Kredit foto: WikiHow
Bagi mereka yang baru nak belajar memasak dan masuk pasar untuk memilih lauk untuk dimasak, sudah tahu cara memilih bendi?
Nah, tidak perlu lagi bertanya kepada penjual! Di sini kami berikan tip mudah memilih sayur bendi segar like a boss.
1. Tolak hujung bendi
Jika anda tolak hujung bahagian bawah bendi yang berbentuk tajam dan patah (tidak lembik), maknanya sayur bendi itu masih segar dan cantik. Jika bengkok sahaja, maka sayur itu sudah tidak segar.
Kredit foto: Lieza Zainal
2. Tekstur hujung tangkai
Jika hujung bendi terlihat padat, maka bendi tersebut memang segar dan manis. Kalau pilih tangkai yang 'kosong' dan berlubang, nanti anda akan dapat bendi yang pahit dan tidak sedap.
3. Tekstur badan bendi
Tip paling mudah, pilih bendi yang kelihatan sedap mata memandang. Contohnya tekstur badan bendi masih lagi segar, bukannya yang sudah kecut. Kalau lihat pun sudah tidak seronok, apatah lagi kalau dimakan.
4. Saiz
Ada orang kata, saiz bendi yang kecil dan sederhana lagi sedap kerana rasanya rangup dan segar. Jangan tamak untuk memilih saiz besar, nanti merana kerana tidak sedap.
Kaedah ini tidak hanya terhad untuk bendi sahaja. Malah, boleh dipraktikkan ketika memilih kacang panjang dan kacang botol juga. - CARI |