CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 15526|Reply: 50

Masih Ingat Naqiu Boboy? Apa Ceritanya Sekarang..

  [Copy link]
Post time 29-1-2019 05:45 PM | Show all posts |Read mode
Kemunculan Naqiu Boboy di konti stesen Radio GEGAR baru-baru ini nyata mengubati kerinduan peminat tegar penyanyi tersebut. Hampir 15  tahun menyepi pasti generasi hari ini tidak mengenali kumpulan Boboy,  yang  pernah suatu ketika dahulu mewarnai industri muzik Malaysia di era awal 2000an.


Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Mohd Najib (33 tahun) adalah vokalis utama kumpulan Boboy. Kumpulan Boboy telah ditubuhkan pada tahun 2001 dengan anggota asalnya ialah Naqiu, Shah, Zul, Didie dan Muz. Mereka pernah muncul dengan 3 album dalam tempoh 5 tahun.


Foto: IG Gegar


Debut album pertama mereka iaitu Episod Cinta dianggarkan terjual melebihi 30,000 unit. Selain lagu Episod Cinta, kumpulan Boboy juga popular dengan lagu Demi Masa, Janji Seorang Kekasih dan Dalam Benci Ada Rindu.


Dalam temubual segmen throwback 90an GEGAR pagi tersebut, Naqiu memberitahu Boboy tidak pernah berpecah dan line up Boboy masih sama seperti 19 tahun lepas. Menurut Naqiu, Boboy kini dikenali sebagai 6years.  Mereka menamakan Boboy kepada 6years sempena peristiwa pertemuan mereka selepas 6 tahun tidak berjumpa semenjak kontrak Boboy bersama NSR tamat pada tahun 2005.


Pada penghujung tahun 2016, akhbar Berita Harian pernah menulis berita perkembangan semasa Naqiu. Dalam temubual bersama wartawan Berita Harian ketika itu, Naqiu menceritakan yang dia sudah 10 tahun bernyanyi di kelab malam semenjak meninggalkan dunia nyanyian arus perdana.


  



Naqiu juga pada ketika itu memberitahu sudah enam tahun mendirikan perkahwinan dan telah mempunyai empat orang anak. Naqiu juga menjelaskan dia dan tiga lagi anggota asal kumpulan berkenaan pernah muncul dengan single baharu berjudul Hukum Aku, sebagai isyarat kemunculan semula mereka sekitar tahun 2015. Bagaimanapun, single itu tidak mendapat sambutan.


  



Selepas selesai sesi temubual di konti radio GEGAR, Naqiu digandingkan bersama-sama rakan artis sezamannya iaitu Tomok Newboyz, Lan Kristal, Fairuz Q-Face mendendangkan secara madley lagu-lagu popular mereka. Naqiu menyanyikan semula lagu Episod Cinta diiringi petikan gitar gitaris Dramaband.


Rata-rata netizen yang menonton video mereka di youtube (GEGAR) sangat teruja dengan kehadiran semula Naqiu Boboy. Netizen juga memuji vokal Naqiu yang semakin matang dan padu. Ramai  berharap Naqiu akan muncul dalam pertandingan gegar vaganza untuk musim 2019. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2019 05:56 PM | Show all posts
fuhhhh boboy ni layan zaman sekolah dulu

episod cinta iniiii (sengau sket)
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 08:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Terasa diri kembalu muda
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tengok IG dia mcm bbnu jah.. bertindik bagai laki bini.. hmmm.. anak dh empat kot.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 09:36 PM | Show all posts
Selain Tomok... Dia pun rambut belah tengah..

Dulu2 . Selain new boyz, Kristal,.. lagu boboy iuols sukaaa
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Power jugak suara dia berbanding zmn belum pecah...try laa GV plak kot laku pasni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2019 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
mana satu naqiu nya. iols zaman ni layan o-town nsync bsb
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
asal mcm tak pernah dengar pon lagu boboy dulu2 kat radio? walaupon masa tu masih kanak2 riang tapi populariti sejarah mungkin berulang boleh ingat dgn jelas sbb lagu tu mmg pemes sangat awal 2000 gitu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2019 12:32 AM | Show all posts
dah x sengau cam dulu2

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 02:50 AM | Show all posts
sape je yang mengharap theyols masuk GV ye? teringin nak tahu juga Si fairuz tu meols pernah la terserempak dengan heshe masa konsert SATU tokti kat istana budaya dulu, masa tu kurus2 je..and heshe keje gomen khuens...ptd ke apa entah la nyah...so yang masih kekal dalam arus perdana kat sini yelah momok dan lan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 03:39 AM From the mobile phone | Show all posts
bakingsoda replied at 29-1-2019 09:49 PM
asal mcm tak pernah dengar pon lagu boboy dulu2 kat radio? walaupon masa tu masih kanak2 riang tapi  ...

Dulu boboy ni popular gak.. tp xde la tahap meletop sgt.. dulu iols siap beli tau VCD drama deols. Pastu duk ulang2 bukak hari2. LOL.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Naqiu ni yang rambut panjang tu ke? Dah tak ensem, dulu2 muka jambu.
Betul lah orang ckp kalau remaja ensem/lawa/kegilaan 1sekolah, abis blajar jadi kureng sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 08:55 AM | Show all posts
ada kakak senior iols time study dulu suka betul  ngan tomok

pastu cari boyfriend nak muka yang ada iras iras tomok

memang bebetul dapat boyfriend ada iras iras tomok sekarang dah kawin pun ada anak 3
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 09:08 AM | Show all posts
RatuDunia94 replied at 29-1-2019 08:55 PM
Tengok IG dia mcm bbnu jah.. bertindik bagai laki bini.. hmmm.. anak dh empat kot.

gigih i skodeng...
berbeza sgt penampilan...
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 09:09 AM | Show all posts
pergh dulu siap beli vcd dia weyh gigih kumpul duit zaman skolah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Edisi mengimbau

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2019 09:42 AM | Show all posts
alallalallala...bring back memories laaaa korang ni...
ni zaman2 sis tampal poster mereka kat gobok baju ni..

Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 09:59 AM | Show all posts
Heols mendadih ker?
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 10:01 AM | Show all posts
tak hensem dh beliau skg. tp lagu dorg dolu2 mmg legend laa
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2019 10:26 AM | Show all posts
Boboy nie sezaman dgn spin,newboyz,kristal,antz,budak kacamata HAHA

Tapi dalam banyak2 masa tu paling minat spin sbb ada achik

Yg sedara lain suka boboy sbb naqiu, lagi sorang suka newboyz sbb tomok,syuk,lan

Siap bergaduh nangis siap nak carik balak pun carik muka achik spin adudududu

Kenangan silam betul.. indahnya waktu dulu

Siapa yg kenal artis2 zaman2 nie makna nye korang budak hujung & pertengahan 90 an
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.228472 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list