View: 1344|Reply: 5
|
Serang Polis Dengan Cangkul Kegiatan Jenayah Terbongkar
[Copy link]
|
|
Tiga lelaki menyerang anggota polis yang sedang bertugas selepas kegiatan jenayah mereka terbongkar.
Sinar Harian melaporkan, kejadian berlaku di pondok polis Taib Andak, Kulai, kelmarin.
Susulan kejadian, kesemua suspek berusia antara 25 hingga 57 tahun yang juga penduduk kawasan berkenaan ditahan polis.
Gambar Hiasan
"Dalam kejadian, ketiga-tiga suspek termasuk seorang yang bersenjatakan cangkul bertindak memecahkan cermin kereta milik anggota bertugas itu.
"Keadaan itu menyebabkan anggota berkenaan melepaskan tiga das tembakan bagi mempertahankan diri," kata Ketua POlis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow.
Difahamkan, kesemua suspek memiliki rekod jenayah lampau membabitkan dadah dan samun.
"Motif kejadian dipercayai disebabkan rasa tidak puas hati dengan tindakan polis melaporkan kegiatan jenayah mereka di kawasan itu," jelasnya.
Hasil pemeriksaan juga mendapati kesemua suspek positif methamphetamine.
Selain itu, polis turut merampas barang kes iaitu cangkul untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967, Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 39 Akta Senjata 1960 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
campak je la dalam penjara tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Tunjuk samseng sangat akhirnya masuk ke dalam.. |
|
|
|
|
|
|
|
betul keeee???
There's always two sides to every story.
Kot kot samseng refuse to pay protection money terus tuduh samseng nak cederakan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
tkkn pengedar dadah, idup sengkek sgt, tak mampu beli pistol seludup .
takat cangkul aja
memalukan persatuan pengedar dadah sedunia aja.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|