Hanya beberapa hari sebelum majlis perkahwinan, seorang model ditinggalkan tunangnya gara-gara badannnya naik mendadak.
Emily Nicholson ditinggal Jamie Smith menerusi mesej di Facebook.
Mirror melaporkan, Emily menjadi gemuk selepas menjalani rawatan kanser otak.
Emily semasa sihat, Foto: Mirror
Difahamkan model berusia 24 tahun itu bekerja di sebuah kelab malam sebelum disahkan menghidap kanser otak pada Februari 2016.
Pada 13 Januari 2017, Emily mendapat tahu yang dia cuma ada masa setahun untuk hidup.
Bagaimanapun Jamie pula mendakwa Emily yang meninggalkannya dan menafikan perpisahan itu terjadi kerana berat badannya.
Menurut sumber, berat badan Emily naik sehingga lima kali saiz gaun perkahwinannya dalam tempoh enam minggu kerana pengambilan streoid.
Keadaan Emily selepas menjalani rawatan, Foto: Mirror
"Jamie menghantar mesej kepada saya dan kata dia tidak mahu hidup bersama saya dan dia juga beritahu tidak lagi cintakan saya.
"Ia amat teruk. Dia menjelaskan bahawa dia tidak mencintai saya. Saya fikir dia tinggalkan saya kerana perubahan bentuk fizikal saya.
"Sekarang saya tidak fikir apa-apa mengenainya, dia menyakiti hati saya tetapi tiada gunanya kecewa mengenai perkara itu.
"Saya hanya perlu tabah mengharungi segalanya."-CARI |