CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9112|Reply: 71

Pencemaran Sungai Kim Kim: Jumlah Mangsa Meningkat, Sultan Johor Murka

  [Copy link]
Post time 13-3-2019 03:07 PM | Show all posts |Read mode

Sumber Foto: Utusan.com



Pencemaran Sungai Kim Kim, Pasir Gudang akibat pembuangan sisa bahan kimia pada Khamis lepas menyebabkan seramai 207 orang mangsa yang terdiri daripada orang dewasa dan murid sekolah mengalami pedih mata, sesak nafas, loya, muntah dan pengsan selepas terhidu gas daripada bahan klimia tersebut.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Selahuddeen Abd Aziz, jumlah mangsa meningkat secara mendadak ekoran gelombang kedua yang berlaku pada Isnin lepas, yang melibatkan majoriti kes pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Pasir Putih. Setakat ini, 29 orang dihantar ke klinik kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan manakala 77 mangsa dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dengan 35 daripada mereka ditahan di wad untuk rawatan lanjut.


Berikutan kejadian ini, sebanyak 13 buah sekolah berhampiran ditutup sementara waktu bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh pihak kontraktor dengan seliaan Jabatan Alam Sekitar.



13 buah sekolah yang ditutup sementara waktu akibat pencemaran Sungai Kim Kim. Sumber foto: Siakap Keli






Kejadian ini juga mendapat perhatian Sultan Johor, Sultan Ibrahim, yang nyata kesal dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang terbabit. Titah baginda melalui entri terbaru di laman Facebook rasminya, siasatan menyeluruh terhadap insiden itu perlu dilakukan. Baginda juga menghargai usaha pasukan perubatan yang bertungkus-lumus memberikan rawatan kepada mangsa yang dimasukkan di Hospital Sultan Ismail (HSI).


"Disebabkan perbuatan pihak tidak bertanggungjawab, ratusan orang termasuk murid serta pelajar sekolah terpaksa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan. Malah ada yang bertarung nyawa dalam ICU!"

"Ini adalah rakyat saya dan saya tidak akan membenarkan perkara ini melarat. Saya menggesa semua pihak berkuasa kerajaan untuk segera menangkap dan menghukum pelakunya."

"Saya berasa amat sedih apabila melihat ramai yang merana akibat tindakan mereka yang tidak berperikemanusiaan. Bukan sahaja kanak-kanak tetapi juga orang dewasa yang hanya melakukan tugas seperti pemandu ambulans, pekerja kantin sekolah," titah Sultan Ibrahim.


Baginda juga menasihatkan orang ramai khususnya penduduk di sekitar kawasan kejadian supaya sentiasa berhati-hati dan segera mendapatkan rawatan jika berasa kurang sihat.


"Sekolah juga tidak harus dibuka selagi keadaan tidak benar-benar selamat untuk pelajar dan guru. Kurangkan juga seberapa banyak pergerakan di luar," titah Sultan Ibrahim.





Sementara itu, video mangsa pencemaran insiden berkenaan tular di media sosial, menyaksikan pelajar sekolah yang terkesan mengalami kekejangan tangan sambil diberi bantuan pernafasan oleh pasukan perubatan. - CARI



Sumber video: Tun Carlos

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2019 03:59 PM | Show all posts
Allahu kejamnya lahai. ambik tindakan jgn bg diorg kebal undang2!
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 04:07 PM | Show all posts
so MB dengan Exco ada keluar apa-apa statement tak? Nak tunggu Sultan murka, baru nak tunjuk muka?

Meols yang kat JB ni pun dah risau..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 04:11 PM | Show all posts
tangkap cepat2

tutup kilang, bagi denda penjara seumur hidup sebagai pengajaran

tarak kalu, habis nanti semua sungai2 malaysia tercemar sebab tokei kilang tak takut sebab denda kecik celah gigi







Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 04:13 PM | Show all posts
i nak tanya bahan kimia tu Methyl isocyanate ke?

kalau yg tu diorang buang kt sungai...i harap okt tu kena hukum gantung.
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 04:16 PM | Show all posts
Dengar kata Kulai pun kena sipi sipi gas beracun tu.
Moga semua mangsa cepat sembuh.
Dan moga pesalah di hukum dgn sewajarnya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-3-2019 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Tangkap.. rampas.. buang negeri..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 04:22 PM | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 13-3-2019 04:23 PM

Kurang ajar betul..

Patut dikenakan tindakan MAX ke atas pesalah..tutup kilang dan sumbat dalam penjara..atas tuduhan cubaan membunuh!
Ini la yg berlaku selama ni negara ini mesra dengan geng kapitalis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2019 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Sungai kim kim tu dekat je dgn rumah akak iols.. sekolah anak dia SK Kota Masai 3 tu dh kena tutup.. klinik tempat dia kerja pon dh padat sampai ke luar penuh pesakit..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasir Gudang tu udara dia pon x bagus sebenarnya.. dulu masa akak iosls baru2 pindah situ.. setiap kali iols pergi rumah dia mesti akan kena batuk or demam.. org2 yg duk situ dh sebati agaknya paru2..
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 04:44 PM | Show all posts
sial betul
kejar untung sampai bahaya kan nyawa orang lain
elok bakar je la kilang2 sial ni semua

kesian budak2
tak pasal2 menanggung
buat nya effect tu lambat lagi baru nampak
siapa nak tanggung?

Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 05:27 PM | Show all posts
ehhh...sial punya pembangunan la macam ni.....menyusahkan orang..mesti yang buang toksik ni anok haram dan berketurunan syaiton pundek di mana ayah dan mak konkek di bawah pokok tanpa menutup sebarang kain
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 05:29 PM | Show all posts
ehhh...sial la...kejar pembangunan sampai menyusahkan orang lain...ni mesti anok harom yang berperangai iblis lahanat dan dilahirkan akibat mak dan ayah konkek di bawah pokok tanpa menutup sebarang kain......celaka punya org la kalau perangai macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya kat budak budak sekolah jadi mangsa {:dot
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 13-3-2019 04:07 PM
so MB dengan Exco ada keluar apa-apa statement tak? Nak tunggu Sultan murka, baru nak tunjuk muka?
...

Chuollss jb area mne?meollss dok kat tiram ni da mula rsau sbab kwan2 meolls yg dok area cahaya baru/layangkasa da stat tggalkan area sne..da la layangkasa tu smpadan sg tiram n psir gudang..seram plak bila pkir psl ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 13-3-2019 04:25 PM
Pasir Gudang tu udara dia pon x bagus sebenarnya.. dulu masa akak iosls baru2 pindah situ.. setiap k ...

Tau xpe..meollss dulu keje stahun je kat sna pastu xthan sbab manjang skit tekak je masa kje kt sne
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-3-2019 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Alah acah nak murka konon, bukan ke semua projek kat Joho tu kena go thru dia dulu..halal haram ke janji org bayar dia, lg pun kilang ni dh lama beroperasi secara haram
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 13-3-2019 04:22 PM
Kurang ajar betul..

Patut dikenakan tindakan MAX ke atas pesalah..tutup kilang dan sumbat dalam p ...

menteri besar kata penduduk takyah pindah..  tutup pintu...

bodoh mcm mahacai
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 10:11 PM | Show all posts
dinopower2 replied at 13-3-2019 09:23 PM
menteri besar kata penduduk takyah pindah..  tutup pintu...

bodoh mcm mahacai

apa yg bodo nya, dah betul apa MB tu cakap, ikut je la, skang ni sapa pemerintah, cai BN kalo dah kalah duduk diam2 la
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2019 10:12 PM | Show all posts
dinopower2 replied at 13-3-2019 09:23 PM
menteri besar kata penduduk takyah pindah..  tutup pintu...

bodoh mcm mahacai



Dari tun nak cantas penjawat awam..tun patut cantas menteri PH yg mmg out..

Meh ak nak kabar...semalam ada satu event kt KL..dihadiri oleh oleh delegasi antarabangsa....sampai tertido mereka dekat hall..tungg menteri PH..1 jam lambat..

Bikin malu negara!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:29 PM GMT+8 , Processed in 0.338604 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list