Nampaknya ramai yang tidak bersetuju dengan produser A.Aida dalam mencari bakat baru dalam dunia lakonan yang mengutamakan paras rupa berbanding bakat. Semalam, pelakon berbakat besar Sharifah Amani pula meluahkan perasaan kesalnya mengenai isu tersebut.
Menerusi posting di akaun Twitter miliknya, Amani berkata sikap dan persepsi produser yang sedemikianlah yang menjadi punca kepada lambakan pelakon yang kurang berkualiti.
Hasil kerja semakin entah apa-apa, disiplin koyak...
Kredit foto: Twitter Sharifah Amani
Posting Amani tersebut mendapat perhatian ramai termasuklah penyanyi dan pengacara, Adibah Noor.
Yang disebut sebagai 'benchmark' tu pun setelah di'groom' berapa kali..
Kredit foto : Twitter Sharifah Amani
Merujuk kepada kenyataan A.Aida kepada Harian Metro yang mengatakan bahawa produser hanya mahukan mereka yang mempunyai paras rupa yang menarik seperti Remy Ishak dan Syafiq Kyle, Adibah Noor mengatakan bahawa dua artis tersebut juga telah di'groom' beberapa kali sebelum menjadi seperti sekarang.
'Tak berwajah orang kaya' pun ada..
Kredit foto : Twitter Sharifah Amani
Tak minat drama tempatan, pelakon kayu..
Kredit foto: Twitter Sharifah Amani
Sememangnya ramai yang tidak sependapat dengan A.Aida dan menganggap kecantikan itu sesuatu yang subjektif. Jika kena dengan gaya dan pandai menata rias, pastinya ianya dapat menonjolkan kecantikan dan aura seseorang itu. Tetapi sekiranya pelakon tidak pandai menjiwai watak dalam lakonan, pastinya filem atau drama itu hambar kerana gagal menambat hati penonton. Betul tak?-CARI |