CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4983|Reply: 17

Sadonya! Anak Arnold Schwarzenegger Kini Ikut Jejak Ayah Jadi Ahli Bina Badan

[Copy link]
Post time 25-1-2019 10:55 AM | Show all posts |Read mode
Mungkin ramai yang lebih mengenali empat anak hasil perkahwinan pelakon filem aksi, Arnold Schwarzenegger, 71, dengan wartawan dari keluarga Kennedy iaitu Maria Shriver, 62.


Tetapi, tidak ramai mengetahui bahawa Arnold juga mempunyai seorang anak lelaki yang kini berusia 21 tahun hasil daripada hubungan sulitnya dengan pembantu rumah mereka suatu ketika dulu.





Kredit foto: Carian Google





Perkahwinan Arnold dan Maria yang menghasilkan empat anak; Katherine, Christina, Patrick dan Christopher berkecai tujuh tahun dahulu berikutan pengakuan Arnold bahawa dia pernah mengadakan hubungan sulit dengan pembantu rumah mereka, Mildred Patricia Baena sehingga menghasilkan seorang anak lelaki yang dinamakan Joseph Baena.







Kredit foto: Carian Google





Keempat-empat anak Arnold dengan Maria kini memilih kerjaya masing-masing yang tidak ada sangkut-paut dengan ibu bapa mereka, tetapi nampaknya Joseph Baena telah mewarisi bakat mantan Gabenor California itu sebagai ahli bina badan.





Kredit foto: Carian Google





Joseph Baena, yang kini mula berjinak-jinak dengan sukan tersebut mendapat sokongan penuh daripada bapanya. Beliau suka menghabiskan masa di gimnasium dan Instagramnya penuh dengan gambar-gambar aksi bina badan yang mempunyai potensi sebagai juara.





Kredit Foto: Carian Google





Salah satu kegemaran Joseph yang menjadi perhatian netizen adalah meniru gaya bapanya termasuk beberapa gambar yang diambil pada tahun 1975 ketika Arnold berada di kemuncak kerjayanya sebagai ahli bina badan.





Kredit Foto: Carian Google





Menurut People, gambar-gambar tersebut diambil ketika kemenangan Arnold sebagai Mr.Olympia pada kali keenam berturut-turut. Susulan kejayaan dalam dunia sukan, Arnold kemudiannya mencaburi bidang lakonan sebelum beralih ke bidang politik.





Kredit Foto: Carian Google







Kredit Foto: Carian Google





Kredit Foto: Carian Google




Ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. Nampaknya, jika ada rancangan untuk menerbitkan semula filem Conan The Barbarian, Joseph Baena ada potensi untuk mengambil alih watak yang pernah menaikkan nama bapanya itu. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2019 11:16 AM | Show all posts
sekali dia hayun penumbok mau berbulan2 bengkak
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Arnold susah-nak-eja
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 12:10 PM | Show all posts
Like father like son kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 01:01 PM | Show all posts
wow...…………………..
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2019 01:02 AM | Show all posts
muka ngan bdn xmatch

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2019 12:00 AM | Show all posts
good gene.. sebab tinggi..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2019 10:51 AM | Show all posts
kaklong32 replied at 25-1-2019 03:16 AM
sekali dia hayun penumbok mau berbulan2 bengkak



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-1-2019 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Patutlah Arnold sayang benar dgn dia ni walaupun anak luar nikah
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 02:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Arnold swazneger
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 10:42 AM | Show all posts
Anak anak heols dengan Maria tu helok yach. Lelaki dua dari kiri dengan pompuan 2 orang tu pun cantik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2019 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
mieymiey replied at 28-1-2019 10:42 AM
Anak anak heols dengan Maria tu helok yach. Lelaki dua dari kiri dengan pompuan 2 orang tu pun canti ...

Yang tembam sikit kalau diet tu pun macho jugak.

Paling kiri tu, si bongsu
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 11:16 PM | Show all posts
heols tak pakai nama sushihentamsajalah ek

Neway pacitnot win. Lagi bonjol n mantap. Josep kena kayuh lgi.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg patrick tu hensem yach.. dulu couple dgn miley cyrus kan? Miley dh aman2 kawen
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2019 11:40 PM | Show all posts
sheqim replied at 28-1-2019 11:22 PM
Yg patrick tu hensem yach.. dulu couple dgn miley cyrus kan? Miley dh aman2 kawen

Yup. Heols karatz Miley , Miley plak patah hati time tu. Deyol pun kapel. Kejap ja , pastu Miley balik pd Liam.


Now Patrick so-so jah , tak encem mcm dulu.



Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2019 09:39 AM | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 28-1-2019 09:25 PM
Yang tembam sikit kalau diet tu pun macho jugak.

Paling kiri tu, si bongsu

Iols tunggu si bongsu tu buat transformation, sure helok jugak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2019 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
nadie90 replied at 27-1-2019 10:51 AM

I think I'm the only one yg ktawa trkekek2 sorg2 bila bca komen ni. Haha.
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2019 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa die laaa satu2 hero tak hensem..dari muda hingga dia tua...yg rocky tu hensemmmm sgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 02:05 PM GMT+8 , Processed in 0.278035 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list