CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2403|Reply: 2

Nabi Tak Pernah Halau Anak-Anak Ke Saf Belakang!

[Copy link]
Post time 11-3-2019 03:12 PM | Show all posts |Read mode



Abdullah bin Syaddad meriwayatkan bahawa ayahnya berkata, Rasulullah SAW menemui kami saat hendak mengerjakan salah satu solat malam (iaitu Maghrib atau Isyak) sambil membawa Hasan atau Husain.

Rasulullah SAW maju dan meletakkan cucunya tersebut lalu mengucapkan takbiratul-ihram dan memulai solat. Di tengah solat, beliau sujud cukup lama.

Saf+Kanak-kanak

Ayahku berkata, Maka aku mengangkat kepala, lalu tampaklah cucu beliau yang masih kecil itu sedang bermain di atas belakang beliau, sedangkan beliau tetap sujud. Maka aku pun sujud kembali.

Setelah selesai solat, para sahabat bertanya, Wahai Rasulullah, engkau sujud terlalu lama di tengah-tengah solat tadi, sehingga kami mengira telah terjadi sesuatu, atau engkau sedang menerima wahyua.

Rasulullah sallallaahu alaihi wasallam bersabda, Semua dugaan kalian tidaklah terjadi. Akan tetapi cucuku ini sedang naik ke belakangku seperti sedang menunggang kendaraan. Aku tidak ingin menyudahinya sampai dia benar-benar berhenti sendiria [HR. Nasaa no. 1141].

Pengajaran yang patut Ultra Konservatif Melayu Nusantaraa ambil dari hadis di atas:

Nabi Tak Pernah Halau Anak-Anak Ke Saf Belakang

1. Nabi membawa anak kecil di dalam solat. Nabi membiarkan anak kecil bermain di dalam solat berjemaah sehinggakan membiarkan memanjat belakang baginda.
2. Anak-anak tidak najis. Perbuatan anda menghalau itulah seperti najis.
3. Nabi tidak menghalau anak kecil ke belakang. Nabi bukan sahaja membawa ke dalam saf orang dewasa, malah Nabi bawa sehingga ke tempat imam.
4. Tiada istilah putus safa jika membawa anak kecil ke dalam saf orang dewasa. Saf terputus jika anda menjarakkan kaki. Sambung atau terputus sesuatu saf adalah bergantung kepada anda. Bukan salah anak-anak.
Saf+Kanak-kanak [3]
5. Apa perasaan anda jika anak-anak muda menghalau anda yang sudah tua ke belakang?
6. Jika anda mahu berada di saf hadapan, datanglah awal dan cop tempat anda di baris pertama. Bukan dengan cara menghalau orang lain.
7. Membawa anak kecil di dalam saf orang dewasa ada dicontohkan Nabi. Tetapi menghalau anak-anak ke belakang mengikut sunnah siapa? Biasanya Iblis dan Syaitan yang suka menghalang orang lain dari mendapat kebaikan. Janganlah kita menjadi seperti mereka.
8. Kami berterima kasih kepada AJK surau dan masjid kerana menguruskan perjalanan dengan baik. Namun surau dan masjid adalah hak orang Islam termasuk juga anak-anak kecil. Surau dan masjid bukan hak peribadi sesama AJK yang boleh digunakan sesuka hati dan menghalau orang lain sesuka hati.
Saf+Kanak-kanak [4]
9. Sepatutnya orang dewasa memberi galakan kepada anak-anak kecil. Bukan menghalau dan mengkastakan mereka. Anak-anak sepatutnya bersolat di sisi ibu bapa supaya ibu bapa dapat mengajar dan mendisiplinkan anak-anak tentang solat berjemaah. Ibu bapa pula, bertanggungjawablah terhadap anak masing-masing.
10. Meletak anak-anak di hujung belakang saf menjadikan anak-anak lebih banyak bermain dan berbuat bising selain berba haya kerana mudahkan penculikan berlaku.


Kes pernah terjadi beberapa kali di Malaysia, terbaharu pencu likan berlaku sewaktu si ayah sedang solat di hadapan manakala anak-anaknya di saf belakang.
sumber kisahkini

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2019 08:19 AM | Show all posts
kanak kanak lagi elok berdiri di saf belakang.

Bila kita sembahyang jemaah kebaikkanya mengajar kita utk bertolak ansur sebab itu lenggan bertemu lenggan kaki bertemu kaki. Bila terdapat budak budak dlm saf dewasa maka kelebihan saf telah hilang. Budak budak kan pendek jadi matlamat utk mengajar para jemaah utk bersabar apabila berlaga bahu/lenggan tidak tercapai.

Saya dengar ilmu ugama dari ustaz Hassan Din.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2019 08:09 AM | Show all posts
Nabi takkan lakukan perbuatan yg bercanggah dgn sifat seorang nabi...

Dia nasihat melalui dalil dgn hadith...pasaitu mula mula sekali nabi ajar adab...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.066145 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list