Beberapa tahun dahulu, penulis mengajak beberapa orang teman untuk berjalan-jalan ke kota Yogyakarta (lebih dikenali sebagai Jogja) selama beberapa hari. Turut sama dalam rombongan itu termasuklah beberapa teman yang baru penulis kenali.
Oleh kerana penulis sudah biasa merancang perjalanan berkumpulan, penulis telah diberikan amanah untuk mengurus sepenuhnya perjalanan ini.
Kredit foto: Shutterstock
Perjalanan bermula dengan lancar bagaimanapun teman-teman baru itu mula merungut apabila terpaksa menaiki pengangkutan awam, bersesak di pasar malam dan tidur di hostel budget.
Akhirnya penulis sedari yang ahli rombongan terdiri daripada dua kumpulan berbeza; sebahagiannya adalah 'Pengembara' manakala sebahagian lagi adalah 'Pelancong' dan tidak sesuai bergabung dalam satu itinerari.
Kredit foto: Carian Google
Jika anda ingin tahu adakah anda Pengembara atau Pelancong, cuba jawab kuiz ini yang diadaptasi daripada artikel Buzzfeed. Tandakan jawapan yang paling tepat buat anda; A, B atau C.
1.Mengapa anda suka ke luar negara?
A.Saya bekerja keras selama ini, jadi percutian rehat dan menggembirakan adalah perkara penting untuk saya
B.Saya ingin melihat dunia luar sebanyak yang boleh
C.Saya ingin berehat sambil melihat-lihat negara orang
2.Apa pendapat anda tentang bajet cuti ke luar negara?
A.Saya ingin nilai yang setimpal dengan apa yang saya bayar
B.Saya cuba seimbangkan bajet mengikut barangan mewah dan barangan asas
C.Saya bayar apa yang perlu, kadangkala mahal kadangkala murah
3.Bagaimana anda memilih destinasi percutian?
A.Saya dapat rekomendasi daripada kawan-kawan dan keluarga
B.Saya pilih negara berdasarkan minat dan naluri semasa
C.Saya google 'percutian' dan lihat mana satu yang mempunyai tawaran menarik
4.Apakah jenis penginapan yang anda suka apabila ke luar negara?
A.Hotel yang selesa dengan kemudahan yang lengkap dan terletak dekat dengan kawasan-kawasan menarik
B.Hostel atau rumah tumpangan di mana saya boleh berkenalan dengan ramai orang dan tidak terlalu dekat dengan kawasan ramai pelancong
C.Kombinasi hotel dan hostel yang bersesuaian dengan keadaan
5.Berapa lama tempoh percutian yang ideal untuk anda?
A.Cukup untuk berehat, tetapi tidak terlalu lama nanti habis kuota cuti tahunan!
B.Saya pilih destinasi dulu baru buat keputusan berapa lama nak habiskan masa di situ.
C.Seminggu atau lebih, supaya saya boleh melihat sebanyak mungkin
6.Bagaimana anda persiapkan barangan yang perlu dibawa?
A.Saya pastikan bagasi serba-serbinya lengkap, tak mahu fikiran dibebankan jika ada barangan tertinggal
B.Saya bawa satu beg galas sahaja supaya senang bergerak ke mana-mana
C.Bergantung kepada tempat, kadangkala bagasi atau beg galas
7.Apakah makanan kegemaran anda di luar negara?
A.Makanan antarabangsa dengan sedikit makanan tempatan negara tersebut
B.Makanan tempatan negara tersebut sahaja
C.Makanan tempatan negara tersebut tetapi kadang kala makanan antarabangsa juga
8.Apakah itinerari kegemaran anda?
A.Melihat ke tempat-tempat yang wajib dikunjungi pada waktu pagi dan bersantai pada waktu petang
B.Saya suka bergerak dan berjalan sepanjang hari, hanya kembali ke penginapan bila malam
C.Saya tidak ada jadual tertentu
9.Antara ketiga-tiga aktiviti percutian ini, mana satu kegemaran utama anda?
A.Bersantai di tepi pantai/kolam renang sambil membaca buku dan melihat orang ramai
B.Hiking ke puncak bukit untuk melihat matahari terbenam
C.Berjalan-jalan ke pasar malam dan mencari makan
10.Adakah wi-fi penting buat anda?
A.Sangat penting
B.Tidak penting
C.Tak penting sangat tetapi sekurang-kurangnya ada sekali-sekala
11.Selalunya apa yang anda rasakan sekembalinya daripada bercuti?
A.Rasa sangat segar dan bersedia untuk kembali hidup seperti biasa
B.Macam nak berhenti kerja dan bercuti sepanjang masa
C.OKlah walaupun rasa sedikit sedih
Kredit foto: Holidify
Kemudian kira jawapan majoriti anda: A, B atau C ?
Majoriti A:
Kredit Foto: Carian Google
Anda adalah Pelancong! Percutian buat anda adalah ganjaran segala penat-lelah selama ini. Anda mahu pastikan segala wang ringgit yang dibelanjakan adalah berbaloi. Anda tidak suka bercuti terlalu panjang tetapi tempat-tempat yang menarik dan selalu muncul di Instagram dan TV mesti ada dalam itinerari percutian anda untuk mendapatkan gambar-gambar peribadi yang menarik. Anda tidak sesuai bercuti bersama dengan Majoriti B.
Majoriti B:
Kredit Foto: Carian Google
Anda adalah Pengembara! Percutian buat anda adalah ingin melihat dunia dan mendapat pengalaman seperti orang tempatan, anda tak kisah walaupun terpaksa tinggal di dalam hutan. Anda juga suka bercuti dalam tempoh yang panjang supaya dapat menjelajah segenap ceruk sesebuah negara. Makan seperti orang tempatan dan menjalani kegiatan aktif adalah sangat penting buat anda. Anda tidak sesuai bercuti bersama dengan Majoriti A.
Majoriti C:
Kredit Foto: The Plaid Zebra
Anda adalah 50% Pengembara dan 50% Pelancong! Kadang-kadang anda mahu mengembara secara percutian lasak dan eksotik tetapi ada ketikanya anda terasa sangat penat dan hanya mahu bersantai di tepi pantai sambil minum air kelapa muda. Pendek kata, anda tidak mahu terikat dengan apa-apa kecuali mood dan duit! Anda sesuai bercuti dengan sesiapa sahaja kerana anda memang fleksibel.
Tidak kisahlah sama ada anda pelancong atau pengembara, yang penting anda puas hati dengan percutian anda ke luar negara. Selamat bercuti! - CARI |