Jika dahulu kita ada Ustaz Azhar Idrus yang sering berjenaka dalam menjawab persoalan agama dari penonton, kini ramai Ustaz atau pendakwah yang menggunakan cara pendekatan yang sama supaya dapat menarik minat orang untuk mendengar.
Ustaz atau pendakwah yang menggunakan dakwah sentap atau mengutuk si pelaku kini kurang digemari di Malaysia. Rata-rata mereka yang beragama Islam lebih gemar dengan Ustaz yang sopan tegurannya dan boleh berjenaka bersama seperti kenalan. Antara pendakwah yang sering berdakwah menggunakan cara yang lembut ialah Ustaz Ebit Lew, banyak video beliau yang menyentuh hati rakyat Malaysia dalam menegur orang lain.
Foto: Sinar
Lain pula cara yang digunakan PU Azman, beliau menggunakan platform Instagram dalam menjawab persoalan umat Islam dan sentiasa menyelitkan unsur jenaka dalam jawapannya itu.
Sumber Gambar: IG PU Azman
Sumber Gambar: IG PU Azman
Buat anda yang masih keliru dengan persoalan agama, seeloknya bertanya kepada ustaz atau yang arif dalam bidang tersebut. Jangan jadi Ustaz Google pula ya! -CARI |