CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 15353|Reply: 65

[Pelbagai] [Content Warning] Connection To God

[Copy link]
Post time 11-2-2019 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
06/02/2019, Rabu, saya tiba di kaki Gunung Ledang untuk kali ke empat. Hajat di hati sememangnya ingin melampiaskan kepenatan dan tekanan menghadap kerja yang berbukit-bukit. Pelan yang tidak berancang lama-lama, sangat drastik tanpa berkira-kira stamina dan ketahanan kudrat ketika itu. Risau juga saya "pewai" semasa mendaki mungkin disebabkan otot tidak dapat serasi dengan kesan metabolik utama, tidak bersedia untuk itu, tiada latihan ketahanan sebelumnya, tiada persediaan untuk merangsang "glycogen" otot dan keseimbangan glukosa dalam darah. Tiada, ya tiada sebarang latihan semasa menjalankan intensiti ini.

Gunung Ledang via Sagil .... Hmm sayu hati melihat kondisi kaki gunung yang semakin kotor, tidak dipulihara dengan baik, sampah sarap bersepah sana-sini di sekitar tapak-tapak perkhemahan oleh manusia-manusia yang tidak pandai menghargai keindahan alam semulajadi, hidup bertuhankan telefon pintar di tangan sayang sekali mereka sedikit demi sedikit menjauhi "ketamadunan" itu sendiri. Masyarakat yang satu ini sangat menyanjungi jepunisasi tetapi tohor akalnya memilih cara hidup tidak ubah seperti babi di dalam kandang. Konon-konon dahulunya tertindas tentang bobrok hidup di bawah tekanan kolonialisme.Tahi lembu!!!

Sedikit perkongsian :

Gunung Ledang

Lokasi : Tangkak, Johor

Ketinggian : 1276m @ 4186ft

Tempoh Naik : 2 jam 50 minit dengan sepasang kaki panjang

Tempoh Rehat Atas Puncak : 45 minit

Tempoh Turun : 2 jam 20 minit, sepasang kaki yang masih panjang

Tahap Kesukaran : Medium / Normal

Checkpoint : Bukit Semput (CP1), Hentian Meranti (CP2), Batu Orkid (CP3), Simpang Laluan Kijang (baru plotted oleh porter kot?), Kolam Gajah (CP4), Sungai Segitiga (CP5), Laluan ke Gua Kambing dan Batu Hampar <<< berkecerunan lebih kurang 75 darjah (Bonus/*KFC)


*KFC : Killing Fitness Centre

Surau disediakan di Kem Senget



Thread atau benang ini dibuka bukan untuk menceritakan tentang pendakian saya ke Gunung Ledang, tetapi berkaitan apa yang saya fikir ketika berada di ketinggian 4186 kaki sambil mata menjamu pepohon kehijauan, persoalan yang satu ini merenggut daya fikiran saya buat seketika .... Saya pingin sekali mempersoalkan bagaimana para pemikir kreatif di dunia ini bertanggungjawab atas banyak penobrosan ilmu, inovasi dan perkembangan dalam sejarah manusia. Adakah wujud sebarang korupsi di dalamnya? Misalnya ....

Hubungan Dengan Kerajaan Langit (Connection To God)

Ritual

Apakah definisi ritual?

Ritual adalah satu bentuk upacara keagamaan atau sembahyang yang terdiri daripada satu siri tindakan yang dilakukan mengikut perintah yang ditetapkan. Kita berhubung secara terus menerus dengan Tuhan, mengadu nasib, memohon keperluan, memohon perlindungan dan sebagainya.

Persoalannya, adakah ritual ini sangat membebankan, menyusahkan atau mungkin juga membawa kesengsaraan pada diri sendiri? Filsafat yang berevolusi sehinggakan merubah asas pemahaman yang sebenar?



Sukacita dimaklumkan bahawasanya tulisan ini bukan menjurus kepada Thought Disorder atau pun Formal Thought Disorder!!!

C’est des Conneries!!!

Apakah perbezaan antara agama dan kultus, maksud saya agama yang digerakkan oleh sesetengah kultus? Perbezaan daripada perspektif yang lebih objektif iaitu mengandaikan bahawa agama mencerminkan sesuatu yang tidak bermoral di dalam sesebuah kultus dan ia sesuatu yang berbahaya?

Terdapat banyak definisi luas untuk konsep agama dan kultus. Ini bermakna ia mempunyai banyak persamaan dan perbezaan pada masa yang sama, menjadikannya sukar untuk dirungkai dengan jelas.

Beberapa jenis agama yang kita tahu boleh mewujudkan sesebuah kultus contohnya seperti tingkah laku dalam kumpulan mereka yang lebih ekstremis dan harus diingatkan di mana kultus ekstremis ini sering kali mempunyai "soft entry points'' yang menjadikan mereka kelihatan seperti agama biasa, pegangan yang biasa tetapi sedar tak sedar telah korup dan menyeleweng!!! Agama secara umum didefinisikan sebagai ''sistem budaya yang berlandaskan kepercayaan agama, rohani atau falsafah'', sedangkan kultus ditakrifkan sebagai ''kumpulan sosial yang mengikuti satu set kepercayaan agama, rohani atau falsafah''.

Maka dengan itu wujudlah ritual-ritual pelik, barbaric dan brutal kononnya sebagai ikhtiar "bercakap" dengan Tuhan. Susah sangat ke nak "berinteraksi" dengan Tuhan ....?!!!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2019 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Penyeksaan/Torture

The Parrilla

Parrilla atau membawa maksud Panggang digunakan di beberapa negara di Amerika Selatan, termasuk Argentina semasa "Dirty War" pada tahun 1970 an dan 1980 an dan juga di negara Brazil. Di Chile semasa pemerintahan rejim Pinochet (1973 hingga 1990) ianya menjadi terkenal sebagai medium rutin ketika soal siasat tahanan.

Mangsa dilucutkan pakaian dan dalam keadaan telanjang, kemudian diletakkan di belakang subjek tersebut pada bingkai logam, kebiasaannya bingkai katil digunakan. Tali digunakan untuk mengikat bagi menghalang mangsa meronta daripada kedudukan yang ditetapkan semasa penyeksaan berlangsung, dengan kaki dikangkangkan luas dan lengan di atas kepala atau berada jauh dari sisi badan.



Mormonisme di Argentina tahun 1973 telah mengimplementasikan bentuk penyeksaan ini kepada ahli-ahli agama yang dipilih mereka secara rawak. Parrilla digunakan untuk menyeksa mangsa dengan menyambungkan elektrod yang dipasang pada bahagian-bahagian yang sangat sensitif di tubuh mangsa sepanjang sesi penyeksaan. Mereka, mormon, percaya bahawasanya Jesus membayar dosa-dosa masyarakat dunia melalui penyeksaannya yang keras dan tanpa belas kasihan. Jadi di sini, si mangsa yang terpilih (kononnya bernasib baik) sebagai medium yang mewakili mormon untuk berinteraksi dengan Tuhan mereka. Holiset!!!



Sumber : The Book of Mormon oleh Terryl L. Givens (nak baca PM e-mail address )



Renjatan Elektrik Parrilla

Bagaimana kaedah ini berfungsi dengan baik?

Di dalam sistem badan kita, terdapat tisu-tisu yang punya rintangan (resistance R) terbesar iaitu pada tulang dan lemak manakala saraf dan otot mempunyai rintangan yang paling sedikit. Dengan itu, boleh dikatakan majoriti rintangan pada badan berada pada kulit iaitu sel-sel yang mati, epidermis yang kering (lapisan luar kulit) adalah konduktor yang sangat lemah. Ia bergantung kepada individu itu, ketahanan kulit kering biasanya antara 1000 - 100000 Ohm.

Kita ambil contoh pada kadaran ohm yang kecil iaitu 1000 ohm. Berapakah amperage yang boleh menghasilkan kadaran 1000 ohm? Apabila kita menggunakan formula asas untuk mengukur Voltan iaitu V=IR, jawapan selepas pengiraan sudah tentu .012A atau 12mA pada Arus Terus (Direct Current). 200mA atau .2A boleh menyebabkan kematian!!!

Rintangan kulit menjadi lebih rendah jika kondisinya basah atau terbakar/melepuh. Ini membawa maksud apabila seseorang itu terkena renjatan elektrik dalam kehidupan sebenar, rintangan pada badan akan mulai merosot akibat kulit yang terbakar. Jadi untuk "menjayakan" prinsip atau kaedah Parrilla ini, tanpa "mematikan" subjek secara terus penambahan rintangan dipasang pada setiap bahagian badan jadi tidak hairanlah jika elektrod digunakan dalam kaedah ini.

Prinsip ini bagi saya memang berkait rapat dengan Hukum Ohm atau Ohm's Law. Syabas diucapkan kepada individu yang mencipta Parrilla ini. Mungkin beliau sangat fasih dengan Hukum Ohm, mampu memanipulasikan prosedur IN and OUT (kitaran voltan disalurkan pada kulit sebanyak dua kali) bagi mendapatkan nilai rintangan keseluruhan pada mangsa atau subjek. Dengan demikian, nilai keseluruhan rintangan dapat diintepretasikan sebagai,

Rtotal= Rskin(in) + Rinternal+ Rskin(out)

Hipotesis yang terbina adalah semakin tinggi rintangan pada badan manusia, semakin sedikit potensi kejutan elektrik berlaku, makanya lebih kapasiti arus elektrik dapat disumbat dalam badan subjek dan ia sangat seksa .... sangat-sangat terseksa sehinggakan subjek akan merayu untuk menamatkan riwayatnya. Kematian yang ditahan-tahan!!!


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2019 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Filem

Martyrs (2008)



Filem Perancis arahan Pascal Laugier bergenre Seram/Horror ini telah mengejutkan industri perfileman sejagat. Sebuah organisasi atau rangkaian atau kultus rahsia yang menjalankan satu bentuk penyeksaan pada individu-individu yang terpilih. Sebelum itu, jika ada forumer yang berminat untuk menonton filem ini, saya sarankan anda mencari naskah asal yang diolah oleh Pascal Laughier bukannya "remake" hollywood 2016, "an original is worth more than a remake". Masterpiece!!!!

Saya ringkaskan sinopsis filem ini iaitu ketika Anna ditangkap oleh sebuah kultus yang diketuai Mademoiselle.



Mademoiselle menjelaskan bahawa dia tergolong dalam masyarakat filsafat rahsia yang tidak jemu-jemu mencari rahsia-rahsia akhirat melalui penciptaan "martyrs". Eksperimen atau ritual mereka berbentuk tindakan penyeksaan yang sistematik terhadap wanita muda atau gadis-gadis di mana mereka percaya bahawa penderitaan subjek-subjek itu akan menghasilkan visi transendental dari alam selepas mati/barzakh. Mademoiselle juga percaya dunia yang itu terbahagi kepada dua (dari segi kemampuan dalam bertahan semasa penyeksaan atau bahasa mudahnya tidak mati ketika seksaan dilakukan ke atas mereka) :



1 . Individu yang gagal bertahan semasa upacara penyeksaan berlangsung seperti watak Lucie dan Sarah.

2 . Individu (martyr) yang "menerima" pelbagai bentuk penyeksaan yang melampaui batas-batas kemanusiaan seperti Anna.

Anna si yatim piatu yang dibesarkan di sebuah gereja dahulunya, diseksa dan dihina dengan kejam oleh kultus tersebut. Apa yang menarik di sini Anna berjaya melepasi penyeksaan peringkat terakhir dan dia berhalusinasi tentang Lucie yang sudah meninggal dunia. Dia berjaya bertahan hidup pada prosedur terakhir (disiat kulit hidup-hidup) yang dilaluinya sehingga memasuki tahap "euphoric" seakan pencapaiannya itu seperti pengalaman yang melebihi keadaan normal atau tahap fizikal.



Dah kenapa kau buat orang macam ni? Semata-mata nak tau yang afterlife tu wujud? Kau kena seksa orang teruk-teruk supaya Tuhan dapat berinteraksi dengan mereka secara langsung? Anna sebagai medium komunikasi antara Tuhan dan manusia!!! Kepala hotak kau!!! Aku fxck Mademoiselle dalam filem ni!!! Tak guna punya agama rider!!!



Notakaki : Kalau ramai forumer yang pernah menonton filem ini, rasanya seronok juga bila buka benang tentang apakah yang dibisik Anna ke telinga Mademoiselle di penghujung cerita? Hmm .... Jika anda seorang yang mudah terganggu dengan filem "splatter" atau "gore" seperti ini dinasihatkan tidak perlulah anda menonton.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2019 11:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesenian dan Kesusasteraan

St Bartholomew, seorang martyr penganut Kristian berkulit hitam. Jika anda melihat dengan teliti arca ini, anda akan terkejut kerana ia bukanya jubah, tetapi kulit Bartholomew yang disiat lalu digantung di sekeliling badannya. Arca dibuat oleh Marco d'Agrate, 1562 (katedral Duomo, Milan-Itali)



Kulitnya disiat hidup-hidup, Bartholomew sebagai medium untuk menunjukkan dia beriman kepada Tuhan dan kematiannya ini merubah perspektif manusia tentang ketidakwujudan Tuhan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2019 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
@fixit

@Catpaw

@noor2

@lil_honey

@chesfa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2019 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
@dani-rox

@MeghanK

@admin6

@naen
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2019 11:54 AM | Show all posts


seramnyaa

#pitam
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 11-2-2019 11:51 AM
@fixit

@Catpaw

Solat itu manis rasanya. ..jika kita buat dengan khusyuk dan hati yang ikhlas mengadap tuhan......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-2-2019 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 11-2-2019 12:02 PM
Solat itu manis rasanya. ..jika kita buat dengan khusyuk dan hati yang ikhlas mengadap tuhan......

solat itu satu ritual yang membolehkan kita berkomunikasi dengan Allah.tidak perlu mencederakan dan menyakitkan diri sendiri.

ekstremisme seperti agama rider yang menjadikannya sesuatu yang susah.

bulan dan matahari sama besar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 11-2-2019 12:06 PM
solat itu satu ritual yang membolehkan kita berkomunikasi dengan Allah.tidak perlu mencederakan da ...

Haha. ...ayat last tu......
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 11-2-2019 12:06 PM
solat itu satu ritual yang membolehkan kita berkomunikasi dengan Allah.tidak perlu mencederakan da ...

Solat bg agama islam.adalah ritual yang paling bersih dan berkesan dihati berbanding ritual agama2 lain. ..amponnnn. ..lepas solat ..roh..jiwa..rasa sangat tenang. ..X percaya?...cubalah tambah2 bg orang yang tgh marah dan baran. ...cubaaaa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 12:13 PM | Show all posts

aduhhh
macam tak kuat jer nak tengok citer ni


Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 11-2-2019 11:51 AM
@fixit

@Catpaw

dapat tag ni. nampak kerajaan langit tadi terus teringat ayah pin dan teko gergasinya
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca "dengan sepasang kaki yang panjang" tu paling menyampah


Got my hands on this book. Islam dan buddhism (dan almost semua agama samawi) tak promote torture keganasan penyeksaan diri sendiri untuk dekat dengan Tuhan

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sadis beno gayanya nak bercakap dengan tuhan gitu...

Setuju dengan kak Noor, solat waktu yang paling kita rasa dekat dengan Tuhan kerana Harfiah yang disebut tu sangat mendalam dan mendamaikan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaki hiking rupanya dik @KILL_NANCY kita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2019 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 11-2-2019 12:02 PM
Solat itu manis rasanya. ..jika kita buat dengan khusyuk dan hati yang ikhlas mengadap tuhan......

Setuju sangat kak @noor2
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 11-2-2019 04:06 AM
solat itu satu ritual yang membolehkan kita berkomunikasi dengan Allah.tidak perlu mencederakan da ...

Bumi itu bukan bentuk sfera. Harap orang yang berkata-kata tu sampai hujung dunia dan jatuh ke bawah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2019 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
kuihbakar replied at 11-2-2019 01:15 PM
Kaki hiking rupanya dik @KILL_NANCY kita

aktif semenjak sekolah kaka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2019 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
chesfa replied at 11-2-2019 12:58 PM
Baca "dengan sepasang kaki yang panjang" tu paling menyampah



berapa pages tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.072612 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list