CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2094|Reply: 0

Siapa Mysterio Dalam Trailer Spiderman: Far From Home?

[Copy link]
Post time 24-1-2019 04:52 PM | Show all posts |Read mode
Baru-baru ini internet digemparkan dengan trailer filem Spiderman: Far From Home, iaitu sekuel kepada Spiderman: Homecoming (2017). Antara babak yang diberi highlight dalam trailer ini termasuklah kemesraan Aunt May dan Happy Hogan, hubungan Peter dan MJ, stealth suit berwarna hitam, kemunculan Nick Fury datang meminta bantuan dari Peter.


Selain itu, sudah tentu kemunculan pertama Mysterio dalam mana-mana cinematic universe. Kepada peminat tegar Spiderman pastinya sudah jelas tentang watak ini, tetapi jika korang first time dengar pasal mamat kepala fish bowl ini, mari ambil tahu serba sedikit tentang dia.



Kredit foto: newsoncelebrity.com




Mysterio, atau nama sebenarnya Quentin Beck merupakan watak jahat kepada Spiderman. Dicipta oleh Stan Lee dan Steve Ditko, Mysterio merupakan pakar dalam seni ilusi, hipnosis dan magik. Bukan itu saja, dia turut mempunyai pengetahuan sebagai chemist dan roboticst amatur dan mempunyai kelebihan dalam bertarung.

Sama seperti Vulture dalam Homecoming, Mysterio sebenarnya tidak mempunyai sebarang kuasa superpower. Sut yang digunakan Mysterio mempunyai kebolehan untuk menghasilkan gas pelumpuh atau gas yang membuat orang lain khayal. Helmet berbentuk fish bowl itu bukanlah dipakai kerana fesyen terbaru mereka, ia berfungsi untuk melindungi Mysterio dari gasnya sendiri dan mencipta ilusi melalui projektor yang keluar dari helmet tersebut.



Kredit foto: Pinterest.com




Mysterio juga merupakan salah seorang ahli kepada kumpulan penjahat Sinister Six yang dianggotai Doctor Octopus, Electro, Kraven the Hunter, Sandman dan Vulture.


Dalam filem Spiderman: Far From Home, Mysterio dilakonkan oleh Jake Gyllenhaal yang dikenali dengan filem-filem seperti Southpaw, Nightcrawler dan Brokeback Mountain. Watak Mysterio dalam filem ini menggunakan konsep kuasa dan kostum yang sangat sama seperti komik, membuatkan para peminat komik Marvel dan penggemar filem Marvel Cinematic Universe (MCU) tidak sabar untuk menantikan filem ini. Spiderman: Far From Home akan menemui peminatnya di pawagam pada 5 Julai 2019.



Kredit foto: IGN.com




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.285915 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list