Dunia hiburan memang tidak selalunya indah seperti yang dipaparkan di media sosial. Banyak cerita, skandal dan pelbagai lagi insiden yang tidak sedap didengar. Antara yang selalu diperkatakan ialah berhati-hati apabila berkawan sesama artis kerana kita tidak tahu siapakah yang akan menikam dari belakang.
Sebagai penganalisis dunia hiburan di media sosial, Jefri Aduba de Janitor sekali lagi mengkompilasikan rentetan kisah-kisah mengenai artis seperti pergaduhan artis, gossip kahwin-cerai dan pelbagai lagi.
Kali ini, kita akan menyelongkar topik yang sangat menarik iaitu artis-artis yang bermula sebagai kawan tetapi kemudiannya berakhir sebagai lawan kerana isu tertentu. Terdapat tujuh kategori artis yang dulunya KAWAN tetapi kini LAWAN.
Kredit foto: M-Star
Menurut Jefri, pada tahun 2015 Kaka dikatakan sebagai punca Tasha Shila berpisah dengan teman lelakinya, Hans Wong. Oleh sebab itu, Kaka tidak dijemput oleh Sharifah Sakinah pada malam berinainya sebagai tanda sokongan kepada Tasha. Walhal Kaka antara rakan yang memeriahkan majlis Bridal Shower Sakinah bersama-sama artis lain di Bali.
Seterusnya tempat ke-6 menjadi milik Fazura VS Hanez Soraya. Maklumlah Hanez menjadikan Fazura sebagai idola membuatkan Fazura bangga pada mulanya. Namun, lama kelamaan Hanez mula meniru setiap inci penampilan Fazura menyebabkan isteri Fattah Amin ini menyampah lalu menyekat akses Instagramnya.
Seterusnya Fazura bukan sahaja tidak lagi berkawan dengan Hanez Suraya, malahan turut tidak lagi bertegur sapa dengan Sara Ali bermula dengan pengakuan Fazura menerusi program realitinya, Facing Up With Fazura pada 2014. Fazura VS Sara Ali nombor 5 Ada juga desas-desus yang mengatakan Fazura agak sukar mempunyai hubungan baik dengan wanita. Oleh sebab itu lingkungan sahabatnya adalah lelaki lembut.
Kredit foto:
Menduduki carta ke-4 ialah persahabatan antara Haqiem Rusli dengan Arif Bahran yang berbalas sindiran di Twitter ketika Haqiem dilanda kemurungan.
Manakala pergaduhan Watie dan Hannah, kedua-duanya dari kumpulan Elite menjadi kes yang paling besar kerana membabitkan perintah mahkamah dan jumlah saman hampir sejuta ringgit. Kisah yang bermula dengan Wati menggunakan nama Hanna untuk membeli kereta tetapi tidak membayar pinjaman kereta tersebut mengakibatkan nama Hanna disenaraihitam oleh pihak berkuasa. Ia berlarutan dengan turun naik mahkamah yang memaksa Watie membayar sejumlah wang kepada Hana tetapi masih gagal membayar penuh hingga sekarang.
Seterusnya menurut Jefri, pergaduhan antara Sheila Rusli dengan Norlia Ghani mendapat tempat kedua akibat Norlia memakai skirt pendek ketika majlis anugerah atas desakan Sheila. Sementara itu seteru yang paling dasyat ialah pergaduhan antara Azwan Ali dengan Aznil Nawawi yang membuahkan filem Aku No.1 pada tahun 2004.
Kredit foto: Carian Internet
Dari kawan menjadi lawan adalah perkara biasa dalam kehidupan kita, namun apabila ia berlaku terhadap artis, ia dipandang sebagai gosip yang seronok 'dibawangkan'. Apa pula pendapat anda? Ada artis lain dalam senarai anda? - CARI |