CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2866|Reply: 26

Kolam Ikan Ragut Nyawa Tiga Beradik

[Copy link]
Post time 17-2-2019 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
AHAD, 17 FEBRUARI 2019 @ 11:41 AM

Tiga beradik maut bersama selepas lemas semasa mandi di sebuah kolam ikan yang terletak tidak jauh dari rumah mereka di Kampung Bintang Mas, di Beluran. - Foto ihsan Pembaca
BELURAN: Tiga beradik ‘pergi’ bersama akibat lemas ketika mandi di sebuah kolam ikan di Kampung Bintang Mas, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, tiga kanak-kanak lelaki terbabit masing-masing berusia enam, lapan dan 10 tahun.

Difahamkan, tiga beradik itu bersama beberapa rakan yang lain mandi di kolam ikan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah mereka.

Bapa saudara mangsa, Muslimin Mohd Yahya, 32, berkata kanak-kanak itu sebenarnya tidak pernah mandi di kolam ikan terbabit.

“Kolam ikan milik orang lain itu sudah lama terbiar dan semak. Kami pun hairan kenapa mereka tiba-tiba mandi di sana.

“Ibu bapanya juga tidak tahu yang mereka mandi di sana bersama rakan dan tiba-tiba salah seorang rakan mangsa berlari ke rumah serta memaklumkan kepada bapa mangsa bahawa ketiga-tiganya lemas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Muslimin berkata, bapa mangsa segera berlari ke lokasi kejadian dan mendapati ketiga-tiga anaknya sudah terapung di kolam berkenaan.

“Sebaik tiba, tiga beradik itu dilihat dalam keadaan terapung sebelum segera dibawa keluar dari kolam berkenaan dan dibawa ke Klinik Kesihatan Telupid.

“Bagaimanapun, ketiga-tiganya kemudian disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.

Katanya, kejadian itu memberi kejutan kepada mereka sekeluarga apatah lagi membabitkan tiga beradik sekali gus.

Kejadian ini bukan saja memberi kejutan kepada kami sekeluarga malah bagi kedua ibu bapa mangsa.

“Jenazah ketiga-tiga beradik ini dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Pangiran, di Sungai Sapi,” katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-2-2019 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiga beradik maut bersama selepas lemas semasa mandi di sebuah kolam ikan yang terletak tidak jauh dari rumah mereka di Kampung Bintang Mas, di Beluran. - Foto ihsan Pembaca

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
ya Allah..kesiannya
semoga family dia diberi kesabaran.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiga.skali pegi wei
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-2-2019 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah......

3org sekali....chomel comel pulak tu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2019 12:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah...innalillahi wa inna ilaihirojiuun..
Bermainlah anak2 di syurga sana...mereka dah happy di syurg
...tp tu la ujian berat buat parents mereka

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah .....sedihnya. ..innalillah anak2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2019 02:29 PM | Show all posts
Allah sedihnya.................
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
dah tahu x reti berenang, takyah la memandai2 nk pi terjun kolam
mandi jah kt toilet umah
ni la meleis.sket2 takdir
padahal org dewasa ignorance.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 17-2-2019 03:00 PM
dah tahu x reti berenang, takyah la memandai2 nk pi terjun kolam
mandi jah kt toilet umah
ni la me ...

Susah nak.cakap..
Budak2 besar cmni kadang2 pergi main ikut kawan2 tanpa bgtau ibu bapa pon.
Lagi2 kalau dh biasa keluar ke rumah kawan2
Bukan baby nak kena ada dengan maknya 24 jam. Budak2 besar gini lumrah ikut kawan main2..tak jangka wei.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 05:14 PM | Show all posts
innalillahi wa inna ilaihirojiuun..



Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 17-2-2019 07:00 AM
dah tahu x reti berenang, takyah la memandai2 nk pi terjun kolam
mandi jah kt toilet umah
ni la me ...

As usual sis..parent akan bg seribu alasan untuk masking negligence..last salah elohim jah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 17-2-2019 07:44 AM
Susah nak.cakap..
Budak2 besar cmni kadang2 pergi main ikut kawan2 tanpa bgtau ibu bapa pon.
Lag ...

Konsepnya kita bsrserah jer kan..walaupon jd makbabapak tp x mampu larang/kurung anak? Dan kalau jd salahkan takdir/eelohim..
Baikiahara kura2 jah sis.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah. Teringat kes tiga beradik perempuan lemas kat pantai Terengganu bulan lepas
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 10:37 PM | Show all posts
ya allah..sedihnye sekali 3 pergi sekali....innalillahi wa inna ilaihirojiuun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2019 10:43 PM | Show all posts
Ajar lah anak2 skil berenang.
InsyaAllah, sekurang-kurang dapat apungkan diri...........Tapi kalau dah sampai ajal.......kita tak mampu buat apa2.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2019 10:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah! Kesiannya...
Bkn 1 tp 3 skali
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 02:06 AM | Show all posts
dedulu aii kecik kecik pun selalu main sungai walau tak pandai berenang. Bukan itu sahaja siap buat rakit guna papan utk tangkap ikan sekilau Ini di satu paya yang besar. Elok hidup sampai sekarang.

Ajal maut di tangan Yang Esa. Kot pendai berenang pun boleh mati lemas (contoh mat Ganu yang selamatkan kereta terjunam tempohari)
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2019 02:36 AM | Show all posts
Innalillah... Al Fatihah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.157185 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list