CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1915|Reply: 10

[Tempatan] Acik Cuba Terjun Jambatan Muar

[Copy link]
Post time 21-2-2019 02:51 PM | Show all posts |Read mode
Edited by AceHand at 24-2-2019 04:23 AM

Cubaan seorang wanita bertindak terjun dari Jambatan Sungai Muar pagi tadi berjaya digagalkan oleh pasukan Bomba dan orang awam.

Update!!
Misteri wanita cuba terjun jambatan terungkai

WANITA tempatan yang tular di media sosial dengan dakwaan cuba terjun dari Jambatan Sultan Ismail, Muar, pada 10.10 pagi hari ini sebenarnya menghidap penyakit lupa ingatan.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menerima maklumat daripada orang ramai berkaitan kejadian cubaan terjun dari Jambatan Sultan Ismail seperti tular di laman sosial.

“Hasil siasatan mendapati, wanita tempatan berusia 48 tahun itu menghidap masalah kesihatan ‘Micro Seizures’ (lupa ingatan) sejak tujuh tahun lalu akibat kemalangan jalan raya.

“Perkara itu disahkan suami wanita berkenaan yang tampil bersama dokumen pemeriksaan dan rawatan di hospital yang pernah dan sedang dijalani isterinya.

“Berikutan itu, diharapkan penjelasan ini dapat memberikan fakta sebenar kejadian itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pada masa sama polis memohon kerjasama semua pihak untuk menghentikan penyebaran maklumat berkaitan kejadian itu bagi mengelak sebarang spekulasi dan salah tafsir masyarakat.









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2019 02:58 PM | Show all posts
"Hasil siasatan mendapati, wanita tempatan berusia 48 tahun itu menghidap masalah kesihatan ‘Micro Seizures’ (lupa ingatan) sejak tujuh tahun lalu akibat kemalangan jalan raya."

Kesiannya acik ni. semoga dipermudahkan la segalanya. time2 mcmni, sokongan keluarga sgtlah penting.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 03:16 PM | Show all posts
lah aku aman2 je lalu td sambil mengerling mata ke  pintu  gerbang

ade org nak terjun jambatan rupe nye
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya org yg betul2 ada penyakit ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 04:09 PM | Show all posts
biadab nye tajuk benang kau. org tu sakit kot. bukan saja2.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
ohhh sakit
igtkn nak ikut sejarah azizan osman sebelum berjaya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-2-2019 04:23 PM | Show all posts
kesiannya. i ingatkan sbb stress ngn ahli parlimen situ
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik sempat diselamatkan. Panjang umur akak ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2019 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 21-2-2019 06:46 PM
cammie1711 replied at 21-2-2019 04:09 PM
biadab nye tajuk benang kau. org tu sakit kot. bukan saja2.


Aku harap pembuka thread ni dapat penyakit yg sama.....pastu terjun kat jambatan penang.....hidup pun tak bermanafaat...mngutuk org je

Kuang ajaq sgt......
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 07:04 PM | Show all posts
kesian acik ni, dia ada msalah lupa ingatan kan...moga ahli keluarga lebih peka lps ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedih pulak baca berita macam ni. Nasib baik sempat diselamatkan. Moga beliau mendapat pemerhatian lebih dari keluarga...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.069152 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list