Bersaiz ibu jari orang dewasa, lebah Wallace yang disyaki telah pupus 38 tahun lalu dijumpai oleh beberapa biologist di Maluku Utara, Kepulauan Indonesia. Spesies lebah betina itu ditemui di sebuah pokok oleh biologist dari Amerika Utara dan Australia ketika sedang menjalankan kajian mereka di situ.
Kredit foto: Flickr
"Ia sangat menakjubkan untuk melihat serangga ini yang kami sendiri tidak tahu sudah pupus atau tidak. Melihat lebah itu terbang dengan bunyinya sangat mengagumkan saya", kata Clay Bolt, jurugambar yang menangkap serangga sebesar ibu jari itu.
Kredit foto: The Guardian
Kredit foto: The Guardian
Lebah Wallace itu berukuran 4cm dan mula ditemui oleh seorang peneroka dari Britain, Alfred Russel Wallace, pada tahun 1858. Namun pada tahun 1981, spesies lebah itu tidak lagi ditemui dan disyaki sudah pupus kerana pembalakan yang tidak terkawal mengganggu habitat mereka.
Mereka berharap pihak kerajaan Indonesia melihat ini sebagai perkara yang serius dan mengambil langkah untuk melindungi spesies lebah ini. - CARI |