Seorang sumber RadarOnline mengatakan ternampak pergaduhan di antara hos Ellen DeGeneres dan isterinya, Portia de Rossi baru-baru ini dan menghangatkan lagi gosip panas yang mengatakan rumah tangga pasangan lesbian itu kini diancam perceraian.
Kredit foto: US Magazine
'Portia kini tidak mampu bertahan lagi, walaupun pasangan itu sering menafikan masalah mereka kepada media tapi hidup mereka berdua sebenarnya semakin renggang' katanya.
Kredit foto: Carian Google
Kredit foto: Carian Google
Kredit foto: Carian Google
Portia de Rossi, 46, baru-baru ini dilihat meninggalkan sebuah restoran di West Hollywood dalam keadaan menangis. Beliau juga kelihatan mengadu kepada seorang lelaki yang dikatakan abangnya, Michael Rogers.
Kredit foto: Celeb Mafia
Menurut sumber, punca perselisihan terbaru itu adalah kerana Portia de Rossi menghidu rahsia Ellen membeli sebuah rumah baru di California. Portia mengesyaki, Ellen dalam diam-diam menyediakan rumah itu sebagai persediaan apabila mereka berpisah kelak.
Pasangan terkenal ini sememangnya sudah lama bermasalah. Sebelumnya, Ellen menolak rayuan Portia untuk mengambil seorang anak angkat. Pergaduhan itu menyebabkan Ellen dilihat menanggalkan cincin perkahwinan mereka selama beberapa minggu, manakala Portia merajuk melarikan diri ke rumah kedua mereka di Southern California.
Kredit foto: kgv-TV
Selepas berbaik semula, mereka kemudiannya kembali berbalah selepas Ellen menjemput pelakon Kevin Hart dalam rancangannya dan ia tidak dipersetujui Portia.
Ini kerana Kevin Hart terkenal dengan status Twitternya yang sering mempersendakan golongan LGBT dan pernah bergurau akan membunuh anaknya jika terlibat dengan golongan itu.
Kredit foto: Mashable
'Mereka kini sering bertengkar, kali ini Portia menghidu pembelian rahsia rumah bujang Ellen, pastinya akan lebih memanaskan lagi keadaan' kata sumber itu lagi.
Jika gosip ini benar, tidak sangka pasangan yang sering tampil mesra di hadapan media ini rupanya mempunyai masalah dalaman yang besar. - CARI |