View: 2311|Reply: 16
|
Nak Cari Penyakit Walaupun Anda Sihat? Beli Tisu Ini, Terus Dijangkiti Selesema
[Copy link]
|
|
VaevTissue; sebuah syarikat dalam talian yang bertapak di Copenhagen, Denmark sedang menjual tisu untuk anda dijangkiti penyakit selesema. Ya, artikel ini tidak salah fakta, tisu ini memang untuk anda yang mahu cari penyakit walaupun anda sihat. Percaya atau tidak, anda bolehlah mengunjungi laman sesawang syarikat selepas membaca artikel ini ya!
Salah satu sebab mereka menjual tisu ini kerana mereka percaya imunisasi manusia dapat 'dilatih' dengan memilih waktu-waktu yang sesuai untuk anda dijangkiti penyakit ini. Oliver Niessen, 34 tahun merupakan pengasas syarikat ini percaya sepenuhnya mengenai fakta tersebut. Cara penggunaannya juga senang, cuma kesatkan pada hidung anda dengan tisu tercemar ini, dan anda akan sakit dengan pilihan anda sendiri.
“Kami percaya dengan menggunakan tisu yang mengandungi bersin manusia lebih selamat berbanding jarum dan pil ubat-ubatan." Oliver Niessen.
Tapi, sebelum anda menaruh hati anda sepenuhnya pada barang ini konon-kononnya mahu dapatkan cuti dari boss kalianlah, apa kata anda teruskan membaca artikel ini. Pendapat Professor Mikrobiologi dan Sains Persekitaran di Universiti Arizona, Charles Gerba tidak bersetuju dengan fakta ataupun sebenarnya cuma pendapat Oliver Niessen. Virus tidak bertindak sedemikian!
“Banyak perkara boleh terjadi, terdapat lebih daripada 200 jenis rhinovirus, oleh itu anda terpaksalah mengelap 200 keping tisu ke dalam hidung anda untuk mendapatkan virus yang berbeza.” Kata Charles Gerba.
Apa yang cuba dijelaskan beliau adalah untuk menghasilkan kesan vaksin bagi menguatkan imunisasi perlukan dua virus yang sama, virus yang menjangkiti pesakit dan virus yang ditugaskan untuk melalikan. Virus haruslah daripada mikroorganisma yang sama.Oleh itu, vaksin perlu dihasilkan daripada virus tersebut. Sama ada vaksin teratenuat iaitu vaksin yang bertujuan membantutkan virus yang menjangkit, ataupun vaksin yang tidak aktif akibat kimia, haba, radiasi, antibiotik. Namun, menurut laman sesawang Vaevtissue, proses penghasilan vaksin dalam tisu ini tidak menepati kaedah perubatan moden. Mereka cumalah mengambil tisu-tisu yang digunakan oleh pesakit selesema sebenar. Ya, tisu-tisu terpakai yang dibungkus semula.
Harga pasaran dijual pada harga $80 iaitu bersamaan Rm300++. Anehnya, produk telah laris dijual setelah sebulan di pasaran, menurut Oliver Niessen. Produk yang terjual juga bukanlah barang tiruan atau palsu. Ada sesiapa berminat? -CARI
Sumber Rujukan : Foxnews, vaevtissue, time.com |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Benda ni berguna untuk yang suka apply MC{:give |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 31-1-2019 12:42 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
SuriNate replied at 31-1-2019 12:41 PM
Benda ni berguna untuk yang suka apply MC{:give
Terima kasih baca.. Hahaha... Jangan, kita buat kerja ikhlas ya. |
|
|
|
|
|
|
|
Hehe interesting tak tahu ada kewujudan tisu macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 31-1-2019 12:52 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
SuriNate replied at 31-1-2019 12:44 PM
Hehe interesting tak tahu ada kewujudan tisu macam ni
Hehe... Manusia kalau berusaha memang buat macam2. Tapi adakalanya usaha mereka pelik. |
|
|
|
|
|
|
|
Geli weh.. Katanya tisu bekas bersin org lain. Xde bau masam2 ke |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 31-1-2019 01:14 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
matchstick replied at 31-1-2019 01:07 PM
Geli weh.. Katanya tisu bekas bersin org lain. Xde bau masam2 ke
Terima kasih baca. Kalau dah orang nak sangat cuti atau nak sangat percaya teori pengasasnya, semuanya tak kisah. Hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 31-1-2019 01:41 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
missinpiece replied at 31-1-2019 01:39 PM
Macam2 hal
Terima kasih baca. |
|
|
|
|
|
|
|
Cite ni wat aq tringt kt jimmy neutron pulak,de episode yg jimmy ni invent sick patch untuk dpt mc xnk g sekolah,bila lekat kt kulit akn jatuh sakit,bila cabut patch tu sihat cam biasa,bila kwan2 dye tahu dyorg pon nk jugak sick patch ni,tp malangnya after a while patch tu absorbed into their skin n hilang,nk sembuhkn balik semua org tpksalah jimmy n sheen shrink themselves n masuk dlm badan carl untuk cari microorganisms n cipta antivirus... hihi motif aq ingt lg kartun ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 31-1-2019 02:24 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
zuuu replied at 31-1-2019 02:21 PM
Cite ni wat aq tringt kt jimmy neutron pulak,de episode yg jimmy ni invent sick patch untuk dpt mc x ...
Terima kasih baca. Haha... Saya tak layan Jimmy Neutron, saya layan Kamen rider series. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau boleh pulih semula dalam sehari satu hal juga buatnya makan minggu baru mendapat jadinya |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 31-1-2019 02:34 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Artemesiaa replied at 31-1-2019 02:30 PM
Kalau boleh pulih semula dalam sehari satu hal juga buatnya makan minggu baru mendapat jadinya
Terima kasih baca. Betul tu. Kalau mahu sakit dekat saja dengan orang sakit atau buat benda yang boleh mendatangkan sakit. Tapi, nak sembuh tu yang susah nak jangka berapa lama. |
|
|
|
|
|
|
|
Kami percaya dengan menggunakan tisu yang mengandungi bersin manusia
Tak sanggup aku nak apply tisu yang ada bersin orang lain semata-mata nak paksa diri sakit |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 31-1-2019 03:48 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
mieymiey replied at 31-1-2019 03:35 PM
Tak sanggup aku nak apply tisu yang ada bersin orang lain semata-mata nak paksa diri sakit
Terima kasih baca. Huhu... Jaga kesihatan ya. |
|
|
|
|
|
|
|
Selsema la penyAkit yg agak suffer bg aku selepas demam.. air hingus cair tu kalau tgh menyerang snoneng kepala berat je..lg2 tgh sujud.. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 6-2-2019 04:09 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
cikkittydiva replied at 6-2-2019 02:16 PM
Selsema la penyAkit yg agak suffer bg aku selepas demam.. air hingus cair tu kalau tgh menyerang sno ...
Terima kasih baca. Huhu.. Setuju. |
|
|
|
|
|
|
| |
|