CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9285|Reply: 20

Apa Itu Doula Dan Kenapa Ia Patut Diharamkan Di Malaysia?

[Copy link]
Post time 26-2-2019 12:28 PM | Show all posts |Read mode
Doula, adalah gelaran diberi kepada individu yang menemani ibu - ibu yang sedang bersalin. Kehadiran Doula ini hanya berfungsi sebagai pemberi semangat ketika ibu berjuang melahirkan anak. Doula ini kebiasaannya menganjurkan seminar dan kelas - kelas antenatal, mengajar ibu teknik teknik pernafasan yang betul ketika melahirkan anak, cara untuk relaks, menenangkan diri dan sebagainya.

Jika itu konteks perkhidmatan Doula di Malaysia, tidaklah ianya menjadi masalah kepada kita, namun kehadiran doula - doula ekstrim benar benar menggugat keselamatan dan kesihatan ibu mengandung yang termakan nasihat tidak profesional mereka ini.




Antara klasifikasi perbuatan doula yang dilabel sebagai ekstrim dan merbahaya adalah, memberi nasihat mengenai hal perubatan yang sama sekali bukan dalam bidang mereka. Dan ketahui fakta berikut, doula bukanlah bidan terlatih yang mendapat latihan dan mempunyai kelayakan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Doula ini mempromosikan kelahiran secara alami, gentle birth iaitu kelahiran bayi tanpa sokongan ubat -ubatan serta bantuan pihak yang pakar.


Di Malaysia, Doula ini tidak mempunyai kelayakan dan tidak terlibat secara langsung dalam KKM. Ini dengan kata lain, jika seorang ibu mengandung memilih untuk lahirkan anak di rumah, dan menolak untuk menerima segala bantuan doktor, dan jika tidak bernasib baik dan mengalami komplikasi ketika proses kelahiran, doula - doula ini tidak mempunyai tanggungjawab dan terlepas daripada akibat perbuatan mereka. Jika ada pun, mungkin sudah terlambat untuk diselamatkan.





ANTARA KES MELIBATKAN DOULA DI MALAYSIA


1. Arwah Amy Karmilla


Pada tahun 2013, arwah Amy Karmilla memlih untuk melakukan kelahiran secara alami iaitu water birth. Jika anda menonton siaran Analisis bersama Syafinaz di tv al hijrah baru baru ini, doula freelancer tersebut adalah salah seorang doula yang menemani arwah ketika proses kelahiran. Arwah dikatakan telah menghadiri beberapa siri seminar dan bengkel mengenai kelahiran secara alami. Namun  ketika proses kelahiran, terdapat beberapa komplikasi serius dan telah dikejarkan ke hospital malangnya , arwah Amy gagal diselamatkan.


Susulan daripada kes itu, doula tersebut memberi pernyataan balas dan seolah olah hanya untuk menyelamatkan diri.











Mulut arwah tiba tiba berbuih dan mengalami sawan ..


2. Arwah Maria Zain

Ibu kepada 6 orang anak ini, di mana kedua anak pertamanya dilahirkan secara c-sect, dan untuk anak keenamnya, arwah memilih untuk melahirkan secara amani. Arwah juga mempunyai kelayakan sebagai Childbirth Educator (Amani Birth Institute) dan merupakan penulis sambilan di Nottingham, United Kingdom. Arwah juga merupakan ketua dalam organisasi ICAN of Malaysia (International Caesearan Awareness Network). Pada tahun 2014, arwah memilih untuk melahirkan anak ke-6 nya secara alami tanpa bantuan sesiapa, hanya ditemani anak-anaknya yang lain dan suami. Menurut rakan arwah..



Arwah Maria Zain merupakan seorang wanita yang berkarisma dalam pelbagai hal namun dari sudut kelahiran secara selamat, beliau benar lantang dan menolak segala risiko ketika kelahiran bayi tanpa kehadiran golongan yang pakar. Disebabkan oleh 'fear mongering' mengenai kelahiran di hospital, ramai ibu - ibu memilih untuk melahirkan anak secara alami.




Dalam artikel beliau yang pernah diterbitkan:




3. Bayi tanggung azab angkara bidan palsu


Episod duka berulang lagi apabila satu lagi kes melibatkan seorang nyawa kecil tidak sempat diselamatkan kerana lemas di dalam perut. Berlaku pada tahun 2018, berikut adalah pendedahan kes ini oleh laman Pseudoscience Watch di Facebook.



Doula guide pakai telefon je...




Doula ada singgah hospital tapi sempat lari...






Kehadiran doula tanpa kelayakan ini seharusnya diharamkan daripada terus wujud di Malaysia. Pelbagai risiko terpaksa ditanggung oleh para ibu yang memilih untuk melahirkan anak hanya dengan ditemani doula, malah ada yang menyebabkan kematian. 'Fear mongering' mengenai trauma di dewan bersalin sepatutnya dihapuskan dan tidak diwar - warkan oleh para doula ini kepada ibu ibu di luar sana.



Ketahuilah, Alquran surah Isra' ayat 36:



"Janganlah kamu mengikuti apa yang tidak kamu mempunyai pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran,penglihatan dan hati semuanya akan dipertanggungjawabkan kelak".


Khidmat doula tidak boleh dilakukan tanpa pemerhatian doktor atau bidan terlatih - Mufti Wilayah Persekutuan. Waallahualam. - CARI

























Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2019 12:35 PM | Show all posts
nampak lebih banyak kemudaratan..

tak boleh ambil tindakan ke kat doula dan
sesiapa yang guna perkhidmatan tersebut?

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi aku doula ni boleh je tapi registered dengan KKM dan ada yg memantau mcm sistem kat UK, US etc. Boleh bagi peluang pekerjaan pada yg berminat.

Jadi teruk sebab doula nak jadi bidan / doktor.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
CardiGans85: Bagi aku doula ni boleh je tapi registered dengan KKM dan ada yg memantau mcm sistem kat UK, US etc. Boleh bagi peluang pekerjaan pada yg berminat.Jad ...


Dola2 kat malaysia mmg dipantau..


















Oleh Ibu Bapa! {:smile
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni contoh doula extremist.. Tp dlm tb xngaku ada doula extremist... Siap ckp, by logic kita kena call kecemasan.... Bengong
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
doula2 ni tak rasa bersalah ke? bole tdo mlm ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2019 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 26-2-2019 01:15 PM
Dola2 kat malaysia mmg dipantau..



Hahaha.... mcm kat fb ada yg ckp ingat doula ni ahli PIBG kat skola2 ke... pasal yg pantau ibu bapa..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 03:37 PM | Show all posts
Tapi aku still tak paham kenapa diaorg ni hire doula?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2019 03:56 PM | Show all posts
berapa ramai wanita meninggal waktu bersalin dkt hospital tp kenapa doula2 nie jgk disalahkan

Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 04:14 PM From the mobile phone | Show all posts
wunan88: berapa ramai wanita meninggal waktu bersalin dkt hospital tp kenapa doula2 nie jgk disalahkan

Are you kidding me
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 04:35 PM | Show all posts
Punyalah banyak hospital n kemudahan teknologi skang yg sibuk nak berdoula-doula bagai dah kenapa? Kita bukannya di zaman jurassic world or flintstones
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2019 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah ya tuhanku azab lah mereka di dunia dan akhirat mereka dunia akhirat yang menganiaya ibu2 yang bersalin bayi baru lahir.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2019 11:30 AM | Show all posts
Edited by chipchoc at 27-2-2019 11:31 AM
wunan88 replied at 26-2-2019 03:56 PM
berapa ramai wanita meninggal waktu bersalin dkt hospital tp kenapa doula2 nie jgk disalahkan

kat mana pun kau beranak ada RISIKO



TAPI kalau beranak di hospital dengan kehadiran medical practicioner dorg dah ada kelengkapan & pengetahuan utk hadap risiko tersebut. so still ada chances untuk ibu/anak yg berisiko tu selamat



KALAU pilih nak homebirth without medical practicioner, risiko tu nak hadap mcm mana kalau setakat ada kolam dgn sokongan emosi doula saja??




Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 11:09 AM | Show all posts
ala igt ada video dlm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
wunan88 replied at 26-2-2019 03:56 PM
berapa ramai wanita meninggal waktu bersalin dkt hospital tp kenapa doula2 nie jgk disalahkan

Ni soalan serious ke????
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2019 07:31 PM | Show all posts
nampak bodoh dan tidak berperikemanusian doula yg di undang di tv Al Hijrah itu.

Nampak kolot dan bangang .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-3-2019 03:39 PM | Show all posts
doula bertindak sebagai peneman ibu sahaja adalah lebih baik si ibu itu berada di hospital kerana kita tidak tahu bahaya bersalin tanpa pakar seperti doktor dan nurse. Jika kecemasan muncul sempat ke untuk ke hospital nyawa bukan sesuatu yang boleh di tukar ganti.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2019 12:56 AM | Show all posts
wunan88 replied at 26-2-2019 03:56 PM
berapa ramai wanita meninggal waktu bersalin dkt hospital tp kenapa doula2 nie jgk disalahkan

meninggal setelah berusaha segalanya vs meninggal sebab bunuh diri...  dari situ je ko dah dapat jawapan utama... kedua, cuba buat nisbah kematian vs kelahiran di hospital pastu kematian vs kelahiran dengan doula... kat situ ko dah dapat jawapan kedua...

do i need to say more?  hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2019 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Memandai ajer claim diri doula
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2019 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
layak sambut anak babi je dola dola ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.790615 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list