View: 3719|Reply: 5
|
Frozen 2, Tidak Mampu 'Let It Go'
[Copy link]
|
|
Disney sekali lagi menampilkan kejutan yang semestinya akan mengempiskan poket ibu bapa yang mempunyai "princess wannabe" di rumahnya.
Mana tidaknya, selepas trailer animasi klasik dan bertaraf legenda 'Dumbo' dan 'Lion King' (remake) telah berjaya menggoncangkan kestabilan dunia Internet beberapa bulan lalu, kini trailer animasi Frozen 2 pula diluncurkan di laman YouTube beberapa hari lalu.
Sudahlah Marry Poppin 2 pun akan ditayangkan juga. Rakus betul Disney pada tahun ini ya?
Semestinya OST kepada filem animasi ini pernah dijadikan siulan yang terlalu degil untuk dihalau pergi dari layar akal kita. Walaupun melodinya agak cheesy, tidak dinafikan auranya begitu menyerlah.
Laungan vokal bernada lantang 'Let It Go' yang berulang kali seni katanya dilaungkan memberikan simbolik halus demi kepuasan jiwa buat mereka yang sedang kusut dalam menghadapi konflik.
Namun, keaslian Let It Go daripada Chester Bennington, vokalis Linkin Park yang terlebih dahulu menguntaikan frasa keramat itu dalam karya masterpiecenya, Iridescent, lebih mantap kemerduan dan penuh sentimental emosinya.
Semestinya ramai peminat animasi dari studio Disney tidak sabar untuk menerjah panggung. Elemen kejutan yang akan dijadikan modal buat setiap pembikin filem secara adatnya akan diperam sehinggalah tarikh tayangan tiba.
Jadi, apakah yang akan terjadi kepada Elsa kali ini? Menerusi trailer, kelihatan Elsa suka main laut nampaknya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Filem ni keluar bulan 11. So mak bpk boleh bg reward kat anak yg dpt result cemerlang exam akhir tahun, upsr... |
|
|
|
|
|
|
|
Oh lama lagi ingatkan dah on air.. |
|
|
|
|
|
|
|
ak tgu tgk yg kat youtube je hehe. lmbt lagilah yer dpt ku tengok. |
|
|
|
|
|
|
| |
|