Mohd Syafie Naswip atau lebih mesra dengan nama panggilan Ayie ialah seorang pelakon yang sangat berbakat. Semua karya lakonannya meninggalkan kesan hebat kepada penonton.
Kredit foto: mStar Online
Syafie mula dikenali ramai melalui lakonannya menerusi filem Mukhsin, di mana waktu itu dia baru sahaja berusia 15 tahun. Oleh kerana bakatnya yang luar biasa, dia berjaya mencipta nama menerusi filem unggul arahan Yasmin Ahmad.
Kredit foto: Cari
Terkini, Syafie mengumumkan akan mengikat tali pertunangan dengan adik pelakon lelaki Afiq Muiz iaitu Aishah Azman. Mereka akan bertunang pada April ini, namun tarikhnya tidak didedahkan.
Kredit foto: Google
Kedua-dua pasangan ini sudah bercinta sejak 2015 lagi melalui perkenalan di laman Instagram dan umum mengetahui tentang percintaan mereka kerana mereka saling memuat naik foto berdua serta menghadiri majlis anugerah bersama-sama.
Kredit foto: Instagram Syafie Naswip
Menurut Syafie, tempoh pertunangannya mungkin sekejap sahaja kerana mereka ingin terus melangsungkan perkahwinan walaupun tarikhnya masih lagi samar-samar.
Peminat turut gembira dengan hubungan mereka berdua dan berharap perkahwinan mereka akan cepat berlangsung.
Semoga urusan Syafie dan Aishah dipermudahkan dan hubungan mereka kekal sampai ke Jannah! - CARI
|