CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1703|Reply: 14

Anak Disimbah Asid Kerana Bapa Mahu Hak Penjagaan Anak

[Copy link]
Post time 23-1-2019 04:03 PM | Show all posts |Read mode
Enggan membiarkan isterinya memenangi kes hak penjagaan anak lelaki mereka, seorang lelaki tergamak menyerang kanak-kanak berusia tiga tahun dengan menyimbah asid ke wajahnya.







Mirror melaporkan, tertuduh didakwa berkomplot dengan enam lagi suspek lain dalam usahanya 'mencipta' bukti bahawa isterinya tidak layak diberikan hak penjagaan anak.


Bagaimanapun, tindakannya itu menyebabkan kanak-kanak berkenaan mengalami kecederaan serius akibat lecuran pada muka dan tangan dalam kejadian di kedai Home Bargain di Worcester pada 21 Julai, 2018.


Suspek berusia 40 tahun didakwa berkomplot dalam serangan yang disengajakan dengan niat mencederakan kanak-kanak itu antara 1 Jun hingga 22 Julai tahun lalu.




Jabar Paktia



Bagaimanapun, suspek bersama rakan komplotnya, Cech, 27, Jan Dudi, 25, Norbert Pulko, 22, Martina Badiova, 22, Saied Hussini, 41, dan Jabar Paktia, 41, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu.


Ketika kejadian, mangsa bersama ibu dan adik-beradiknya yang lain sedang membeli-belah di premis berkenaan sebelum disimbah asid oleh Cech yang ditemani dua defendan lain, Jan Dudi dan Norbert Pulko.




Jan Dudi



Norbert Pulko





Pendakwa Jonathan Rees QC berkata kepada mahkamah bahawa ia bukan kejadian pertama di mana mangsa menjadi sasaran serangan.


Difahamkan, pada April 2016, ibu mangsa meninggalkan suspek dan membawa ketiga-tiga anak mereka sebelum memfailkan cerai.


Tertuduh kemudian bertindak merancang serangan itu dipercayai bertujuan untuk memiliki hak penjagaan anak sepenuhnya.




Kredit foto: Mirror


"Kami percaya kesungguhannya ingin memburukkan isterinya di hadapan khalayak mendorong defendan merancang serangan terhadap anaknya," tambahnya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2019 04:23 PM | Show all posts
spesis bapak naharom..elok mati mereput ko dlm penjara..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 04:34 PM | Show all posts
Bodohnya ko jadikan anak sebagai mangsa.
Kenapa ko sendiri tak berendam dalam asid tu bongok!
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapak from hell !!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 04:40 PM | Show all posts
Apa yg ko nak sbenarnya?
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 05:14 PM | Show all posts
so kalo ko dapat anak tu, ko boleh jaga ke?

ke setakat nak mendengki ke ex-bini je??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2019 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
3 tahun ape budak tu tau..dia tgh seronok nk explore dn bermain. Bangsatnya wahai bapak
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 05:15 PM | Show all posts
sejenis bodoh xleh di ajar dah ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2019 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik bpk aku bpk kpd anak anakku baikk..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 05:18 PM | Show all posts
kaper        

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
sejenis bapa yang bodoh
kerana dendam dengan isteri sanggup buat macam tu kat anak
tuang la asid kat muka ko sendiri
bengong
kenapa buat macam tu kat anak yang x berdosa tu
anak tu terhasil sebab kegedikan ko jugak masa masih tergila2 kan mak dia
bongok
takde nilai kasih sayang seorang ayah
lagi nak dapatkan hak penjagaan
herrgghhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa ada orang begini spesis menganiaya kanak-kanak dalam dunia. Wajar masuk daftar pesalah penganiaya kanak-kanak. Biar ke mana-mana pun masyarakat tahu dan tak dibenarkan bekerja dengan kanak-kanak. Kalau dengan darah daging sendiri pun tiada sifat ihsan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2019 06:07 PM | Show all posts
Pasti cacat anaknya nanti sebab disimbah dengan asid.  Nampak sangat bertindak sebab nak balas dendam pada isteri bukan penjagaan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2019 11:58 AM | Show all posts
Allahuakbar!!! jahatnya kau.. aku rasa mcm nak simbah blk asid tu kat muka kau ngan kuncu2 kau sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2019 11:32 AM | Show all posts
jahanam punye bapak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.081520 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list