Rasanya belum pernah lagi melihat penyanyi No.1 negara, Dato Siti Nurhaliza atau mesra dengan panggilan Tok Ti bertindak menutup ruangan komen di akaun Instagram miliknya.
Namun, mungkin kerana kritikan yang diterima mengenai busana yang dipakainya semasa menghadiri acara dan sidang media "In Conversation With Maher Zain' semalam, Tok Ti bertindak menutup ruangan komen.
Kredit foto : Ig Tokti
Menerusi portal Projek Malay Mail, rata-rata peminat Tok Ti menganggap busana rekaan Ridzuan Bohari ini sebagai tidak sesuai dipakai oleh "sweetheart' Malaysia ini.
"Kepada semua pereka fesyen, tolong la buat baju yang cantik sikit untuk diva (Siti Nurhaliza)."
"Baju ni tak cantik, nasib baik Tokti cantik. Designer ambil kesempatan dengan konsep 'orang cantik pakai apa pun cantik'."
Adalah antara komen-komen yang ditinggalkan oleh para peminat TokTi seperti yang dipetik daripada portal Projek Malay Mail.
Bagaimanapun, menerusi Instagram milik pereka busana tersebut, Ridzuan Bohari ramai yang hairan mengapa busana tersebut mendapat kritikan.
Kredit foto : Ig Ridzuan Bohari
Cantik tetapi kenapa dikecam?
Kredit foto : IG Ridzuan Bohari
Macam-macamlah peminat ni kan. Pada pendapat korang, baju yang Tok Ti pakai ni tak cantik ke? -CARI |