Macam-macam dilakukan oleh BBNU sekarang semata-mata untuk terkenal di alam sosial media dan kebanyakannya adalah mengunakan cara bodoh demi meraih perhatian pengikut. Terbaharu golongan 'Instafamous' ini mengadakan cabaran "Jangan Bayar Challenge'. Dalam cabaran ini, mereka akan membeli produk makanan, tetapi bila mahu membayar, seorang rakannya akan menyuruh supaya tidak membayar lalu melarikan diri.
Perbuatan tersebut dipaparkan di Instagram dan mereka dengan bangganya menyatakan tidak membayar produk tersebut. Jadi, ia adalah mencuri!
Menurut netizen ini, beberapa jam setelah memuat naik video ini, 'Insta Famous' ini berbangga kerana tidak membayarnya namun setelah ia semakin tular, barulah mereka menyatakan yang ia sekadar cabaran dan segala makanan tersebut telah dibayar. Tetapi bayangkan ia ditonton oleh remaja lain lalu berpandangan ianya cabaran yang perlu diikuti seperti 'Keke Challenge'?
Kredit foto: Twitter
Apabila hal ini dianggap biasa, maka perbuatan jenayah dianggap satu gurauan hanya kerana mahu meraih glamour. Lagi pula kebanyakkan pengikut 'Insta Famous' ini terdiri daripada pelajar sekolah, maka dibimbangi mereka akan merasakan ianya satu perkara yang trending dan perlu ditiru.
Biarpun pelaku telah meminta maaf atas kesilapan mereka lalu menyatakan ianya sekadar gurauan namun perbuatan sebegini tidak boleh dijadikan kebiasaan kerana ramai yang akan membuat perkara sama lalu meminta maaf jika tersilap. Sampai bila ia harus berlaku?
Kredit foto: Twitter
Kegilaan menjadi popular dengan melakukan perkara-perkara bodoh seperti menjadi kemestian sekarang ini. Apa yang kita sebagai masyarakat boleh lakukan? Takkan berpeluk tubuh semata-mata? - CARI |