View: 2628|Reply: 6
|
Topeng Kecantikan Versi Kim Jong Un Dikritik Hebat
[Copy link]
|
|
Korea Selatan sememangnya terkenal dengan budayanya yang mementingkan kecantikan. Sesiapa yang tidak menjaga kecantikan diri, seolah-olah tersisih dari masyarakat mereka.
Kredit foto: FashionLady
Sejak tahun lalu, satu edisi topeng kecantikan muka atau face mask yang dikeluarkan sebuah syarikat kosmetik di negara itu dikhabarkan terjual lebih dari 25,000 unit sejak Jun lalu.
Unification Moisture Nuclear Mask atau Topeng Nuklear untuk kelembapan muka itu menggunakan wajah Presiden Korea Utara iaitu Kim Jong Un pada luar sampul topeng berkenaan.
Kredit foto: bbc
Umum mengetahui ketegangan hubungan antara Korea Selatan dengan Korea Utara. Namun, produk berkenaan mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk Korea Selatan sehingga mendapat perhatian sesetengah pihak yang mengkritik penjualan produk tersebut.
Menurut pakar produk kecantikan Korea Selatan, Irene Kim, dia tidak suka apabila ada produk dijual berunsurkan politik. Kim Jong Un dilihat sebagai seorang diktator yang membawa pengaruh serta kesan buruk terhadap Korea Selatan. Justeru, adalah tidak wajar untuk wajahnya dikaitkan dengan produk popular itu.
Kredit foto: Google
Ribuan rakyat Korea memuat naik foto mereka memakai topeng berkenaan di media sosial. Topeng itu boleh dibeli dengan harga 4,000 won iaitu bersamaan RM15.
Kredit foto: Instagram
Produk ini dikeluarkan oleh 5149, iaitu sebuah syarikat kosmetik Korea Selatan. Ia dikatakan mengandungi air mineral dari Gunung Paektu.
Dalam mitos masyarakat Korea, gunung berapi aktif itu adalah tempat kelahiran Dangun, pengasas kerajaan Korea lebih 4,000 tahun lalu.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kedai yang telah menarik balik penjualan topeng kecantikan itu.
Di Korea Selatan, ia adalah salah dari segi undang-undang sekiranya menyebelahi kerajaan Korea Utara dalam percakapan. Maka, penjualan topeng muka menggunakan Kim Jong Un untuk meraih populariti juga dianggap tidak relevan.
Kalau ada topeng pelembap dengan wajah mana-mana pemimpin Malaysia, ada yang nak menggunakannya tak? - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku ingt motif letak muka Jong un kt packaging tujuan nya nk bgtau yg mask tu size xl muka besar pinggan mcm Jong un pun boleh muat |
|
|
|
|
|
|
|
Dah pakai takder rupa Jong Un pun. |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha comel pulak jadinya |
|
|
|
|
|
|
|
boleh laa buat dekat malaysia.. muka pm.. muka lge.. muka bossku.. |
|
|
|
|
|
|
|
boleh laa buat mask muka bossku ~:> |
|
|
|
|
|
|
|
pai.kacang: boleh laa buat mask muka bossku ~:>
Try lah buat nanti lava kena sawan {:cryrun{:smile{:laugh |
|
|
|
|
|
|
| |
|