Sepasang suami isteri maut dalam kebakaran sekaligus hajat mereka untuk bersanding awal bulan depan tidak kesampaian.
Tragedi yang berlaku di rumah teres setingkat di Taman Desa Vista, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, itu telah mengorbankan mangsa, Wan Mohd Baharul Nizam Wan Bakar, 35, dan Norwahidah Abdul Hamid, 28.
Harian Metro melaporkan kedua-duanya bertugas di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya.
Jiran mangsa dikenali sebagai Mohd Zulkiflee, 59, berkata, pasangan itu baru menyewa rumah berkenaan awal tahun ini namun tidak pasti bila pasangan itu bernikah.
Suami Isteri Mati Terbakar, Hajat Bersanding Bulan Depan Tak Kesampaian
“Saya difahamkan mereka merancang untuk mengadakan majlis persandingan sebelah perempuan pada 2 Februari di Kangar, Perlis dan sebelah lelaki pada 6 Februari di Jerteh, Terengganu.”
Menurutnya lagi, dia sedang berehat di rumah semasa kebakaran namun gagal menyelamatkan mangsa kerana rumah berkunci.
Pihak bomba terpaksa memecahkan jeriji di pintu utama serta pintu rumah itu yang berkunci dari dalam.
Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali dalam kenyataan berkata,
“Anggota bomba yang masuk ke bilik utama menemui seorang lelaki di dalam tandas bilik utama rumah berkenaan."
Wanita berkenaan pula ditemui dengan kesan terbakar, terbaring di atas tilam.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan punca kebakaran masih dalam siasatan. -CARI |