CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1394|Reply: 4

Ibu Hamil 8 Bulan Ditembak Anak Sendiri

[Copy link]
Post time 12-2-2019 01:40 PM | Show all posts |Read mode

Kredit Foto : abc13.com



Seorang budak lelaki berusia 4 tahun secara tidak sengaja menembak ke arah muka ibunya selepas menjumpai sepucuk pistol yang disimpan di rumahnya di pinggir bandar Seattle.


Menurut Washington Post, wanita yang hamil lapan bulan itu sedang menonton TV bersama teman lelakinya di tempat tidur sebelum budak lelaki itu berjalan masuk lalu menembaknya.


Pihak polis menyatakan bahawa kanak-kanak itu menjumpai senjata berkenaan yang diletakkan di antara tilam katil dan peti kotak.


Selepas kejadian, wanita yang terkena tembakan itu telah segera dibawa ke hospital dan keadaanya kini dilaporkan stabil.


Gambar Hiasan


Pihak polis sudah menahan teman lelaki wanita itu, yang juga merupakan bapa kepada budak lelaki tersebut. Dia kini akan disiasat kerana memperoleh senjata itu secara haram, dan gagal menyimpan senjata itu di tempat yang selamat sehingga mendatangkan kecederaan.


Di King County, pihak berkuasa tempatan baru-baru ini telah meluluskan undang-undang mengenakan denda sehingga $ 1,000 kepada mereka yang gagal menyimpan senjata api dengan selamat. Bandar-bandar Seattle dan Edmonds juga telah meluluskan peraturan tersebut. - CARI.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2019 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik tak mati. Jgn nak blame budak tu pulak bila dah besar nanti. Sendiri tak pandai sorok senjata. Nasib budak tu pun tak hala ke badan sendiri kalau tak dia pulak yang arwah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya la diaorang ni..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Americans and their guns.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2019 04:14 PM | Show all posts
Thread ini sudah ada minggu lepas....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.046271 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list