CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12165|Reply: 52

"Kacak Dan Energetik" - Zack Zawani, Pakar Motivasi 'Famous' Di IG

[Copy link]
Post time 19-2-2019 05:39 PM | Show all posts |Read mode
Pada zaman globalisasi ini, para remaja kemungkinan besar akan bosan dengan ceramah motivasi  biasa. Kadang-kala, mereka langsung tidak ikut nasihat pakar motivasi itu selepas tamatnya ceramah tersebut. Namun, pernahkah anda mendengar nama Zackzawani daripada Smartgens?



Zackzawani  ialah seorang pakar motivasi yang sangat berjaya dan amat berpengaruh di Instagram. Bermula pada tahun 2014, Zackzawani atau nama sebenarnya, Mohd Zawani Bin Sutiman telah berkecimpung di dalam dunia motivasi semenjak beliau berusia awal 20-an.



Kredit : Instagram.com/ Zackzawani



Anak kelahiran Kota Tinggi, Johor ini sangat dikenali atas nama Smartgens pada suatu ketika dahulu. Menurutnya, dia bercita-cita ingin menjadi seorang yang berguna untuk orang lain pada suatu hari. Sekarang, sudah tercapailah impiannya sekarang. Kata Zawani atau Zackzawani, dia diketawakan serta dimalukan oleh kawan-kawannya semasa beliau belajar di sekolah rendah.



Namun, Zawani tidak mengerti apa itu putus asa. Atas kata-kata nasihat arwah bapanya, Encik Sutiman, beliau kini menjadi seorang pakar motivasi remaja tidak kiralah untuk murid sekolah rendah, menengah mahupun pelajar Universiti. Beliau banyak memberi kata-kata semangat kepada semua remaja agar jangan mudah berputus asa dengan apa kita lalui sekarang. Ini lah sebab mengapa semua orang amat mengagumi Zackzawani.



Kredit : Instagram.com/ Zackzawani


Matlamat Smartgens Zackzawani ialah untuk membangkitkan semangat remaja tentang kehidupan sebenar. Kehidupan realiti pada zaman sekarang amat mencabar. Lebih-lebih lagi untuk murid lepasan SPM. Jika kita mengalah atau tidak mencuba terlebih dahulu, kita akan merugikan diri sendiri, malah, peluang itu hanya muncul sekali-sekala di dalam hidup. Berbalik kepada penubuhan Smartgens, berpegang sebagai pengarah syarikat, Zackzawani sering menjelajah ke merata tempat. Sama ada di luar negara seperti Thailand, baru-baru ini dia sudah pergi ke Indonesia untuk memberi ceramah motivasi di sana, ataupun di dalam Malaysia.


Andai para pembaca perasan, Zackzawani memiliki wajah yang tampan dan bergaya. Tidak hairan jika mana-mana perempuan jatuh hati selepas berjumpa dengannya. Namun, setakat ini, belum pernah terjadi kejadian ini.





Kredit : Instagram.com/ Zackzawani



Kini, Zackzawani sudah tidak lagi bekerja di bawah nama Smartgens. Beliau mengorak langkah secara solo. Tetapi, matlamatnya masih lagi sama iaitu membangkitkan semangat remaja. Dia turut mencipta satu moto iaitu Juara tanpa henti. Maksudnya mendalam sekali. Maksud moto ini ialah seorang juara takkan mengerti apa itu penat lelah sekalipun. Dia mahu mencapai sesuatu tanpa memikirkan pandangan orang lain terhadapnya. Selagi dia masih hidup, selagi itu dia nak mengejar impiannya tanpa henti.


Sudah banyak sumbangan yang telah diberikan kepada murid  di bawah jagaannya. Seperti, ada seorang budak lelaki berumur 14 tahun, dahulunya tidak mahu cakap. Selepas sahaja mendengar ceramah motivasinya, budak lelaki tersebut berubah menjadi positif. Ceramahnya juga sangat menyeronokkan. Dia tidak seperti penceramah lain. Zawani dianggap sebagai Abang Long kepada semua muridnya. Dia seorang yang peramah, baik hati, serta menyukai budak kecil. Semasa berlangsungnya ceramah Zackzawani, dia tidak pernah tak membuat muridnya ketawa. Setiap masa, ada saja lawaknya yang diberikan oleh Zawani.






Pesanan daripada Zackzawani ialah 'Jangan mudah mengalah'. Terutamanya untuk para remaja. Smartgens ditubuhkan demi membantu remaja semua supaya keluar daripada lembah ketakutan. Semakin kita takut, semakin lemah pendiriannya kita. Jangan takut dengan sesiapa. Biar dia ketawakan kita. Suatu hari nanti, dia sendiri tertunduk malu pada kita- Zackzawani.



Sesiapa yang mengenali Zackzawani ataupun tidak, kita harus mendoakan dia agar terus maju ke hadapan - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2019 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak zmn sekolah rendah kalau ada prog motivasi, iols rasa boring je lagi2 part faci2 nak suruh ingat mak bapak tu semua berpakat nangis meraung...ke sbb banyak sgt setan sekeliling ni hati jadi keras sangat {:question
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
kacak jadah ape mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
ini kacak ...hadui
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
miszclassique: Sejak zmn sekolah rendah kalau ada prog motivasi, iols rasa boring je lagi2 part faci2 nak suruh ingat mak bapak tu semua berpakat nangis meraung...ke ...

betul sis..menyampah sungguh..ni dah keje ada lagi kursus motivasi team building segala..semangat time tu je
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kacak ke ni? Bbnu sangat muka. Maybe macam masa aku sekolah dulu budak2 tergila-gilakan Tomok. Tahap kacak abis dah masa tu... {:smile
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2019 06:33 PM | Show all posts
eizarz replied at 19-2-2019 06:24 PM
kacak jadah ape mcm ni...

hahahaha ...aku pun terkejut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-2-2019 06:42 PM | Show all posts
Apa hak korang nak pertikaikan kejadian Allah dan nikmat-Nya?. Terpulang pada sesiapa yang memandang Zawani  sama ada kacak atau pun tidak. Tapi, janganlah terang -terangan menghina dia. Korang ada hak?. Korang Tuhan Maha berkuasa ?. Tidak bukan . Jadi, jika Allah menarik pancaindera kamu semua , baru nak menyesal ?. Kalau ada orang mengejek rupa korang ,apa korang rasa?.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2019 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat perabis data iols jah..

Beshe2 je muka.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
miszclassique: Sejak zmn sekolah rendah kalau ada prog motivasi, iols rasa boring je lagi2 part faci2 nak suruh ingat mak bapak tu semua berpakat nangis meraung...ke ...


Aku masa kat U, ada sekali tu sesi cmni.. End up aku tertidur masa kwn2 dok melalak nangis2.. Giler penat kot masa induction jalan sana sni. Terus kena mark dgn senior.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tampan? Artikel berbayarkah ini? {:run
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
miszclassique: Sejak zmn sekolah rendah kalau ada prog motivasi, iols rasa boring je lagi2 part faci2 nak suruh ingat mak bapak tu semua berpakat nangis meraung...ke ...

aiolzs x pernah nangis time muhasabah diri tu kecuali satu kali je..tu sbb ai marah ngn fasi tu sbb aiolzs terkejut dgn tengkingan fasi,yelaa,kot ye pun nk bt gimik utk time muhasabah,guna laa cara elok2 bkn tengking2 mcm hape..

Dlm hati ai time muhasabah tu aiolzs duk menyumpah seranah fasi y bt ai terkejut smpai nangis..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 09:15 PM | Show all posts
dr asmadi wannabe la ni ye...bagus la kacak bergaya, org pon suka tgk, gadis2 pon ada semangat nk meneruskan hidup lps diberi motivasi
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kacak tang mana nya.
Hurmmmmmmmmm...yelah kacak tu subjektif
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekian,terima kasih..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2019 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku join esq pun x nangis. Tiba2 rasa Allah dh gelapkn hati aku ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2019 02:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Hhehehehehe lawaknye artikel. Siape dia ni?
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm promosi je ni...
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 06:48 AM From the mobile phone | Show all posts
aisyahrashidi replied at 19-2-2019 06:42 PM
Apa hak korang nak pertikaikan kejadian Allah dan nikmat-Nya?. Terpulang pada sesiapa yang memandang ...

X pertikai lah.
Cume artikel awak tu berlebihan puji kacak.
Kesian kat si zack ni, sbb artikel awk, dia dikeji.
& Pd pandagan sy dia x kacak tp presentable sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2019 07:13 AM | Show all posts
sebelum masuk, ingatkan kacak persis chris hemsworth ka, sekali gini ? level2 pustakawan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:10 AM GMT+8 , Processed in 0.082399 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list