Sekumpulan pakar bedah yang melakukan pembedahan ke atas seorang wanita terkejut apabila mendapati bahagian sinusnya yang pada mulanya disangkakan menghidap tumor rupanya dihuni oleh seekor lintah besar.
Kredit foto: New York Post
Wanita berusia 63 tahun dan tidak dinamakan itu berasal dari daerah Ha Giang, Vietnam dan dibawa ke hospital selepas mengadu mengalami migrain teruk selama tiga bulan.
Selepas pemeriksaan, doktor mengesahkan beliau menghidap tumor di bahagian sinus dan menjadualkan satu pembedahan pada 9 Januari lalu untuk membuangnya.
Bagaimanapun, pasukan doktor yang membedahnya terkejut apabila mendapati 'tumor' itu sebenarnya adalah seekor lintah sepanjang dua inci. Lintah itu segera dikeluarkan sebelum penyakit wanita itu terus melarat.
Kredit foto: Big World Tale
Rakaman pembedahan menunjukkan doktor bedah mengeluarkan lintah itu daripada rongga mulutnya dan meletakannya di atas dulang. Lebih menggelikan, lintah itu masih hidup!
Kredit foto: Mirror
Menurut doktor, sekiranya doktor terlambat mengesannya, lintah itu boleh menyerang rongga sinus wanita tersebut dan mengakibatkan kesukaran bernafas.
Wanita itu dilaporkan tinggal di kawasan pergunungan dan sering mandi di kolam yang disyaki tempat di mana lintah tersebut memasuki rongga hidungnya.
Amaran buat kita semua untuk tidak mandi-manda di kolam yang disyaki ada lintah! - CARI |