Jika beberapa hari lalu, penerbit drama A.Aida telah bersuara membidas pelakonnya yang meminta bayaran sehingga RM3,000 setelah diminta mempromosikan drama lakonannya sendiri, terbaharu penerbit drama, Fadzil Teh pula bersuara.
Pengarah Urusan Zeel Production Sdn Bhd itu memuat naik status di Instagram meluahkan rasa terkilannya apabila ada segelintir artis meletakkan bayaran yang tidak masuk akal bagi membintangi sesebuah drama. Menujukan status tersebut kepada pelakon-pelakon baru yang meletakkan harga sehingga RM5,000 bagi setiap episod jelas menunjukkan kedangkalan pelakon tersebut dalam industri hiburan.
Kredit foto: IG
Kenyataannya turut dipersetujui Pengarah Drama popular, Michael Ang namun dibalas kembali oleh Fadzil bahawa Michael lah yang memulakan bayaran mahal tersebut.
IG
Menurut Fadzil atau lebih mesra disapa dengan nama Haji Zil lagi, situasi tersebut berlaku apabila ada pengurus artis yang meletakkan harga tersebut dan lebih menyedihkan itu datangnya daripada pelakon baru.
Bayaran yang diterima oleh setiap pelakon telah diambil kira dari pelbagai aspek. Apatah lagi stesen televisyen membayar syarikat produksi mengikut bajet mereka sendiri. Jika banyak yang diterima tiada masalah tetapi kebanyakkannya adalah dalam lingkungan sederhana.
Carian Internet
Carian Internet
Haji Zil turut memuji pelakon-pelakon 'senior' yang tidak meletakkan harga seperti pelakon baru dan selalu komited mempromosikan drama tanpa perlu disuruh. Antara pelakon tersebut ialah Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Rita Rudaini dan ramai lagi.
Ternyata status Haji Zil tersebut mendapat banyak komen tersirat daripada para pelakon 'senior'.
|