Seorang wanita dikecam kerana melakukan penderaan terhadap haiwan dengan membawa kucingnya ke sebuah hospital haiwan untuk membuat pembedahan plastik.
Kredit foto: Carian Google
Wanita berasal dari China yang dirahsiakan identitinya itu membawa kucingnya menjalani pembedahan ke atas kedua belah mata kerana beliau tidak sukakan bentuk asal yang dikatakan terlalu hodoh. Kucing berwarna kelabu itu menjalani pembedahan double-eyelid operation atau Asian blepharoplasty, di mana kelopak yang baru dibentuk untuk memperbaiki mata sepetnya.
Kredit foto: Mirror.uk
Untuk memuaskan kehendak pelanggannya, doktor haiwan yang membuat pembedahan dikatakan memotong sebahagian kecil kulit di bawah mata kucing tersebut, lapor Stesen TV Jiangsu. Dilaporkan, wanita tersebut sanggup membayar 10 ribu Yuan (RM6000) untuk kos pembedahan tersebut.
Lebih mengejutkan, stesen TV itu turut mendedahkan gambar-gambar kucing tersebut yang baru menjalani pembedahan. Gambar tersebut menunjukkan keadaan mata kucing itu yang kemerahan dan membengkak. Turut kelihatan jahitan di kedua belah mata.
Kredit foto: Carian Google
Jurucakap di Hospital Haiwan Rupeng di Nanjing di mana ianya dilakukan berkata, pembedahan kelopak mata seperti ini kini semakin popular di kalangan pemilik haiwan terutamanya anjing yang bakal menyertai pertandingan atau pertunjukan. Bagaimanapun, pembedahan ini mengundang risiko kesihatan dan ketidakselesaan kepada binatang uyang menjalaninya.
Menurut MailOnline, sejak laporan tersebut disiarkan di TV, wanita pemilik kucing tersebut menerima pelbagai kecaman di media sosial. 'Ini sesuatu yang menjijikkan dan berupa penderaan' kata netizen.
Diharap pihak berkuasa negara itu dapat melakukan sesuatu untuk mengelakkan perkara seperti ini menjadi trend. - CARI |