengah baca Penyeberang Sempadan .. nak dekat habis ...
lagi suku kot ....
jadi boleh baca sikit-sikit DTT III

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2023 09:54 AM | Show all posts
A captivating story of triumph and tragedy - and of a powerful, but forbidden love. Description:


Brought up as an only child on his father's cotton plantation in Alexandria, Charles Austen had always led a happy and privileged life. But when Charles falls in love with Karima Ismail, his world is suddenly turned upside down. For, although beautiful, and blessed with a magnificent singing talent, Karima is merely the daughter of a servant and her passionate, but forbidden love affair with Charles is destined to fail. All too soon, alone and pregnant, Karima is forced to accept a hastily arranged marriage. Throughout her life will pay dearly for this timely intervention.

Yet, despite the sad circumstances of her marriage, Karima lives contentedly with her husband and daughter, Nadia, the only tangible link that remains between her and Charles. In time, she also becomes one of the most admired singers of her generation - the adored 'Nightingale'.

But Karima's success counts for nothing when her beloved Nadia suddenly disappears amidst the blazing turmoil of a city in the grip of political unrest. For years this traumatic incident casts a dark shadow over Karima's life and the life of her beautiful daughter who, with a new identity and a new name, Gabrielle, grows up thousands of miles away. It is only when an unexpected chain of events leads Gaby back to Alexandria, that she can begin to unravel the mystery of her past and answer the one vital question that stands between her and lasting happiness.


tengah baca buku ni 03/07/23
punya lama simpan ... sejak tahun 2007
dah 16 tahun ku simpan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2023 02:19 PM | Show all posts
Edited by fly_in_d_sky at 5-7-2023 03:16 PM

"Dari Tegap Bertimpuh Baik Rebah Merempuh"

Tiada siapa menyangka sebuah kitab enam ratus tahun yang diperolehi empat orang arkeologis dari arkib negara mengandungi sebuah kisah epik tentang kasih, maruah dan dendam seorang pahlawan luar biasa yang telah terhapus namanya dari sejarah Melayu.

Lebih menakjubkan ialah apabila tercetus sebuah misteri mengerikan apabila beberapa waris Laksamana Hang Tuah telah didapati dibunuh dalam keadaan yang mengerikan.

Apakah kaitan Hang Tuah dengan pahlawan terbilang itu, dan apakah peranan arkeologis yang diketuai Dr. Hariz Tarmizi dalam merungkai misteri yang lahir dari peristiwa silam yang terlipat dalam halaman halimunan sejarah?

Endie Shazlie, penulis novel bestseller, Penghuni membawa kita ke sebuah pengembaraan penuh epik yang bermula dengan penemuan empayer Melayu dan berakhir dengan dendam yang harus dilunas oleh seorang pendekar tak tertewas.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 12:55 AM GMT+8 , Processed in 1.059176 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list