Pasangan dari Singapura menjadi orang yang dikehendaki polis, berhubung satu kes di mana mayat seorang bayi perempuan yang dibalut dalam beg palstik ditemui dalam tong sampah.
Mayat bayi itu dibawa oleh sebuah trak kitar semula dari Taipei ke New Taipei City.
Kredit foto: mothership.sg
Media Taiwan melaporkan, bayi itu ditemui oleh seorang pekerja syarikat kitar semula dengan 30cm tali pusat dan uri yang masih melekat.
Polis percaya bayi tersebut mati semasa atau sebelum dia dibuang ke dalam tong sampah.
Selepas meneliti rakaman CCTV, mangsa yang dibungkus dalam plastik hitam dibuang di Ximending.
Kelihatan seorang lelaki membuangnya dalam tong yang dipenuhi sisi dapur lebih kurang jam 3 pm.
Kredit foto: mothership.sg
Hasil siasatan mendapati lelaki berkenaa duduk di hotek yang sering disewa oleh pelancong dari Asia.
Seorang saksi memberitahu Apple Daily, dia ternampak seorang wanita hamil semasa tiba, tapi perutnya sudah kempis semasa mahu berangkat pulang.
Siasatan awal mendapati pasangan dari Singapura yang sudah meninggalkan taiwan itu adalah orang bertanggungjawab dalam kes ini.
Mereka disyaki tiba di Taiwan pada 19 Feb dan pulang pada 26 Feb selepas bersalin. -CARI
|