Terpaksa bergelut selama hampir tiga jam, akhirnya seorang nelayan berjaya menaikkan ikan layar gergasi seberat lebih 200 kg.
Kejadian di Miri, berlaku pada 2 pagi Jumaat menyebabkan Hussin July, 58 terpaksa meminta bantuan rakan-rakan sebelum ikan 'buruan kaki pancing' itu berjaya dibawa naik.
Memetik laporan Harian Metro, ia merupakan kali pertama nelayan itu menaikkan ikan bersaiz gergasi tersebut.
“Ini kali pertama saya menaikkan ikan bersaiz gergasi, terutama spesis layar yang menjadi buruan kaki pancing,” katanya.
Kredit foto: Harian Metro
“Saya terpaksa meminta bantuan tiga rakan lain untuk menaikkan ikan berkenaan ke atas bot malah terpaksa bertarung hampir tiga jam.”
Ikan gergasi itu kemudiannya dijual kepada peraih yang menanti di jeti Miri. - CARI |