CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1212|Reply: 3

Enggan Berbaik, Lelaki Ugut Bunuh Bekas Tunang

[Copy link]
Post time 6-2-2019 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Kredit Foto : Gambar Hiasan





Akibat terlalu marah dengan keputusan bekas tunangnya yang tidak mahu menyambung semula perhubungan telah menyebabkan seorang lelaki ditahan polis apabila dia dilaporkan mengugut untuk membunuh bekas tunangnya itu.


Memetik Berita Harian, hubungan mereka dikatakan telah berakhir sejak Julai tahun lalu.


Menurut polis, mangsa yang juga berusia 25 tahun itu memberitahu bahawa bekas tunangnya itu mendakwa dirinya merupakan seorang ahli kongsi gelap dan boleh melakukan sesuatu ke atasnya.


Mangsa yang bimbang dengan ugutan suspek kemudian membuat laporan polis.


Susulan aduan yang dibuat, polis kemudian mengesan lelaki berkenaan sebelum berjaya menahannya pada awal pagi Selasa. Pihak polis juga merampas sebuah telefon bimbit bagi membantu siasatan.


Menurut Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ahmad Nasir Jaafar, suspek berusia 25 tahun itu ditahan di tepi jalan di Taman Anggerik.


Tambahnya, kejadian itu berlaku pada 30 Januari lalu apabila lelaki berkenaan tidak berpuas hati dengan bekas tunangnya bertindak menghubungi mangsa yang ketika itu berada di rumahnya di Kampung Air Merah pada jam 8.35 malam.


Menurut Ahmad Nasir lagi, suspek akan direman empat hari bermula Selasa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2019 11:13 AM | Show all posts
mgkin dia salah ckp,

dia ahli kulit gelap, bkn kongsi gelap
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki pengecut mmg mcm ni. Gila.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2019 09:48 AM | Show all posts
mental btol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:05 AM GMT+8 , Processed in 0.063266 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list