Diet kontroversi Keto adalah pilihan utama ramai selebriti Hollywood. Bagaimanapun, diet rendah karbohidrat ini ditentang oleh pengamal kesihatan dan jurulatih kecergasan seperti Jillian Michaels.
Kredit foto: US Weekly
Debat antara kedua pihak memanas lagi minggu ini apabila Jillian Michaels, jutulatih kecergasan dalam siri The Biggest Loser membuat kenyataan dalam majalah Women's Health bahawa Diet Keto adalah diet yang buruk dan bakal mendatangkan beribu masalah.
Kredit foto: Twitter
‘Saya tidak faham, kenapa ramai yang fikir diet jenis inis sesuatu yang baik?’ katanya. ‘Lebih baik kembali ke diet seimbang daripada diet rendah karbohidrat, tinggi lemak dan berlapar’ tambahnya sambil menyeru pembaca supaya menggunakan akal.
Kredit foto: Twitter
Kritikan pedas Jillian Michaels itu mengundang serangan balas daripada pengamal diet ini termasuk personaliti TV, Al Roker dan Andy Cohen.
Kredit foto: Carian Google
Al Roker yang berjaya menurunkan berat badannya dengan diet keto berkata dalam Today Show bahawa pengamal berhak mengikuti apa-apa sahaja diet yang berkesan buat mereka, ada ahli sains yang berkata ya dan tidak untuk diet keto, tambahnya.
Hos TV, Andy Cohen pula menamakan Jillian Michael dengan gelaran ‘Jackhole of the Day’ dan memberitahu pengamal diet keto ‘jangan rasa kecil hati dengan Jillian, dia tidak layak beri nasihat’.
Kredit foto: Jenna Jameson
Membalas tohmahan kedua-dua hos TV ini, Jillian mengajak mereka untuk berbincang sains diet keto secara waras. ‘Saya mendapat banyak kritikan daripada selebriti pengamal diet keto, mari kita kupas sains di sebalik diet ini’ kata Jillian.”Diet keto mengakibatkan badan dalam keadaan ketosis dan membakar lemak untuk tenaga bukan karbohidrat, nampak pilihan bijak tetapi tahukah anda kesan jangka panjangnya?’ tambah Jillian lagi.
Kredit foto: Carian Google
Kebanyakan kajian sains seperti American College of Cardiology tidak menggalakkan diet keto kerana mengakibatkan pelbagai komplikasi kesihatan jangka panjang. Bagaimanapun kajian Boston Children Hospital mendapati ianya berkesan dalam mengawal kadar gula pesakit kencing manis yang mengalami obesiti.
Kredit foto: People
Nampaknya Jillian bakal berperang besar dengan pengamal tegar diet keto di Hollywood seperti Kim Kardashian, Halle Berry, Gyweneth Paltrow, Adriana Lima dan ramai lagi. - CARI |