CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1945|Reply: 22

[Tempatan] Kanak2 18 bln mati lemas Dlm baldi

[Copy link]
Post time 30-1-2019 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA NERUS: Remuk hati sepasang suami isteri apabila anak bongsu kesayangan mereka berusia 18 bulan ditemui tersembam dalam baldi berisi air di dalam tandas rumah mereka di Bukit Tunggal di sini, semalam.
Kanak-kanak lelaki itu ditemui dalam keadaan kebiruan dan tidak sedarkan diri dalam baldi berkenaan oleh ibu bapanya kira-kira jam 12.30 tengah hari, selepas mangsa didapati tiada di tempat tidur dalam bilik mereka.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman, berkata kejadian dipercayai berlaku ketika ibu bapa mangsa sedang tidur selepas keletihan bekerja.
Beliau berkata, sebaik bapa mangsa bangun tidur kira-kira jam 12 tengah hari, dia terkejut mendapati anak bongsu daripada sembilan beradik itu tiada di tempat tidur, lalu mengejutkan isterinya berusia 47 tahun.
"Mereka kemudian mencari di serata rumah sebelum menemui kanak-kanak itu dalam keadaan tersembam dan tidak sedarkan diri dalam baldi berisi air di dalam bilik air.
"Bapa mangsa berusia 40-an bersama isterinya kemudian mengejarkan kanak-kanak itu yang kebiruan ke Klinik Kesihatan Bukit Tunggal di sini, untuk mendapatkan rawatan.
"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia selepas kira-kira 50 minit diberi bantuan kecemasan di klinik berkenaan," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini, hari ini.
Beliau berkata, bapa mangsa yang bekerja sebagai pemandu teksi sapu mendakwa pintu bilik air rumah mereka rosak, menyebabkan kanak-kanak itu sering masuk ke bilik air sebelum mereka tidur.

Sumber BH online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2019 02:45 PM | Show all posts
alfatihah salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah. Pintu toilet rosak tak dibaiki secepat mungkin ke dah anak tu suka ke bilik air?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 03:05 PM | Show all posts
kecuaian mak bapak sendiri la..
dah tau pintu toilet rosak anak selalu masuk main air, pun tak usaha nak repair..
anyway, bawa teksi tapi tengahari pakat tido laki bini
tahun ni kot ada lagi rezeki no 10..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 03:05 PM | Show all posts
Sesibuk mana pun kalau dah tahu pintunya rosak eloklah dibaiki segera untuk mengelak kemalangan dari berlaku
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 03:35 PM | Show all posts
pintu bilik air rosak maknanya bila mandi bole teropong?
pape pon takziah
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 03:42 PM | Show all posts
al fatehah
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
moonbug replied at 30-1-2019 02:55 PM
Salam takziah. Pintu toilet rosak tak dibaiki secepat mungkin ke dah anak tu suka ke bilik air?

Pintu rosak satu hal.. yg plg penting tuuu baldi tuu kena buang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2019 03:44 PM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 03:49 PM | Show all posts
ada baby jgn la simpan air dlm baldi...rendam kain dlm baldi...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 04:20 PM | Show all posts
takziah....

kita ambil pengajaran lah. terlangkupkan baldi kosong dan kalau nak tadah air atau merendam kain, tutup  la baldi tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 04:26 PM | Show all posts
aku paling takot balik uma MIL aku sbab anak aku pun jenis suka tgok air dalam baldi n umo anak aku sebaya yg arwah ni..

al-fatihah buatmu anak syurga..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 04:32 PM | Show all posts

Innalillahiwainnailaihirajiun...sedihnya
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 06:17 PM | Show all posts
mak baby umur 47 tahun...buat penat je mengandung di usia senja ujung2 anak meninggal dek kecuaian sdiri. takziah
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 30-1-2019 03:42 PM
Pintu rosak satu hal.. yg plg penting tuuu baldi tuu kena buang..

Tu lah. Even takde duit sangat pun nak repair pintu tu (anak 9 orang maybe kesempitan duit), kena make sure baldi tak simpan air sebab diorang sendiri cakap anak tu suka masuk toilet main air. Iktibar untuk parents lain juga
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tau ada budak kecik, pastu tau dia suka main air, itu pun lalai lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2019 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
moonbug replied at 30-1-2019 06:29 PM
Tu lah. Even takde duit sangat pun nak repair pintu tu (anak 9 orang maybe kesempitan duit), kena  ...

Masa anak kecik.. mmg baldi letak tempat tinggi.. nak pakai guna.. tak pakai simpan kat tempat lain..  bhgn dapur pulak aku letak pagar.. beli kayu pukul pakai hammer sendiri.. bolehlaa wpun tak.cun mana yg penting anak aku tak dapat masuk
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 09:52 AM | Show all posts
ya Allah sedihnya..budak umur mcm ni mmg smua benda dia nak rasa nak pegang..takziah untuk keluarga mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2019 10:44 AM | Show all posts
tgh hari pakat tdo buat apa?

nie anak bongsu dalam berapa adik beradik? iols speku mesti dah byk sangat adik beradik sebab tu lalai

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2019 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
leylapple replied at 31-1-2019 10:44 AM
tgh hari pakat tdo buat apa?

nie anak bongsu dalam berapa adik beradik? iols speku mesti dah byk  ...

9 beradik....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-1-2023 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.111454 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list