CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7228|Reply: 37

Tanam Buluh Ganti Kelapa Sawit? Giliran Teresa Kok Pula Dikecam

[Copy link]
Post time 3-3-2019 02:55 PM | Show all posts |Read mode
Kredit foto: Media Semasa




Semakin ramai menteri Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dikecam netizen dan terbaru, giliran Menteri Industri Utama Teresa Kok Suh Sim pula menjadi buah mulut.

Dalam sidang akhbar selepas merasmikan projek The Valley@Bentong di Bentong, Pahang pada 2 Mac, beliau menyarankan agar usaha memperluaskan penanaman kelapa sawit dihentikan dan digantikan dengan tanaman lain seperti buluh.


Memetik rakaman video yang dimuat naik saluran OneNews menerusi YouTube, Teresa berkata, buluh boleh diproses menjadi pelbagai jenis barangan dan mempunyai pasaran yang besar di Jepun.







Saranan 'bernas' beliau yang juga Timbalan Setiausaha Agung DAP menerima kritikan hebat daripada para netizen termasuk dalam laman Facebook miliknya.



Malah, ada di antara mereka yang mendesak Teresa meletak jawatan kerana gagal menangani kemelut yang melanda industri kelapa sawit negara.





Kredit foto: Facebook




Ada juga yang berpandangan, Kementerian Industri Utama sepatutnya berusaha lebih giat lagi mempromosikan kegunaan kelapa sawit dalam penghasilan pelbagai produk seperti sabun, marjerin dan minyak masak.



Kredit foto: Facebook



Seorang netizen pula mempertikaikan kenyataan Teresa itu kerana permintaan terhadap minyak sawit di dalam negara masih tinggi.





Kredit foto: Facebook



Sementara itu, seorang netizen melalui ruangan komen dalam laman FB 'Berita Semasa Tempatan Malaysia' mempersoalkan janji PH yang akan berusaha meningkatkan harga sawit dalam manifesto pilihan raya umum lalu.





Kredit foto: Facebook



Nasib baik Teresa mencadangkan untuk menanam buluh sahaja. Jika beliau mencadangkan penggunaan minyak sawit untuk dijadikan bahan api kereta terbang, mungkin lebih teruk lagi kecaman netizen dilemparkan terhadapnya. - CARI


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2019 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh my God. Tolonglah. Seriuslah. I nk nangis pun ada. Fine x nk buka ladang baru sawit. Thats fine.

Bamboo mmg ade pasaran. Bkn Jepun je. China pun. I pernah meeting dgn org China, derang nk buka kilang proses buluh n export ke US. Tp ms tu kerajaan BN tumbang n org China kate tun hates China. So thet move to Vietnam. Kalau China man tu tipu i, korang semua kena tipu gaklah.

Org China kate Malaysia is a good hub utk China. Sbb China n US x ngam. Kalau berurusan direct dgn US, mcm2 China akn kena. So Malaysia blh jd hub yg baik.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2019 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti bila ramai yg tanam buluh sehingga berlaku lambakan di pasaran akan buat harga buluh pula jatuh, lepas tu menteri yg bijak ni akan minta rakyat tanam pokok lain pula.

Wahai menteri yg bijak, harga setandan kelapa dan setandan sawit macam langit dan bumi. Utk peneroka dpt hasil spt sawit mereka perlukan keluasan tanah yg lebih besar. Pasarab kelapa ni sgt kecil, jika ramai yg tanam pasti akan berlaku lambakan dan akhirnya harga akan jatuh.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2019 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06: Oh my God. Tolonglah. Seriuslah. I nk nangis pun ada. Fine x nk buka ladang baru sawit. Thats fine.Bamboo mmg ade pasaran. Bkn Jepun je. China pun. I  ...



Dasar Mahathir ni cari gaduh dgn negara pengimport terbesar spt China, Singapuran dan USA. Kalau mereka tak fikir cara utk perbaiki hubungan diplomasi, barangan malaysia susah nak tembus pasaran luar akhirnya akan berlaku lambakan dlm pasaran malaysia. Harga terus jatuh dan yg jadi mangsa pekebun kecil. Akirnya pekebun kecil yg terdiri dari org  melayu ni akan jual tanah2 mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2019 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
noraidil_06: Oh my God. Tolonglah. Seriuslah. I nk nangis pun ada. Fine x nk buka ladang baru sawit. Thats fine.Bamboo mmg ade pasaran. Bkn Jepun je. China pun. I  ...


Kerajaan malaysia baharu dulu tak mau kawan ngan china. Tapi baru2 ni hantar menteri pengangkutan, anthony loke pergi sana.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2019 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
safriehalim: Nanti bila ramai yg tanam buluh sehingga berlaku lambakan di pasaran akan buat harga buluh pula jatuh, lepas tu menteri yg bijak ni akan minta rakyat  ...



Patutnya cari jalan buka pasaran baru selain eu. Dulu us pun pernah sekat import minyak sawit. Tapi kerajaan masa tu yang di bawah pentadbiran tun m jugak dapat cari jalan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-3-2019 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
safriehalim: Dasar Mahathir ni cari gaduh dgn negara pengimport terbesar spt China, Singapuran dan USA. Kalau mereka tak fikir cara utk perbaiki hubungan diplomasi ...


Betul tu. Yang jadi mangsa sekarang felda & felcra.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2019 03:46 PM | Show all posts
Brilliant idea sebenarnya. Buluh boleh jadi sumber ekonomi baharu, boleh buat kertas, rayon, veneers, bukan perabot je.

Malaysia & Indonesia cover 85% penanaman kelapa sawit dunia. So kena lah bijak untuk stabilkan harga supaya sama-sama untung.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-3-2019 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
syadq: Brilliant idea sebenarnya. Buluh boleh jadi sumber ekonomi baharu, boleh buat kertas, rayon, veneers, bukan perabot je. Malaysia & Indonesia cover 8 ...


Cara dia jawab masa pc tu yang kurang sesuai. Mungkin sesuai untuk jangka masa panjang. Cuma pelik, harga minyak masak dalam malaysia masih belum turun lagi.


Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2019 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahun lepas kata harga sawit akan naik tahun ni. Tahun ni tiba-tiba kata tak payah tanam sawit, hrga sawit jatuh pulak

Kalau awal-awal cakap yg krjaan tak ada strategi  nak naikkan hrga sawit, hrga sawit akan kekal rendah di bawah krjaan Pakatan Harapan... awal-awal pekebun tak undi PH
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2019 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
safriehalim replied at 3-3-2019 03:16 PM
Dasar Mahathir ni cari gaduh dgn negara pengimport terbesar spt China, Singapuran dan USA. Kal ...

PH ingat najib saja2 jadikan panda sbg icon hubungan baik msia china
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2019 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
tobby: Tahun lepas kata harga sawit akan naik tahun ni. Tahun ni tiba-tiba kata tak payah tanam sawit, hrga sawit jatuh pulakKalau awal-awal cakap yg krjaan  ...


Kesian kat pekebun kecil. Yang dah buat tanam semula tu camna. Takkan nak cabut balik. Menteri jawab macam tak sensitif dengan keluhan rakyat.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2019 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
tobby: PH ingat najib saja2 jadikan panda sbg icon hubungan baik msia china


Panda pun dah hantar balik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2019 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia sudah putar..

http://m.utusan.com.my/berita/nasional/penjelasan-teresa-kok-isu-buluh-ganti-sawit-1.852600
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2019 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
-admin-
Laporan akhbar yang bertajuk “Lupakan Kelapa Sawit, Tanam Buluh” di Utusan Malaysia adalah tidak wajar

1) Saya ingin merujuk kepada laporan akhbar yang bertajuk “Lupakan Kelapa Sawit, Tanam Buluh” yang disiarkan di Utusan Malaysia pada 3 Mac 2019.

2) Tajuk laporan akhbar ini adalah tidak wajar walaupun isi kandungan laporan tersebut boleh diterima.

3) Dalam sidang akhbar sempena Majlis Pelancaran Projek The Valley @ Bentong, Pahang, 2 Mac 2019 semalam, saya ditanya oleh pemberita mengenai hasrat kerajaan untuk menghadkan perluasan penanaman kelapa sawit.

4) Justeru, saya menjelaskan bahawa tujuan kerajaan berbuat demikian adalah sebagai salah satu langkah bagi melawan sentimen anti minyak sawit di Eropah yang kini telah menjejaskan pengeksportan minyak sawit kita ke pasaran global khususnya negara-negara Eropah.

5) Sehubungan itu, Kementerian Industri Utama di bawah saya sedang mengambil langkah untuk melawan pengaruh kempen anti minyak sawit di Eropah yang mutakhir ini menjadi semakin kuat.

6) Saya juga memberitahu wartawan dalam sidang akhbar semalam bahawa harga minyak sawit Malaysia telah jatuh dengan agak teruk pada tahun lepas. Ini sekaligus menjejaskan pendapatan ramai pekebun kecil.

7) Oleh sebab itu, Perdana Menteri kita iaitu YAB Tun Dr Mahathir Mohamad telah menasihati rakyat, malahan termasuklah kementerian saya agar tidak terlalu bergantung kepada satu-satu jenis tanaman. YAB menegaskan adalah penting bagi negara kita untuk mengkaji kesesuaian penanaman tanaman alternatif bagi mempelbagaikan pendapatan pekebun kecil.

8 ) Buluh, nenas dan kelapa yang saya sebutkan semalam adalah sebagai cadangan alternatif kepada para pekebun kecil yang selama ini sangat bergantung hanya kepada tanaman kelapa sawit sebagai sumber pendapatan.

9) Kenyataan saya juga hanya merujuk kepada beberapa kawasan yang bersesuaian di Negeri Pahang yang kebetulannya mempunyai banyak buluh.

10) Pemilihan tanaman yang lain adalah bergantung kepada kesesuaian tempat. Ada tempat yang sesuai untuk tanam pokok kelapa, ada yang lebih sesuai untuk nenas atau pokok durian.

11) Dengan penjelasan ini, saya berharap kekeliruan dapat dirungkaikan.


"Sayangi Malaysiaku"

TERESA KOK
Menteri Industri Utama
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2019 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
hussaini4675 replied at 3-3-2019 08:23 PM
-admin-
Laporan akhbar yang bertajuk “Lupakan Kelapa Sawit, Tanam Buluh” di Utusan Malaysia adal ...

Pengalaman aku yg kerja dengan majority ca ya nun ni "putar selagi boleh". Mula mula bagi statement, lepas tu tetiba bertukar. Kejap kau cakap ni, kejap lain, lepas tu lain.. Sudahnya aku jugak yg kena selesaikan sendiri. Kau dah putar, terus lepas tangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-3-2019 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 3-3-2019 08:40 PM
Pengalaman aku yg kerja dengan majority ca ya nun ni "putar selagi boleh". Mula mula bagi statemen ...

Mula2 dulu boleh la kata media spin statement. Tapi zaman sekarang siap ada video. Patutnya menteri berjiwa besar & mengaku tersalah cakap.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2019 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah ada video pun nak putar2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-3-2019 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
orgsepang replied at 3-3-2019 09:47 PM
Dah ada video pun nak putar2

Dia ingat melayu mudah lupa
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2019 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
jual kat china bagi makan panda. kat mesia buat rebung secara besar besaran .bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya. kalau takda rebung, akar pun berguna.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 0.066901 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list