Kendall Jenner, supermodel dari keluarga Kardashian/Jenner menggemparkan Oscar After-Party anjuran majalah Vanity Fair dengan pakaiannya yang berani dan mendedahkan hampir sebahagian anggota badannya.
Bagaimanapun, ramai yang mengecam pakaian mencolok mata itu sebagai melampau.
Kredit foto: Carian Google
Model berusia 23 tahun itu memakai gaun berwarna hitam yang direka menggunakan kain jarang dan dipotong sedemikian rupa sehingga mendedahkan sebahagian besar anggota di bawah pinggangnya.
Pakaian itu menjadi tumpuan selebriti di majlis yang diadakan di Beverley Hills itu.
Kredit foto: Carian Google
Susulan majlis Academy Awards yang berlangsung pada 24 Februari lepas, para pemenang Oscar dan tetamu jemputan kemudiannya menghadiri majlis sambutan yang dianjurkan oleh majalah popular itu.
Walaupun ramai pelakon dan bintang popular datang dengan fesyen menarik, gaun Kendall Jenner rekaan Rami Kadi kekal menjadi tumpuan ramai.
Kredit foto: Carian Google
Menurut sumber, Kendall membuat ramai tetamu terkejut dan memalingkan muka kerana bukaan yang terlalu terdedah setiap kali dia berposing.
Kendall dikatakan turut mengambil kesempatan bergambar dengan bapanya, Caitlyn Jenner yang memuji pemilihan pakaian anak gadisnya itu.
Bagaimanapun, ramai netizen mengecam fesyennya sebagai memalukan.
'Sikit lagi terselak nampak vajajay.
'Kelihatan Kendall tidak memakai seluar dalam, adakah beliau terlalu terdesak hendak mencuri tumpuan di majlis Oscar sedangkan beliau bukannya pelakon?' antara komen di Twitter.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Twitter
Sebagai model yang paling mahal di dunia sekarang, nampaknya apa sahaja pakaian diperagakan Kendall Jenner akan tetap menjadi tumpuan. Bagaimanapun, majlis Oscar adalah untuk pelakon dan rasanya tidak sesuai bagi Kendall untuk mencuri publisiti murahan. - CARI |