CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7870|Reply: 48

Suara Macam Tercekik Sudu? Guru Vokal Kata Suara Ezuwan Ismail Ada Potensi!

  [Copy link]
Post time 14-2-2019 05:43 PM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini, Che Ta atau nama sebenarnya Rozita Che Wan memerli seorang pereka fesyen yang mahu menjadi penyanyi tapi 'suara macam tercekik sudu'.




Kredit foto: IG Che Ta




Ekoran itu, ramai berteka-teki memikirkan siapa empunya diri yang dilahar Che Ta itu. Dalam banyak-banyak nama, pereka fesyen Ezuwan Ismail paling kerap disebut-sebut.


Namun, Ezuwan nampaknya sudah bersedia dikecam apabila merakamkan single 'Semalam Sahaja'. Katanya yang menyertai E1 Band, dia tidak kisah dikatakan syok sendiri.








Kumpulan itu menyatukan elemen muzik dan fesyen persis dipraktikkan penyanyi antarabangsa. Bagaimanapun, Ezuwan menegaskan bahawa mereka tidak hanya bersandar kepada rupa dan gaya semata-mata.

“Lady Gaga dan Sia adalah antara penyanyi yang mengetengahkan konsep itu. Mungkin kerana masih baru di sini, jadi konsep yang cuba E1 Band ketengahkan belum jelas di mata ramai.

“Latar belakang kami sama iaitu fesyen kerana dua anggota E1 Band yang lain ialah model. Namun, kami juga ada suara dan bakat, bukan menjual rupa semata-mata,” katanya.





Kredit foto: IG Ezuwan Ismail




Mereka bukan main terjah dalam bidang nyanyian ya, malah menurut Ezuwan dia turut menyertai kelas vokal sebelum merakamkan single.

“Guru vokal memaklumkan, suara saya ada potensi, cuma perlu digilap dan sentiasa berlatih.

“Kami memang serius menyanyi dan projek ini untuk jangka masa panjang. Selepas ini, kami akan kembali ke studio menyiapkan rakaman lagu raya, disusuli single ketiga," ujarnya kepada Berita Harian.


Ezuwan juga bersemangat mahu melihat E1 Band melangkah jauh dan beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu akan datang!


Difahamkan, lagu berkenaan dihasilkan penyanyi terkenal Asfan Shah.


Nah, tengoklah muzik video ini! Nak kecam? Kecamlah sebab Ezuwan tidak kisah dan sudah lali dengan kecaman katanya. - CARI




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2019 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Taknak komen vokal (dua tu ok, pereka fesyen - no comment)..tapi saya rasa sesak nafas tengok dorang menari berasak di tempat sempit!

Apa dah takde ruang yang lebih luas ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni bukam tecekik sudu tp tecekik sudip kuali belanga kawah semua dia sapuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Gimik? Free promo?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 06:09 PM | Show all posts
geli rambut kau noks
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 06:11 PM | Show all posts
majulaaaaaaah seni müzik tanahair
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2019 06:14 PM | Show all posts
nak kena diaorg nyanyi live...baru boleh komen..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Guru vokal tu sah2 la berbayar.  Harus lah dieols ckp ada potensi.. mcm peniaga makanan lah.. kalau kita tanya sedap ke tak of cos dieols ckp sedap.. bisness $$$...

Ada duit suara tercekik kuali pon mampu nyanyi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2019 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Jujur lagu ni sedap tapi diberi pada salah org yg x reti nyanyi. Bosan sgt ke duk dpn mesin jahit tu dek smpai nak kena jd penyanyi?
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg dua lg tu model apa? X rupe model pun.. kelemps plk tu nmpk.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersandarkan gaya dan rupa????
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rayray28 at 14-2-2019 07:34 PM

Anyway suara yg lagi dua tu cm lagi ok why x jadi lead? Rupa EI masa ni mcm kwn stephen chow yg slalu ada dlm filem2 dia tu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 08:20 PM | Show all posts
WHO R YUSSS
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
abang2 macho semuanya. rembesan terbaru acik2 forum cari la khuens
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kiri kanan tu ok tp tunggu live br boleh nak hencap or puji lelebih
Yg tgh tu mcm betul je ckp cik ta
Lagu sedap
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2019 11:47 PM | Show all posts
Artis bbnu kertu..geli geleman nak tonton sampai habis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2019 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Marketing jah ni uols. Che ta tu bnyk gak pkai baju ezuwan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Euuuwwww... fonen... fonen.. kunyet
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Tetiba rasa mcm dejavu pulak. Teringat masa sapilias nak keluarkan lagu fonentersyantik hari tu, dengar dia nyanyi kat ig punyalah hazab suara dia dengan sumbang mambangnya. Sekali bila dah keluar kat radio, dengan magik ajaib fantastiknya tetiba jadi merdu2 sengau gitu.

Moral of the story, kalau dah autotune, bangau nyanyi pun boleh bunyi macam tokti
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2019 04:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Lagu ok.. concept ok.. kiri kanan suara ok..
Knp yg tgh agak kurengss merdu.. starting pn buat aku telan air liur dh.. gullpss..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:28 AM GMT+8 , Processed in 0.389146 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list