Pasti seluruh rakyat Malaysia masih ingat akan final Olimpik 2012, Datuk Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan. Momen paling sedih buat rakyat Malaysia, bertambah pedih apabila Lin Dan meraikannya dengan berlari dan 'psycho' pihak lawan.
Sumber Gambar: The Telegraph
Pada umur 36 tahun, Datuk Lee Chong Wei masih lagi bermain badminton di peringkat profesional dan mampu mengalahkan pemain yang jauh lebih muda dari beliau. Pernah menjadi pemain nombor 1 dunia dari tahun 2008 sehingga 2012, Datuk Lee Chong Wei telah berjaya mengumpul 69 kejuaraan sepanjang kareernya.
Di sebalik kejayaan dan kehebatan beliau, ada seorang individu yang menggilap dan mengasah bakatnya, Datuk Misbun Sidek. Latihan apakah yang diberikan beliau sehinggakan DLCW mampu menjadi pemain nombor satu dunia dan aktif walaupun umur sudah hampir 40 tahun?
Sumber Gambar: Badminton Planet
Kelab Tangkis Peserai ada merakam video latihan yang dikendalikan Datuk Misbun kepada pemain muda kelab itu. Untuk pemain muda sahaja latihannya sudah keras, bagaimana agaknya latihan untuk DLCW yang diberikan Datuk Misbun? Boleh patah kaki agaknya!
Video itu mendapat perhatian netizen yang rata-rata kagum dengan latihan dari Datuk Misbun Sidek.
Buat anda di luar sana, untuk dapat sesuatu bukan mudah dan mungkin ada benda yang perlu dikorbankan. Seperti DLCW, beliau mengorbankan masa dan zaman mudanya untuk berlatih sehingga berjaya seperti ini. -CARI |