View: 8483|Reply: 45
|
'Untung RM15 Juta Dalam 9 Bulan,' - Boy Iman Tulis Buku Dedah Rahsia Kejayaan Pe
[Copy link]
|
|
Artis yang kini usahawan berjaya, Dato' Dr. Boy Iman mengumumkan bakal menerbitkan buku-buku tulisannya sendiri untuk berkongsi kisah hidup dan tips-tips pemasaran yang mendedahkan rahsia kejayaan perniagaannya.
Kredit foto: Instagram
Menurut Pengarah Dbi Group yang pernah menerima segulung Ijazah Kehormat (PhD) daripada sebuah universiti di Chennai India ini , buku pertama tulisannya berkaitan kisah hidupnya yang bermula dari bawah dan pengalamannya mengalami dan mengatasi masalah seperti tidak bermotivasi, stress, difitnah, down, negatif dan banyak lagi halangan lain sehingga berjaya.
Kredit foto: Instagram
Manakala buku kedua pula berkaitan dengan bidang pemasaran yangs sesuai untuk usahawan yang baru menceburkan diri dalam perniagaan. 'Buku kedua ini mendedahkan rahsia bagaimana saya boleh buat sales dalam bukan bidang saya, bukan minat saya tetapi saya boleh buat rm15 juta dalam masa 9 bulan, rm10 juta dalam masa 4 bulan dan beratus ribu sahaja dalam masa tak sampai sebulan,' katanya
Kredit foto: Sinar
Draft muka depan untuk kedua-dua buku tulisannya itu telah siap dimuat naik di Instagramnya dan meminta pandangan pengikutnya. 'Saya ingin pendapat anda untuk tahu apa anda pilih, anda suka tengok di muka depan buku saya..mana yang bagi anda menarik dan tertarik,' tulisnya.
Kredit foto: Instagram
Bagaimanapun, buku-buku ini hanya akan diterbitkan selepas Dato' Dr. melepasi 'dugaan' yang melandanya syarikatnya. 'Saya akan terbitkan apabila saya berjaya melepasi "dugaan" yang melanda diri saya dan syarikat saya, Dbi Technology Sdn Bhd hingga mengakibatkan kejatuhan empayar Dbi yang dikenali sebagai Dbi Group,' terangnya.
Kredit foto: Carian Google
Dipercayai 'dugaan' yang dimaksudkan oleh beliau ialah tuduhan kes penipuan perumahan kos rendah melibatkan jumlah RM6.2 juta, di mana syarikatnya dikatakan menawarkan rumah berharga RM60 000 kepada ramai mangsa tetapi pembinaannya tidak dijalankan selepas pembayaran diterima. Dia yang pernah ditahan polis selama 18 hari untuk membantu siasatan bagaimanapun menafikan semua dakwaan ini.
Kredit foto: Metro
Persoalannya, adakah kisah kejayaan dirinyua yang banyak terpalit kontroversi negatif akan melariskan buku-buku tulisannya? Atau, adakah kontroversi itu akan membuatkan mereka ragu-ragu untuk membelinya? Apa kata anda? -CARI
. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga berjaya juga kpd peminat yg beli buku dia nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
Sang_Pencinta replied at 25-2-2019 12:51 PM
Semoga berjaya juga kpd peminat yg beli buku dia nanti...
Ada ke??
Buku aliff terlajak riak tu pun berlambak tadak sapa nak beli... |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi, smua rumah terbengkalai tu dh siap ke belom? |
|
|
|
|
|
|
|
hahahahah phd di india? ke beli phd tu hahahaha
tengok muka pun tau.. muka yang malas belajar.. |
|
|
|
|
|
|
|
15j ..x sapa setahun
kita yg xdop phd ni....xleh hadam...
|
|
|
|
|
|
|
|
ada gelaran Dr. tu. research paper dia pasal apa? artis dapat gelaran doktor, lepas tu jadi jutawan, nak jugak baca research paper dia time buat phd ni |
|
|
|
|
|
|
|
hello polis tolong tangkap tokbelon kaki scammer ni..rumah da la terbengkalai penuh lalang lagi mau sembang srupa developer tersohor malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
mana x untung besar...jual rumah rega rm60k, rumah x buat tp duit dapat. kan untung bersih di situ.. |
|
|
|
|
|
|
|
rimas nyer la haiii
bila la nak wujud akta yg mengharamkan penggunaan gelaran/pangkat pelesu nih
LANGSUNG TAKDA RASA MALU dah puak2 beli pangkat, beli sijil pelbagai nih
|
|
|
|
|
|
|
|
title tu kira betul2 sah la kan...
sebab dia berani publish kat buku camtu..
perhhh... hebat2.... |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar last tu apehal la mengendeng sgt
Aku lupa dia ni artis, kerjaya heolls sebagai conman lebih menyerlah |
|
|
|
|
|
|
|
Affliate with N.J.I.B .U.S, Chennai
tah kenapa aku terbayangkan NAJIB...ahah |
|
|
|
|
|
|
|
tak serik lagi ke datuk beli snap gambar depan pagar istana ni.
gelaran datuk beli
phd beli.
menipu orang.
doa tak aman la hidup kau wahai nourol iman\
mohon tukar nama jadi nourol takda IMAN. |
|
|
|
|
|
|
|
kah kah kah.. kalau ada yang beli gak buku si belon ni, tak tau la nak cakap apa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ajar org jadi scammer berjaya ke?
Bermula dr ala2 tipu..diri tertipu...turut tertipu..selanjutnya sambung dibuku. |
|
|
|
|
|
|
|
sapelh yg cerdik sgt nk bli buku die tu |
|
|
|
|
|
|
|
Idup lagi scammer shilaker ni |
|
|
|
|
|
|
|
dpt free buku ni pun lom tentu org baca |
|
|
|
|
|
|
| |
|