Ada banyak perlindungan insuran di luar sana, namun baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan satu skim perlindungan yang sangat bagus untuk golongan B40.
Skim perlindungan Nasional B40 mySalam telah diperkenalkan sebagai satu bentuk perlindungan perubatan dan kewangan apabila berlaku kecemasan atau masalah kesihatan
Memetik sumber daripada Berita Harian dan permohonan.my langkah yang diambil oleh kerajaan ini merupakan yang pertama direalisasikan dalam sejarah Malaysia .
Skim ini juga akan menawarkan perlindungan perubatan selama 5 tahun dan sasarannya adalah golongan B40 yang berusia antara 18tahun hingga 55 tahun.
Kredit foto:google
Inisiatif kerajaan melalui mySalam ini akan memberi manafaat seperti berikut :
1. Sekiranya penerima mySalam dikenalpasti menghidapi penyakit kritikal, mereka akan mendapat bayaran ‘one off’ (sekali gus) sebanyak RM8,000.
2. Perlindungan percuma juga diberi untuk 36 penyakit kritikal merangkumi kanser,serangan jantung dan alzheimer.
3. Penerima juga layak mendapat bayaran RM50 jika menjalani rawatan dimana-mana hospital kerajaan dalam tempoh maksimum selama 14 hari setiap tahun atau bersamaan dengan RM700 setahun.
Kredit foto:permohonan.my
Skim mySalam bermula pada 1 Januari lalu , bagaimanapun pendaftaran dan perkhidmatan sokongan pelanggan akan bermula pada 1 Mac 2019. Anda juga boleh mengikuti perkembangan terkininya melalui Facebook Kementerian Kewangan Malaysia. Skim ini telah di rasmikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Kementerian Kewangan. Ianya diperkenalkan dengan sumbangan sebanyak RM2 bilion daripada syarikat insuran dan takaful Great Eastern.
Kredit foto:google
Semoga langkah yang diambil oleh kerajaan ini memberi manafaat yang besar kepada golongan yang memerlukan ini dan diharap perkongsian ini dapat menjadi panduan pada penerima bantuan yang layak. - CARI |