Seorang jururawat lelaki di sebuah hospital di Rajasthan, India cuba membantu kelahiran sukar seorang wanita mengandung dengan menarik badan dan tangan bayi yang tersekat sehingga kepalanya putus dan tertinggal di dalam rahim.
Kredit foto: Carian Google
Jururawat itu kemudiannya menyembunyikan bahagian badan yang terputus dan menghantar wanita itu ke Ummed Hospital di Jodhpur,dengan melaporkan wanita itu menghadapi masalah ketika melahirkan dan perlu rawatan lebih lanjut.
Bahagian badan fetus itu kemudiannya disimpan di bilik mayat hospital dengan bantuan seorang jururawat lelaki lain.
Kredit foto: Twitter
Doktor di hospital kedua itu dikatakan terkejut apabila mendapati kepala bayi tanpa badan masih berada di rahim ibu malang itu.
Menurut sumber The Hidustan Times, jururawat menarik terlalu kuat ketika cuba membantu proses kelahiran sehingga memutuskan kepala bayi tersebut yang tersekat.
Kredit foto: Carian Google
Media melaporkan suami wanita tersebut tidak diberitahu akan kejadian ngeri tersebut yang berlaku pada 6 Januari lalu. Pasukan perubatan dil Ummed Hospital mulanya menyangka akan mengeluarkan plasenta tetapi terkejut apabila mendapati kepala bayi masih berada di dalam rahim.
Pihak polis kemudiannya memberitahu kejadian sebenar kepada keluarga wanita tersebut, yang masih bertarung nyawa dalam keadaan kritikal di wad rawatan rapi.
Kredit foto: Mirror
Suami wanita tersebut mendakwa jururawat tersebut berada dalam keadaan mabuk ketika bekerja. Bagaimanapun pihak hospital telah menyerahkan bahagian badan bayi yang ditemui di rumah mayat kepada suami wanita tersebut untuk pengkebumian.
Satu laporan polis telah difailkan terhadap dua orang jururawat lelaki tersebut tetapi polis belum membuat sebarang tangkapan sehingga kini.
Semoga wanita malang ini mendapat pembelaan sewajarnya dan jururawat cuai tersebut mendapat hukuman setimpal. -CARI |