CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Tempatan] Sultan Pahang YDPA ke-16, Timbalan Sultan Perak, UPDATED #81

  [Copy link]
Post time 24-1-2019 12:19 PM | Show all posts
Sultan Mizan pengerusikan Mesyuarat Khas Raja-raja






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2019 12:22 PM | Show all posts
sultan perak


Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 12:31 PM | Show all posts
i sabah tiada sultan sendiri jd agong..so i wish sultan perak jd agong kali ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2019 12:33 PM | Show all posts
BERITA»Nasional
Khamis, 24 Januari 2019 | 12:18pm




Sultan Mizan pengerusi Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja

KUALA LUMPUR: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, hari ini mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Mesyuarat bermula 11.15 pagi hari ini dihadiri semua Raja-Raja Melayu kecuali Kelantan.

ADVERTISEMENT

Raja-Raja Melayu yang berangkat ialah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah; Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar; Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Turut berangkat, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah; Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Pemilihan itu diadakan susulan peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Ketika ini jawatan Yang di-Pertuan Agong disandang Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah yang juga Timbalan Yang di-Pertuan Agong. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 12:35 PM | Show all posts
Syd replied at 24-1-2019 12:33 PM
BERITA»Nasional
Khamis, 24 Januari 2019 | 12:18pm

Kelas uols dah jadi Penyimpan Mohor Besar skrng.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tau ke Sultan mana yang dilantik?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-1-2019 12:44 PM | Show all posts
ZabedAmin replied at 24-1-2019 12:35 PM
Kelas uols dah jadi Penyimpan Mohor Besar skrng.

amik tempat u dulu laa

u sekarang dah jadik orang besar

dah banyak buku tulis.


Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 12:45 PM | Show all posts
Syd replied at 24-1-2019 12:44 PM
amik tempat u dulu laa

u sekarang dah jadik orang besar

baik2... direstui....

hihihhihi... tu yang busy sepi seorang perindu skrng.

nanti jumpa okay bila2 free...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-1-2019 12:45 PM | Show all posts
yang mereput :

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2019 12:46 PM | Show all posts
ZabedAmin replied at 24-1-2019 12:45 PM
baik2... direstui....

hihihhihi... tu yang busy sepi seorang perindu skrng.

turun kl, roger.
dah laaa tambah slim skrg.

comel pulak.

meh cepat roger.

bapak TMJ macam mana peluang?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 12:48 PM | Show all posts
Syd replied at 24-1-2019 12:46 PM
turun kl, roger.
dah laaa tambah slim skrg.

patek kurang periksa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2019 12:51 PM | Show all posts
Sultan Muhammad V tidak hadir mesyuarat pemilihan Yang di-Pertuan Agong ke-16
By Muhammad Azizul Osman -  24 Januari 2019


KUALA LUMPUR – Hanya lapan Raja-raja Melayu hadir di Istana Negara bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke 16, hari ini.

Pertama hadir adalah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di pintu masuk utama Istana Negara tepat jam 10 pagi diikuti Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Selang 12 minit kemudian, Sultan Pahang, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hadir diikuti Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada 10.13 pagi.

Kira-kira lima minit kemudian, keberangkatan tiba Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan diikuti Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail tepat jam 10.20 pagi.

Makanala Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin tiba jam 10.22 pagi.

Terakhir tiba, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir kemudian tiba pada jam 10.28 pagi sebelum pintu pagar utama Istana Negara ditutup.

Bagaimanapun, bekas Yang di-Pertuan Agung, Sultan Muhammad V tidak kelihatan memasuki pintu masuk utama Istana Negara, hari ini.

Jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong kini dipegang Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah yang turut memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong sehingga urusan pelantikan ketua negara yang baharu selesai.

Menurut Seksyen 2, Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan, Majlis Raja-Raja hendaklah menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada Raja yang layak dipilih, yang negerinya ialah yang pertama dalam senarai pemilihan. – MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 12:51 PM | Show all posts
result dah keluar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2019 12:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2019 12:56 PM | Show all posts
Pakcik @PresitineOne ntah mana.

Diam je dia.

p umrah ke apa?

Sila melapor pokcik
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 12:57 PM | Show all posts
ZabedAmin replied at 24-1-2019 12:45 PM
baik2... direstui....

hihihhihi... tu yang busy sepi seorang perindu skrng.

kakaaaaa Bebedddd.

aaaai missss yuuuu.
result tahu saper the next Agong hari ni jugak ya.
esok baru diumumkan?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2019 12:58 PM | Show all posts
tweetytweety replied at 24-1-2019 12:57 PM
kakaaaaa Bebedddd.

aaaai missss yuuuu.

yes lalink....

mish you too......

tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
ZabedAmin replied at 24-1-2019 12:51 PM
result dah keluar

Siapakah uols?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2019 01:01 PM | Show all posts
Lapan sultan, raja hadir mesyuarat Majis Raja-Raja





ANTARA kenderaan Sultan yang berangkat tiba ke Istana Negara bagi menghadiri mesyuarat khas Majlis Raja-raja bagi membincangkan pemilihan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-16. - UTUSAN ONLINE/ FAUZI BAHARUDIN
HASIF IDRIS

24 Januari 2019 11:29 AM

KUALA LUMPUR 24 Jan. - Lapan sultan dan raja hari ini berangkat ke Istana Negara bagi menghadiri mesyuarat khas Majlis Raja-Raja bagi membincangkan pemilihan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-16.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah merupakan sultan pertama yang berangkat tiba disusuli Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah.


Pada pukul 10.14 pagi, pekarangan Istana yang dilimpahi pelancong asing dan pengamal media tempatan menyaksikan keberangkatan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah; Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail.

Kesemua baginda selamat berangkat pada pukul 10.30 pagi yang diakhiri dengan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Bagaimanapun, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V tidak kelihatan semasa keberangkatan tiba di sini hari ini.

Tatacara pemilihan YDPA hari ini dibuat secara undi sulit dan kertas undi yang digunakan tidak bernombor serta ditandakan dengan pen dan dakwat yang sama.


Kemudiannya dimasukkan ke dalam peti undi dan kertas undi dimusnahkan di hadapan Raja-raja sebaik sahaja keputusan undian diumumkan.

Pada mulanya, Sultan Johor atau Sultan Perak dikatakan bakal dipilih memandangkan Sultan Pahang gering.

Namun, apabila Sultan Ahmad Shah menyerahkan takhta kepada anakanda baginda sebagai Sultan Pahang, maka raja dari negeri itu dijangka dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16. - UTUSAN ONLINE


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-1-2019 01:05 PM | Show all posts
A new king is chosen


(File pix) Today, Malaysians will have a new king. Pix by NSTP/Mohd Yusni Ariffin

By NST - January 24, 2019 @ 12:02pm


A NEW sun rises on the horizon, shimmery and indistinct. It’s a new day, like many others that have come and gone before it. The only difference is, by the end of today, Malaysians will have a new king.

The royal institution holds, and will always hold, a certain fascination, a certain je ne sais quoi, among Malaysians. Over the decades, the Malay rulers have become more familiar to us as they interact with their loyal subjects, aided in no small measure by the mainstream media and social media. Despite that familiarity, there still exists a fair bit of unfamiliarity; a certain amount of mystique and fascination with what goes on behind the ornate doors of the gilded halls.

Today, that public fascination will reach its zenith as the Conference of Rulers convenes to vote on who will be the 16th Yang di-Pertuan Agong following the resignation of the 15th Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V of Kelantan, on Jan 6.

With a rich history steeped in tradition that dates back 123 years — from the Conference of Rulers of the Federated Malay States back in 1896 — the deliberations today are still shrouded in a thin veil of mystery, as it was back in the nascent days of the Malay royal institution.

What is known is, the peer voting system uses unmarked and unnumbered ballot papers, using the same ink, and the same type of pen. Each ballot is a closely guarded secret. The Keeper of the Rulers’ Seal will distribute the ballot paper with only one candidate’s name on it. Each ruler will then indicate whether the candidate should be elected Yang di-Pertuan Agong. The ballot papers are then placed inside the ballot box. The candidate must get a majority of five votes before the ruler presiding over the Election Meeting offers him the office of the Yang di-Pertuan Agong. Tabulating the votes, along with the Keeper of the Rulers’ Seal, is the ruler with the shortest reign who is not a candidate for the office of the Yang di-Pertuan Agong or Deputy Yang di-Pertuan Agong.

In its current form, the Conference is made up of the nine rulers from Johor, Selangor, Negri Sembilan, Perak, Kedah, Perlis, Pahang, Kelantan and Terengganu, and governors of four other states. The governors will not be present when the conference convenes to select the Yang diPertuan Agong and the Deputy Yang di-Pertuan Agong.

Oddson favourite, and under the unique constitutional monarchy rotation system adopted by the Conference, is Sultan of Pahang Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, followed by the sultans of Johor and Perak.

In these increasingly uncertain, often turbulent times, Malaysians look to the monarchy for some measure of stability, a sense of security and continuity. The Yang di-Pertuan Agong is more than just a symbol of the nation’s sovereignty. The Yang di-Pertuan Agong is the barometer by which the nation measures its morality. He is the nation’s Conscience, its Consciousness. As the nation holds its collective breath, we beseech the blessings of the Almighty.

May He grant us the smooth transition and continue to watch over us. Daulat Tuanku.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.438684 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list