CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1721|Reply: 6

Menuju Negara Maju, Telko Perlukan Berapa Hari Atasi Gangguan Internet?

[Copy link]
Post time 21-2-2019 10:37 AM | Show all posts |Read mode

Sumber: Twitter





Kira-kira 30 tahun lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memperkenalkan Wawasan 2020 yang menggariskan hasrat kerajaan memacu Malaysia ke arah sebuah negara maju.


Kini, kita tinggal beberapa bulan sahaja lagi sebelum melangkah masuk ke tahun 2020 yang dijanjikan beliau. Pelbagai kemajuan telah dikecapi Malaysia baik di bidang pendidikan, kesihatan mahupun di sektor ekonomi.


Perkembangan teknologi turut menyaksikan capaian Internet semakin baik, dengan syarikat-syarikat telekomunikasi berlumba menawarkan pelan langganan talian tetap yang menarik buat para pelanggan.


Misalnya, dengan harga RM99 ke RM129, para pelanggan kini boleh menikmati pakej Internet berkelajuan 100Mbps. Menarik, bukan?


Namun, apabila gangguan internet dilaporkan, terdapat syarikat yang berkata bahawa mereka memerlukan masa lebih daripada sehari untuk menghantar bantuan teknikal kepada para pelanggan.


Lebih mengecewakan, sekiranya gangguan berlaku pada hujung minggu di mana bantuan hanya dapat disalurkan pada minggu berikutnya.




Gambar Hiasan




Persoalannya, ketika Malaysia menuju ke arah Negara Berteknologi Tinggi, apakah tempoh yang diperlukan syarikat telekomunikasi bagi mengatasi gangguan internet?


Baru-baru ini, penulis mendengar luahan kekecewaan seorang pengguna berhubung isu ini.


Mendapati Internet di rumahnya mengalami gangguan, dia menghubungi syarikat telekomunikasi berkenaan seawal jam 7 pagi untuk memaklumkan masalah dihadapi.


Kerana aduan dibuat pada pagi Jumaat, syarikat telekomunikasi tersebut menjelaskan bahawa bantuan akan diberikan pada hari Isnin kerana pasukan teknikal hanya bekerja pada hari Sabtu dan Ahad bagi kes-kes berkeutamaan tinggi.


Wajarkah begitu?


Seharusnya, syarikat pembekal Internet meletakkan keutamaan yang sama kepada kesemua pelanggannya. Melihat pada situasi semasa, ada di kalangan pelanggan yang memerlukan Internet bagi mencari rezeki.


Hakikatnya, sambungan Internet hari ini sama penting dengan bekalan air dan elektrik. Setiap peranti termasuk telefon pintar, komputer peribadi, alat keselamatan dan sebagainya memerlukan sambungan Internet.


Keadaan ini jauh berbeza ketika pakej langganan TM Net serta Jaring mula diperkenalkan kira-kira 20 tahun lalu.





Foto: Jaring Communications Sdn Bhd





Ketika itu, hanya beberapa ribu pelanggan sahaja memiliki sambungan di rumah, manakala selebihnya memilih untuk melayari Internet ketika di pejabat, universiti serta kafe siber.


Hari ini, sambungan Internet bukan lagi simbol kemewahan tetapi merupakan suatu keperluan di mana hampir lima juta rakyat Malaysia menggunakannya dalam urusan seharian.


Seharusnya, syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia turut mengubah budaya kerja mereka dengan menunjukkan sikap lebih gung-ho (bergegas) bagi menyelesaikan masalah pelanggan secepat mungkin. Khidmat bantuan teknikal perlu disediakan tujuh hari seminggu.


Mungkin juga syarikat-syarikat telko wajar menggunapakai SAIDI yang bermaksud System Average Interruption Duration Index (Indeks Purata Tempoh Gangguan) iaitu petunjuk kewibawaan sesebuah syarikat pembekal utiliti.


Jangan sekadar Internet sahaja diwar-warkan laju, namun mutu perkhidmatan yang ditawarkan sama seperti 20 tahun dahulu. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2019 03:42 PM | Show all posts
internet mahal gila.. tapi dah keperluan kan sekarang ni. semua benda inform guna email. adoi..
rumah kami line TM tak sampai, tak support katanya. lagi sakit, survive guna data tepon. mahal bertingkat-tingkat
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2019 06:41 PM | Show all posts
I think I know which telko yg di maksudkan di sini...iol pon selalu kena...klu wat panggilan pon ssh sebab time tu lar nak promo macam2 dlm talian. kita perlukan sesuatu in urgent basis tapi, tunggu punyer tunggu, akhir operator kata tunggu sehari dua tuk di baiki
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 10:10 AM | Show all posts
yang tengah saya gunakan sekarang ini, 2 minggu baru ada pasukan teknikal datang untuk kerja baik pulih.
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2019 02:41 PM | Show all posts
Perghh Jaring.. teringat pada ketika umah aku ada capaian tenet dial up bunyi macam mesin fax sebelum sambung...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2019 04:15 PM | Show all posts
penduduk di luar bandar sepatutnya mendapatkan service internet yang sama dengan penduduk di bandar jangan kerana kos penduduk di luar bandar di pinggirkan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-3-2019 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Taktau kenapa tapi rasa data lambat habis masa guna internet kat obersi. Tapi kat mesia lajunye macam air. Kejap je dah kena topup GB. Mahal pun satu!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.413230 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list