CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2089|Reply: 0

Degil Minum Susu Mentah, Bakteria Masuk Dalam Badan

[Copy link]
Post time 19-2-2019 12:26 PM | Show all posts |Read mode
Ramai orang yang gemar minum susu mentah yang diperah terus dari haiwan, umpamanya kambing. Susu mentah ini dikatakan mempunyai banyak khasiat dan lebih pekat rasanya.

Namun begitu, anda haruslah ingat bahawa susu mentah tidak sama dengan susu segar. Susu mentah ialah susu yang tidak melalui proses pempasteuran terlebih dahulu, manakala susu segar dipasteurkan dahulu, iaitu dipanaskan dengan suhu tinggi, bertujuan mematikan bakteria supaya susu selamat diminum.



Gambar hiasan : cricketcreekfarm




Di Amerika Syarikat, kes serangan bakteria melalui susu mentah semakin menjadi-jadi dan kini melibatkan 19 negeri. Walaupun pihak berwajib AS telah memberi amaran tentang susu mentah yang berkemungkinan membawa bakteria bahaya, orang ramai masih tidak memandang serius isu ini.


Pada hujung tahun 2018, seorang penduduk New York disahkan menghidap penyakit berjangkit  brucellosis setelah minum susu mentah dari Miller's biodiversity farm di Pennsylvania.


Maka, Unit Kawalan telah menjalankan siasatan dan mengesahkan susu dari ladang tersebut mempunyai bakteria Brucella. Ia juga mendapati rangkaian susu ini telah terjual di satu pertiga kawasan Amerika Syarikat.


Ini adalah kali ketiga susu mentah menyebabkan brucellosis sejak tahun 2017. Sejak pempasteuran diperkenalkan pada abad ke 19, banyak nyawa yang dapat diselamatkan. Dengan memanaskan susu pada suhu yang tinggi, bakteria dan kuman yang berada di dalam susu dapat dihapuskan.


Walau bagaimanapun, masih ramai yang menyokong minum susu mentah kerana mendakwa susu yang dipasteurkan tidak sihat, dan boleh mendatangkan alergik.


Rasanya, lebih baik pilih jalan selamat dan minum sahaja susu segar yang telah melalui proses pempasteuran. Usahlah menafikan bukti yang nyata di depan mata. -CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:48 AM GMT+8 , Processed in 0.251994 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list